Pertahankan Media Milik UMNO - Zahid Hamidi

Kata Zahid Hamidi "Rakyat perlu mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang menjadi sasaran kritikan parti pembangkang kerana akhbar itu berperanan memperjuangkan hak orang Melayu di negara ini."

Hakikatnya ialah "Rakyat perlu mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang menjadi sasaran kritikan parti pembangkang kerana akhbar itu adalah milik UMNO dan merupakan penyumbang dana untuk UMNO selain itu ianya juga adalah medium UMNO untuk terus memperbodohkan rakyat"

Pertahankan Utusan Malaysia – Zahid Hamidi

BAGAN DATOH 25 Mei - Rakyat perlu mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang menjadi sasaran kritikan parti pembangkang kerana akhbar itu berperanan memperjuangkan hak orang Melayu di negara ini.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengorbanan yang dilakukan oleh wartawan dahulu terbukti dengan memberikan sumbangan dan menjadi penyambung suara rakyat dengan pemerintah.

Katanya, ketika belum ada pembangunan, wartawan Utusan menyeberang sungai untuk mengumpul dan menulis berita.

“Wartawan dahulu menggunakan mesin taip yang kini sudah tiada dan mana ada akhbar Cina, India dan Harakah yang sanggup berkorban seperti akhbar Utusan Malaysia ataupun Utusan Melayu ketika itu.

“Kita sepatutnya mengenang jasa pengorbanan wartawan Utusan kerana mereka orang Melayu Islam yang memperjuangkan hak orang Melayu.

“Saya akan menjadi orang tengah menghalang mana-mana pihak yang cuba memboikot akhbar Utusan Malaysia,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian komputer riba 1Malaysia di kawasan Parlimen Bagan Datoh di Sekolah Menengah Sri Muara, Bagan Datoh semalam.

Seramai 2,876 pelajar di kawasan Parlimen Bagan Datoh menerima komputer riba atas keprihatinan kerajaan.

Ahmad Zahid berharap kerajaan mengambil langkah tegas dan bertindak ke atas pembangkang yang tidak menghormati pengorbanan wartawan Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, tegasnya, orang Melayu yang menyertai pembangkang perlu keluar daripada pakatan pembangkang dan kembali menyokong orang Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

Lidah Rasmi UMNO

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

9 comments

comments
May 26, 2011 at 12:13 PM delete

gila dowh.. memperjuangkan melayu??? aku tengok dah jadi mcam akhbar pecah belahkan melayu..

Reply
avatar
May 26, 2011 at 1:06 PM delete

kitab umprono, mesti dipertahankan, kalu x ssh kita nak bungkus nasi lemak,

Reply
avatar
tungkaran hati
May 26, 2011 at 1:55 PM delete

apakah Harakah, Suara Keadilan dan Roket bersikap adil kepada masyarakat? lihatlah dengan matahati kerana kebenaran akan sentiasa tertutup apabila kebencian dan dendam mengusai diri!

Reply
avatar
May 26, 2011 at 2:44 PM delete

Melayu tak perlu buat apa pun untuk mempertahankan Utusan kerana kerajaan sudah lebih dari mempertahankannya sehingga Utusan sekarang cukup kebal dari undang2. Yang dimaksudkan oleh si Zahid ni ialah Melayu mesti terus baca Utusan dan nak baca Melayu mesti beli Utusan, bukan baca free, sebab Utusanlah yang bagi duit pada UMNO untuk memperjuangkan nasib Melayu, jadi kalau Melayu tak beli Utusan, macamana Utusan nak bayar upah UMNO sebab UMNO tak kan nak buat kerja free. Sorilah Melayu, dengan UMNO jangan main2, No Money No Deal.

Kerajaan pertahankan Utusan, Utusan bayar duit perlindungan (protection money) kepada UMNO, UMNO beri perlindungan kepada Melayu...bunyi macam gangster aje UMNO ni!!!!

Reply
avatar
Anonymous
May 26, 2011 at 3:54 PM delete

dulu utusan melayu tulisan jawi beranak keluar utusan melaysia tulisan romi lepas tu beranak pula utusan meloya cucu kepada utsan melayu....pertahankan warisan penjajah united malay nition organisition (umno)pertubuhan melayu celup mat salleh,kalau jenis barang orang panggil nekan yang sekarang ni orang kata julian.

Reply
avatar
Anonymous
May 26, 2011 at 11:09 PM delete

Berapa kali Harakah kena saman???
Berapa kali Roket kena saman???

Adilkah kalau Utusan cuma diberi amaran krn isu kristian???

Kalau utusan itu adil kpd pembaca nya apakah pembaca akan berhenti membeli sehingga Ment terpaksa buat 'marketing'...

Kuasa pembeli yg menentukan jd jualan utusan merosot krn... lu fikir lah sendiri !!!

Reply
avatar
morgan
May 26, 2011 at 11:14 PM delete

Jangan pula ada yang berbuta hati mengangkat Utusan ke satu tahap yang istimewa lebih dari akhbar-akhbar berteras politik lain.

Harakah, Suara Keadilan dan Roket memang tanpa berselindung ialah media lidah kepartian dan jelas menjadi platform agenda politik masing-masing . Utusan pula, seperti yang dinukilkan oleh penulis entri ialah milikan UMNO (sebagai pemegang saham terbesar), tetapi cuba berimejkan media perjuangan dan penyampai suara Melayu arus perdana, padahal yang jelas (dan sepatutnyalah) menjadi alat politik beracuan tuannya.

Jadi apa istimewanya Utusan sehingga terpaksa dikempenkan untuk diselamatkan? Kalau sudah akhbar suara UMNO, orang UMNO yang beli dan baca cukuplah. Tak perlulah melibatkan umat Melayu amnya.

Begitu juga dengan surat khabar parti-parti politik lain, penyokongnya beli dan baca, cukuplah.

Adat berniaga, takkan nak untung sahaja sepanjang masa. Adat berniaga, kalau pelanggan tak berminat, jangan salahkan pelanggan!

Rakyat non-partisan

Reply
avatar
Anonymous
May 27, 2011 at 9:07 PM delete

soalan tungkaran hati telah dijawab oleh anon 11:14,
lihatlah dengan mata hati wahai tungkaranhati jangan kerana taksub kepada parti separoh penjajah umno(united malay nition organysition)sehingga yang salah dikatakan benar.

Reply
avatar
Anonymous
June 10, 2011 at 4:33 PM delete

pecah tembelang..utusan bukan pembela orang melayu sebenarnya.. tapi pembela parti umno karat...sama jer dgn berita hairan...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive