Perobohan gerai Melayu: Apa yang PERKASA cari?

Semalam Sinar Harian telah melaporkan satu berita tentang perobohan dua buah gerai milik pengusaha Melayu yang telah diberikan notis agar mengosongkan premis mereka pada 5 Mei lalu.

Berita ini telah dimainkan oleh blog-blog pencacai UMNO bagi menggambarkan betapa kejamnya kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap bangsa Melayu tanpa mengetahui fakta disebalik perobohan itu.

Dan seperti biasa juga tanpa usul perikasa kira-kira 20 ahli Perkasa berhimpun bagi membantah sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah Teh Yee Cheu yang seolah-olah lepas tangan dalam perkara tersebut.

Dibawah ini ialah penjelasan dari Pengerusi JKKK Batu Feringghi sendiri tentang kejadian..


Perobohan gerai Melayu: Kerajaan negeri tidak terlibat

PULAU PINANG: Isu perobohan dua gerai milik orang Melayu di Batu Feringghi tidak membabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan berkenaan, Jamaluddin Hashim .

Sebaliknya, menurut beliau isu tersebut sebenarnya membabitkan dua peniaga Melayu dan pemilik tanah persendirian yang kini sedang dibangunkan SCK (C) Pai Chai; bukan membabitkan tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Kami, JKKK tidak dimaklumkan pun mengenai notis roboh dua gerai tersebut. Jika kami mendapat makluman tersebut, kami akan berusaha berbincang dengan Pejabat Daerah Timur Laut dan MPPP bagi menangani isu ini.


“Bagaimanapun, kami akan berbincang dengan pihak berwajib, termasuk Pejabat Daerah Timur Laut dan MPPP untuk mencari serta mencadangkan satu tapak alternatif kepada dua pengadu terbabit,” kata Jamaluddin dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Beliau merujuk kepada dua berita yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian mengenai tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merobohkan gerai dua peniaga Melayu di Batu Feringghi.

Dua peniaga Melayu terbabit ialah Rahayu Abdul Malik dan Mohamad Yusoff Ibrahim.

Jamaluddin mendakwa, laporan dalam akhbar berkenaan seolah Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang Datuk Mansor Othman seakan dipersalahkan kononnya tidak membela Melayu di negeri itu.

Menurutnya, beliau mendapat khabarnya, salah seorang pengadu telahpun mendapat pampasan yang setimpal daripada pemilik tanah persendirian.

“Sebab itu, kami ingin mengetahui motif pengadu terbabit membangkitkan isu ini di samping mendapat partisipasi 20 orang ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kelmarin,” kata Jamaluddin.

Beliau menambah, hasil perbincangan dengan wakil Mansor di pejabatnya di KOMTAR, pihaknya telah mencadangkan pihak berwajib supaya membangunkan astaka dua tingkat di Bayu Senja, Batu Feringghi demi kepentingan rakyat, termasuk peniaga-peniaga Melayu.

Pejabat Timbalan Ketua Menteri (1) dalam reaksi segera kepada kami memberitahu, pihaknya akan mendapatkan maklum balas daripada Bahagian Penguatkuasaan MPPP sebelum melakukan sebarang tindakan lanjut.

Free Malaysia Today

Berita semalam..

Kerajaan Pulau Pinang, Tindas Peniaga Melayu

Dua peniaga Melayu di sini bakal hilang mata pencarian apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang mengarahkan mereka mengosongkan premis masing-masing berkuat kuasa serta-merta.

Jika gagal berbuat demikian, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada bila-bila masa boleh merobohkan gerai mereka yang terletak di Jalan Batu Feringghi tersebut.

Peniaga gerai makan, Rahayu Abdul Murad, 50, berkata, dia kini buntu kerana itu sahaja hasil pendapatannya bersama suami sejak 10 tahun lalu.

Lebih merisaukan, menurut Rahayu, dua orang anak mereka masih bersekolah dan salah seorang merupakan orang kurang upaya (OKU).

“Janganlah atas nama pembangunan, golongan seperti kami ditindas.

“Kami orang susah. Macam mana kami nak cari makan kalau gerai kami dirobohkan,” katanya sebak.

Seorang lagi peniaga, Mohamad Yusoff Ibrahim memberitahu, kali terakhir dia menerima notis daripada MPPP adalah pada 5 Mei lalu.

Dalam notis tersebut jelasnya, MPPP mengarahkan peniaga terbabit mengosongkan premis masing-masing dalam tempoh 24 jam.

“Saya sudah minta penjelasan daripada MPPP serta Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut tapi tiada maklum balas.

“Saya juga ada merayu kepada Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman yang katanya mahu membantu tapi sampai sekarang masalah ini tidak selesai juga,” ujarnya kesal.

Sementara itu, Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Timur Laut, Mohd. Rizuad Mohd. Azudin menjelaskan, meskipun kedua-dua gerai tersebut terletak di atas kawasan rizab jalan, kerajaan negeri sepatutnya mengambil kira kerugian yang bakal ditanggung oleh peniaga terbabit.

“Semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) dulu, mereka yang menerima nasib sebegini sekurang-kurangnya diberi pampasan.

“Masa zaman BN dulu suasana aman damai tapi sekarang orang Melayu semakin ditindas,” tegasnya.

Beliau sebelum itu mengetuai perhimpunan kira-kira 20 ahli Perkasa bagi membantah sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah Teh Yee Cheu yang seolah-olah lepas tangan dalam perkara tersebut.

Mereka turut membakar sepanduk yang mempunyai gambar kedua-dua pemimpin DAP berkenaan.- Sinar Harian

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

9 comments

comments
Anonymous
May 26, 2011 at 7:10 PM delete

Buat siasatan trperinci. Siapa org ni. Bagi sy klu dulu negara diancam parti komunis tp skrg Perkasa & Pekida le yg pengancam & pencetus kacau-bilau. Belajar agama tapi jadi setan. Nmpak sngt brguru dgn iblis.

Reply
avatar
Anonymous
May 26, 2011 at 7:37 PM delete

Ini kerja2 "Little Napolean". Kerajaan negeri pun sangat BODOH. Mengapa x semak semua kes roboh niaga dulu sebelum dilaksanakan? Mengapa ada kuasa x pakai? Nampaknya kerajaan negeri tahu jimat duit, x rasuah, dan rakyat didahulukan...tapi masih BODOH kerana bagi peluang UMNO buat kacau!!! BODOH betul!! Masih x mahu belajar dari kes2 dulu.

Reply
avatar
Anonymous
May 26, 2011 at 9:00 PM delete

Bodohnya pemimpin umno ni.
Kalau ye pun nak subcon kerja2 jahat ni..bagilah kepada NGO yg bijak..ini asyik2 suruh perkosa-syarikat kepala lembu buat kerja2 jahat ni.

Reply
avatar
Anak kg pertama
May 26, 2011 at 9:13 PM delete

ASD..

Jamaluddin Hashim tu..pengerusi JKKKN ke atau JKKKP??..jika dia jawatan JKKKN..jawapannya mana boleh lawan KM yg ASD amat2 sayang tu....jika dia pengerusi JKKKP nercaya dia cakap perkara benar2 berlaku...

Reply
avatar
Anonymous
May 26, 2011 at 10:36 PM delete

Cadangan kepada Perkasa.

Apabila sebuah gerai Melayu dirobohkan, apa kata Perkasa sebagai benteng orang Melayu (kononnya) menyewakan sebuah premis untuk tuan punya gerai berniaga. Sewa kau orang tanggunglah sampai bila-bila. Barulah dikatakan pejuang Melayu.

Ada baik tak cadangan aku ni?

Reply
avatar
Anonymous
May 26, 2011 at 11:42 PM delete

Anon 7:37 pm ... sb tu aku tak caya.. lebih lebih lg nak praya tak kan lah BODOH sgt Kjaan Negeri dan Timb Ketua Ment 1 ambil mudah perkara ini.. Tak masuk akal...

Skg ni baik BN ke Pakatan ke kalau isu rakyat masing masing nak mendahului satu sama lain...

Reply
avatar
May 27, 2011 at 8:47 AM delete

Sesuatu yang melihatkan pada ketidak matangan dalam membuat suatu tindakan,sepatutnya mereka menyelidik terlebih dahulu sebelum mengambil apa jua tindakan.jika tidak, rakyat akan melihat mereka sebagai kumpulan atau pun individu yang seperti tidak berpelajaran(dungu dan bodoh).Dan sudah sampai pada masa nya pada semua peniaga melayu atau pun yang baru nak memulakan bidang perniagan agar berniaga melalui saluran yang betul,jangan main suka nak berniaga kat mana tempat saja yang mereka suka.Negara ini bukan lagi negara koboi.

Reply
avatar
mamu penang
May 27, 2011 at 9:09 AM delete

Bagi aku kewujudan PEKIDA yang dulu memang aku respect tetapiiiii...PEKIDA lanie macam samseng hapark...apa kata kita tukar nama baru PUKIDAAAA....aku tengok PEKIDA lani dah jadi mcm kumpulan kongsi gelap melayu lah pulakkkk....PERKASA pun lagi satu malaun....mcm HARAM JADAH depa dua2nie

Reply
avatar
panglima mata satu
May 27, 2011 at 10:29 AM delete

jangan dilayan puak2 bangang ni depa dah dok meracau teruk dah lani.nama perkasa(pekasam)tapi sebenaqnya AMNOHARAMJADAH tu laaa.takdak pengalaman nak buat protes pasai selama ni tak pernah tepacak kepala.bila dah kalah baghulah nak cuba2 tu yang nampak pelik tu.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive