Pendedahan WikiLeaks : Tak nak tubuh Suruhanjaya ke?

SHAH ALAM 18 MEI : Pendedahan terbaru Wikileaks bahawa Kedutaan Amerika Syarikat mepercayai adanya usaha terancang untuk melindungi Perdana Menteri, Najib Razak dalam perbicaraan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu menzahirkan keperluan penubuhan Suruhanjaya Siasatan di-Raja, kata Parti Keadilan Rakyat.

Walaupun pendedahan yang dibuat oleh WikiLeaks itu bukan perkara baru, namun ia menguatkan pandangan umum yang selama ini membuat tafsiran serupa, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

"Pendedahan itu tidak mengejutkan dan semua rakyat Malaysia sudah tahu, satu dunia pun sudah tahu memang ada campur tangan politik, fakta dia pun rakyat dah tahu,"katanya.


"Cuma pendedahan ini maknanya mengiyakan pandangan rakyat selama ini," kata Rafizi ketika mengulas pendedahan WikiLeaks itu.

Walau bagaimanapun, menurut Rafizi pendedahan sahaja tidak memadai jika kes pembunuhan tersebut tidak ditangani secara adil dan bebas.

Justeru Rafizi sekali menjelaskan betapa pentingnya sebuah Suruhanjaya Siasatan di-Raja ditubuhkan bagi memerinci kes pembunuhan warga Mongolia berkenaan.

Bahkan beliau tidak menolak kemungkinan dengan adanya pelbagai andaian dari wakil kedutaan AS, ia akan menimbulkan lebih banyak spekulasi selepas ini.

"Perkara ini hanya dapat diselesaikan jika disiasat dengan bebas, kalau kes Datuk Seri Anwar Ibrahim mereka suruh tubuhkan suruhanjaya bebas, jadi saya rasa kes ini adalah lebih tepat untuk ditubuhkan suruhanjaya,"katanya.

"Apabila ada syak wasangka yang tinggi dan juga berasas mengenai hubungan Najib dan Altantuya terutama melalui Razak Baginda, bila ada syak wasangka yang jelas seperti itu, maka banyak spekulasi yang boleh timbul,"tambahnya lagi.

Kabel diplomatik terbaru yang didedahkan Wikileaks menunjukkan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur mengesyaki wujudnya campurtangan politik untuk melindungi Najib daripada dikaitkan kepada perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, menurut kabel-kabel diplomatik yang dibocorkan oleh WikiLeaks.

Kabel-kabel itu berasaskan maklumat yang diberikan kepada kedutaan itu oleh sumber-sumber Pejabat Peguam Negara, pemimpin kerajaan dan pembangkang, menurut Asia Sentinel yang menyiarkan kabel-kabel berkenaan.

Malah wakil kedutaan AS juga membincangkkan kemungkinan Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi menggunakan perbicaraan Altantuya untuk “mengenakan” Najib.

Altantuya dijumpai mati dibom di pinggiran hutan Puncak Alam pada Oktober 2006. Dua daripada pegawai polis yang berkhidmat dengan pejabat Najib ketika itu, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar di dapati bersalah membunuh warga Mongolia itu.

Bagaimanapun rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda yang mengaku mengadakan hubungan sulit dengan Altantuya dibebaskan dari tuduhan itu walaupun beliau bersetuju menggunakan khidmat dua anggota polis berkenaan.

Kabel-kabel WikiLeaks mendedahkan pegawai-pegawai kedutaan percaya wujud campurtangan politik untuk menentukan bagaimana pihak pendakwaraya mengendalikan kes itu.







Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

11 comments

comments
May 18, 2011 at 10:46 PM delete

Bagaimana seorang perdana menteri boleh hidup tanpa moral dengan begitu banyak kehormatan, maruah dan harga dirinya tercalar di serata dunia, tanpa perasaan malu pada diri sendiri, tanpa rasa tanggungjawab terhadap rakyat dan negara yang tercela akibat kegagalannya menjaga kewibawaannya selaku seorang pemimpin sebuah negara yang berdaulat, bebas dari segala keraguan?

Reply
avatar
Anonymous
May 18, 2011 at 11:20 PM delete

Mungkin akan byk lg yg terdedah sekiranya DSAI di sumbat dlm penjara...

Apa nak malu... dah lama dah mcm tu.. dah tak de malu... nak kuat kan semangat.. g ke kg kg.. buat majlis keramaian.. buat perhimpunan... diri dia terasa masih ramai yg menyokong nya...

Reply
avatar
Anak kg pertama
May 18, 2011 at 11:38 PM delete

Boleh percaya pendedahan Wikileaks nie? sebelum nie pun ada pendedahan tentang Anwar..ada yg kata ia pembohongan..maka pembohong jugalah ia pasal najib..

Mana boleh pembohong bawa cerita pembohong kata benar...kalau semua benar maka yg pendedahan dahulu benar le..

Reply
avatar
bunbinban
May 19, 2011 at 12:16 AM delete

jadi kalau yg dulu benar, maka yg ni pun benar la gak dan moralnya, jgn mengata dulang paku serpih....hahaha... jd sahlah jugak si najib ni tak bermoral....pakat2 kita humban dia ke penjara dan berjiran dgn Anwar di penjara...amacam, ada berani?. Kalau yg ni tak benar maka yg dulu pun tak benar...moralnya, jgn buat fitnah sbb nnt ko juga akan di fitnah. hahaha... jadi amalkan gaya hidup yg sihat, bersih dan jadilah org yg beriman dan bertakwa. gitulah adanya kisah hikayat melayu makan melayu

Reply
avatar
Anonymous
May 19, 2011 at 12:34 AM delete

slm..betul 2,sbb 2 dlm agama xda politik.dirikan solat utk bakal pak nmentua tengok,sgt2 senang.solat utk allah 2 yg susah..bertahan dlm jel brtahun2 kerana pertahankan sorang makhluk memang senang,nak cuba iktikaf 1 malam utk allah 2 yg susah..bila ada politik,solat subuh pun jadi mudah..sesuatu yg bukan kerja agama sape pun boleh buat,contohnya daki gunung,jungle tracking..jadi mudah,siap jadi hobi.silap2 kita boleh ckp g yg kita daki gunung 2 kerana allah sbb nak sehat.sesuatu kerja agama yg bukan kerana allah pun sgt2 mudah,contohnya cerita pasal kebesaran allah depan awek yg kita ada hati kat dia sbb nk tnjuk pandai.tapi kalo xda sebab apa2 yg buat kita dpt untung nak sebut word allah pun kita x mampu,kita sebut tuhan..dlm agama xda politik..moga2 kita d lindung allah..wallahuaklam n salam.

Reply
avatar
Anonymous
May 19, 2011 at 12:58 AM delete

xpernah ada makhluk yg terlibat dlm politik akan hidup susah,kaya raya lagi ada,tapi nabi s.a.w n sahabat wafat dan meniggal dalam kemiskinan..bukan sja2 buat2 miskin atau besederhana,tapi mmg sebenar2nya miskin.kecuali saidina ustman(yg sememangnya dah kaya raya sebelum peluk islam pun).nabi n sahabat x berpolitik 2 sebab dia miskin.yg berpolitik mana sggup miskin,buat2 miskin ada kot..bahkan dapur nabi pernah x berasap 3 bulan..kat mana politik?wallahuaklam n salam..

Reply
avatar
Anonymous
May 19, 2011 at 2:37 AM delete

Nampaknya US pun dah beri perhatian kepada kes ni. Jangan US buat modal nak buat operasi ketenteraan ke atas Malaysia sudah la.

Reply
avatar
Anonymous
May 19, 2011 at 4:38 AM delete

memang kes antantuya ini ada kaitan dgn kerajaan Malaysia...tapi AKP x mahu mengaku...org bodoh aje..yg kata hantu letupkan antantuya....kalau hati dan mata dah tertumpu pada Najib...x leh buat apa..

Reply
avatar
May 19, 2011 at 8:55 AM delete

Aku dah jangka Anak haram jadah kg pertama mesti akan cakap...boleh caya ke wiki?...Mudah benar baca mind set seorang kaniaq ni.

Woi Anak Kaniaq Peliaq(AKP), kau ingat aku nak percaya ke Utusan? Bila bab Utusan kau mati2 kata betul, bila bab Wiki kau kata 'pembohongan'. Wiki tak suruh orang percaya, Wiki suruh orang baca apa yang disembunyikan oleh pembohong2. Utusan pulak suruh orang baca apa yang pembohong2 putaralamkan.

Ni aku nak tanya soalan wajib sama macam kau dan pencacai2 UMNO selalu tanya kat Anwar, Kenapa Najib tak saman Wikileaks? Lebih mulia Najib ambil pedang Jepun dan lakukan Harakiri saja....

Reply
avatar
Anonymous
May 19, 2011 at 12:21 PM delete

anon 12:34
sapa kata dalam agama tak ada politik? solat dgn niak bersama nak tunjok kt pak mntua itu riak namanya bukan politik,kita berdakwah melakukan sesuatu yang boleh mempengaruhi orang lain menerima islam sebagai pemerihtah itulah politik,kerana menegakan undang2 islam wajib fardhu ain bagi setiap muslim,nak tegak undang2 islam kena merentah, nak merentah kena mengundi,maka undi itu jadi wajib,maka atas dasar inilah apabila ada pehak menyeru supaya orang melayu bersatu kita letak asas penyatuan melayu itu mistilah atas dasar islam.

Reply
avatar
penternak_lipan
May 20, 2011 at 2:55 AM delete

anak kaniaq peliaq
sian kat hang.....hang pernah baca ka statment wikileaks tu.pasal najib ka DSAI ka.aku rasa hang pun tak pernah kot.pakai cedok kat utusan meloya aja kot...jadi lebih baik hang baca dulu kisah2 najis and DSAI dulu kat wikileaks.sblm buat komen bodo kuno hang tu.
kalau tak tau.diam ....
sian kat hang

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive