Pemimpin UMNO silih berganti, dari yang lemah kepada yang bertambah lemah

Tulis Tuan Aspan Alias … Begitu ramai yang mempersoalkan kemampuan Abdullah, Mahathir seorang yang mengatakan Abdullah itu boleh memimpin. Tetapi sesiapa yang ada roh politik UMNO yang kuat akan memahami kenapa Dr Mahathir berkehendakan Abdullah untuk menggantikan beliau walaupun beliau (Mahathir) tahu yang Abdullah bukan seorang pemimpin yang berwibawa untuk menjadi PM.

Roh politik UMNO yang dimaksudkan olehnya disini ialah para pemimpin UMNO yang bakal dilantik memegang tampuk pimpinan UMNO akan dipastikan dari jenis yang menurut cakap atau boleh dipulas telinga atau dalam lain perkataan pak turut oleh pemimpin yang akan meninggalkan tampuk pimpinan..

Pemimpin silih berganti, dari yang lemah kepada yang bertambah lemah


Kali ini mungkin banyak reaksi yang tidak menggemari pandangan saya tentang isu pembangunan negara. Saya tidak akan menyebut angka-angka secara ‘quantitative’ kerana ia akan membawa banyak lagi ‘confusions’ di kalangan yang membaca komen saya terhadap isu yang akan saya sebut ini. Sejak Najib mengambil alih kepimpinan negara bermacam-macam telah di umumkan oleh beliau dengan ‘jargon-jargon’ yang besar untuk mengambil hati rakyat. Najib hendak menunjukan perbezaan beliau dengan pimpinan sebelumnya.


Tiada satu pun di antara initiatif yang beliau umumkan akan berjaya dilaksanakan dan ianya akan tetap tinggal sebagai retorik kosong yang tidak akan membawa apa-apa munafaat kepada rakyat kecuali kepada beberapa kerat yang berada di dalam senarai kroni yang disayangi.

Sebaliknya apa yang kita dengar ialah penarikan balek subsidi kos tambahan kepada rakyat yang tua-tua dan yang tidak mempunyai pekerjaan dengan membeli barangan yang terkandung di dalamnya kos dari cukai ‘GST’.

Saya sengaja menyebut isu ini kerana apa yang saya katakan kali ini akan berhadapan dengan kebenarannya. Mungkin banyak pihak yang akan membidas saya tetapi itu tidak mengapa kerana akhirnya nanti apa yang saya katakan ini akan terbuktikan kebenarannya.

Semasa Abdullah Badawi menjadi PM dahulu rakyat mula mempersoalkan kewibawaan beliau setelah 2 tahun memgang tampok kuasa yang dipusakakan oleh Dr Mahathir. Malahan semasa beliau menjadi Timbalan PM lagi sudah ramai di antara rakyat yang bercakap secara senyap-senyap mempersoalkan kemampuan beliau mentadbir sebuah negara seperti Malaysia ini kerana kepada pandangan ramai beliau hanya seorang yang baik tetapi bukan seorang pemimpin yang baik.

Salah seorang dari rakan saya yang sekarang berada di dalam kabinet sekarang ini berkata menyatakan, jika orang baik seperti Abdullah ini di jadikan pemimpin dia (Abdullah) akan jadi pemimpin yang tidak baik. Orang baik dengan pemimpin yang baik ada dua perkara yang berlainan. Seorang yang baik tetapi tidak pemimpin yang baik jika diberikan tanggungjawab untuk memimpin dia akan akhirnya menjadi orang dan pemimpin yang kurang baik.

Tetapi itu bukan kesalahan Abdullah, kerana beliau lantik oleh Dr Mahathir. Begitu ramai yang mempersoalkan kemampuan Abdullah Mahathir seorang yang mengatakan Abdullah itu boleh memimpin. Tetapi sesiapa yang ada roh politik UMNO yang kuat akan memahami kenapa Dr Mahathir berkehendakan Abdullah untuk menggantikan beliau walaupun beliau (Mahathir) tahu yang Abdullah bukan seorang pemimpin yang berwibawa untuk menjadi PM.

Ramai yang berfikir yang bercakap, apabila seseorang pemimpin diambil alih oleh yang lebih lemah darinya, pemimpin seterusnya yang akan mewarisi pimpinan negara akan datang dari mereka yang bertambah lemah. Bukan tidak ramai yang berkata semasa Abdullah mengambil alih kepimpinan negara, “bermula dari saat ini kepimpinan negara akan bertambah lemah dan lemah. Yang menggantikan Abdullah akan lebih lemah dari Abdullah dan sesiapa yang menggantikan pengganti Abdullah itu akan lagi bertambah lemah dan seterusnya begitulah sehingga parti dan pimpinan Melayu itu akan rebah dan tersungkur”.

Apabila pemimpin lemah mengambil alih negara, dia akan cuba menutupi segala kekurangan yang ada pada dirinya melalui penerampilkan diri yang cantik serta ‘disposition’ yang menarik. Kelemahannya akan ditutupi dengan perwatakan serta ‘personality’ yang hebat dan sebagainya. Pemimpin lemah akan mengutamakan ‘form’ dari ‘substance’ kerana ‘form’ itu berkemampuan untuk membina persepsi yang baik untuk dirinya walaupun ‘substance’nya tiada.

Tetapi menghadapi rakyat ramai, cara dan kaedah penerampilan secara ini tidak akan kekal. Akhirnya rakyat akan bertanya, “apa yang kita capai secara organiknya dalam pentadbiran ini?”

Apakah faktor yang memulakan kelemahan ini bercambah dan bercambah? Ianya bermula apabila Dr Mahathir tidak membentuk barisan pelapis yang boleh diyakini rakyat. Beliau lebih menumpukan untuk mengekalkan kuasa dan menerima siapa sahaja yang boleh memberikan dukongan serta sokongan terhadap beliau. Semua pemimpin yang seangkatan dengannya telah dinyahkan secara sistematik dan akhirnya hanya beliau dan kroni pemimpin yang lemah serta penuh dengan elemen negatif yang membinasakan negara.

Yang penting mereka-mereka ini menyokong beliau (Mahathir)..tidak kira mereka itu rasuah, lemah, politik wang penjenayah dan sebagainya. Selama 22 tahun beliau berpolitik secara begini, manakan nak jumpa lagi orang yang boleh memimpin kerana tidak seorangpun yang beliau didik untuk menjadi pemimpin yang berguna untuk negara.

Selebihnya pembaca boleh meneruskan apa-apa yang sauadara nampak tentang impak atau ‘consequence’ terhadap cara dan kaedah Mahathir memimpin negara. Salah satu sumbangan Dr Mahathir kepada negara ialah untuk membunuh dan membinasakan benih-benih baik untuk kepimpinan negara. Benih-benih baik ini merimaskan beliau untuk melakukan apa yang beliau suka dan kehendaki. Akhirnya beliau bejaya memerintah secara beliau selama 22 tahun tetapi tak dapat dipastikan samada pimpinan UMNO kepada negara ini akan kekala beberapa tahun lagi.

Sekarang ini kita berhadapan dengan cara Najib mentadbir yang penuh dengan retorik dan manisan mulut yang mengenakan. Bemacam-macam initiatif yang dilakukan tetapi ianya hanya tinggal sebagai initiatif di atas kertas. Ramai lah yang beriya-iya menyokong tetapi sudah ramai juga yang telah berfikir dan menganggap segala yang dilakukan oleh kepimpinan hari ini hanyalah ‘hiasan’ untuk mencantikan wajah buat sementara.

Sepenuhnya sila sambung bacaan anda di Ariff & Aspan Blog

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

5 comments

comments
morgan
May 25, 2011 at 2:19 AM delete

Alangkah eloknya sama ada kita berparti atau berkecuali, tidak terlalu taksub kepada pemimpin-pemimpin manusia biasa.

Ketaksuban jenis ini merugikan masa, tenaga dan harta benda. Sehingga ianya menjejaskan minda, yang boleh jatuh ke tahap tolol. Sehingga menjejaskan maruah, yang boleh menjadi terhina lebih hina dari duli.

Bagaimana pentaksub Harold Camping dari kalangan kristian evangelical yang kecewa kerana rapture dan permulaan kiamat tidak berlaku pada 21 Mei jam 6 ptg. Ada yang membelanjakan seluruh wang simpanan untuk berdakwah, ada yang memaksimumkan kad kredit untuk melancong kali terakhir, ada yang berhenti kerja dan bersedia meninggalkan anak-anak yang masih kecil.

Bagaimana ada golongan yang dapat merasionalkan bebanan inflasi yang datang bertubi-tubi dan terbuka menerima alasan-alasan kurang logik bagi menjustifikasi kenaikan harga barang-barang kawalan.

Ya, ianya lebih teruk dari ketaksuban kepada pemimpin. Ianya ketaksuban kepada pemimpin yang lemah dan tidak kompeten.

-Rakyat non-partisan

Reply
avatar
Anonymous
May 25, 2011 at 8:08 AM delete

Apa yg penulis tulis adalah tepat. Kepimpinan najib razak memang cekup teruk. Bila najib bercakap tentang ekonomi..nampak sangat dia tak faham ekonomi, bila najib cakap tentang perpaduan masyarakat majmuk, nampak sangat tindakan dia betentangan dgn apa yg dia cakap. To make things short.. najib ni 10X lebih flip-flop dari Paklah dan cekup tak consistent. Seolah2 najib ni baca skrip tapi orang yg sediakan skrip itu iaitu penasihat2 dia yg buat semua decision making...timbul persoalan apakah najib ni sekadar puppet PM. Dr. M anytime can over ruled him, Rosmah pun any time can over ruled him. Menteri dia, terutama Nazri, langsung tak respect dia.
Yes, no doubt, najib is our worst PM ever.

Reply
avatar
KuroShogun
May 25, 2011 at 9:24 AM delete

Aku setuju dengan Aspan Alias, apa yang saya lihat dalam UMNO berkenaan kegagalan mereka membentuk pelapis-pelapis yang benar-benar berwibawa adalah benar. Sudah banyak contoh diperhatikan dalam UMNO ini di mana golongan muda sentiasa dicantas apabila mereka membawa paradigma yang bertentangan dengan kehendak-kehendak orang lama walaupun paradigma itu adalah untuk memantapkan UMNO itu sendiri. Orang-orang lama pula masih berpegang kepada prinsip "biar mati anak tapi jangan aku mati sudahla" dan sentiasa memberi penekanan bahawa golongan muda mesti menurut apa sahaja kehendak mereka meskipun ia adalah salah. KJ selaku Ketua Pemuda kelihatannya seperti berseorangan di dalam UMNO bahkan tidak keterlaluan kalau saya katakan dia sendiri sukar diterima oleh orang-orang lama. Lihatlah komen-komen oleh Mahathir kepada KJ, semuanya pedas-pedas belaka. Lama kelamaan, orang-orang muda akan kecewa dan tidak mempedulikan UMNO (walaupun tak tukar parti). Kesudahannya, UMNO AKAN KIAMAT. Mentari pagi Pakatan Rakyat akan terbit menyinari seluruh bumi Malaysia.

Reply
avatar
May 25, 2011 at 2:34 PM delete

Bila orang kata "you cannot make everyone happy" maka itulah dia politik, tak kira politik negara ke, politik pejabat ke, politik rumah ke, memang susah nak buat semua orang puas. Bila Melayu menang pun ada Melayu yang tak happy bila terpaksa happykan Cina atau India untuk menang. Kalau Cina nak menang pun mesti kena happykan Melayu dan India untuk menang. Jadi mesti ingat kalau nak pilih PM mesti pilih PM untuk semua bangsa Malaysia, bukan PM yang hanya untuk Melayu, Cina atau India saja.

Formula jadi PM bagi BN ialah PM mesti dari parti komponen yang mendapat undi majoriti dari rakyat, jadi tak payah susah2 kita dah boleh congak aje PM mestilah orang UMNO. Bagi PR kita tak tau formulanya bagaimana, nampaknya kalau PR menang mungkin akan ada pemilihan pula untuk siapa yang akan dipilih sebagai PM.

Pilihanraya kita tidak memestikan parti2 menamakan siapa calon2 yang akan jadi PM dan TPM bila menang nanti. Rasanya itu tak akan berlaku dalam senario politik negara kita kerana kalau siang2 rakyat tau siapa akan jadi PM dan TPM, ada kemungkinan UMNO/BN akan kalah kerana semua calon UMNO/BN adalah dari jenis "manufactured" bukan "born leader".

Itulah bezanya antara pemimpin2 UMNO dengan pemimpin2 PR. Kalau dah bapak MANUFACTURED, anak2 akan jadi KLON, tu pasal perangai anak2 pemimpin2 UMNO memang perangai PUNDEKkutties!

Reply
avatar
penternak_lipan
May 30, 2011 at 2:28 AM delete

apa apa hal pun aku sokong aja.asalkan UMNOPORNO tumbang

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive