Patutlah Najib tak kisah jika Rakyat marah....

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar mengesyaki Barisan Nasional (BN) cuba mendaftarkan warga asing dipercayai dari Thailand sebagai rakyat negara ini melalui operasi “MyDaftar”.

Kamaruddin mendakwa operasi itu akan diadakan 28 Mei ini dan beliau bimbang ia mungkin salah satu cara bagi BN untuk mendaftarkan warga asing sebagai pengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya semalam menafikan pihaknya mendaftar warga asing sebagai pengundi.

Kata beliau, selepas warga asing itu didaftarkan sebagai warganegara ia secara automatik akan membolehkan mereka mendaftar sebagai pengundi di kawasan Tumpat.


“Saya dimaklumkan mereka yang mendaftarkan sebagai warganegara akan terus mendapat kad pengenalan pada hari yang sama dan kita syaki operasi ini sedang berjalan bukan sahaja di Selangor tetapi negeri-negeri lain termasuk Kelantan.

“Proses daftar sebagai warganegara satu hari siap dan ini pertama kali operasi seperti ini dijalankan di sana (Tumpat), jadi kita desak supaya operasi ini dihentikan kerana ia jelas untuk wujudkan pengundi-pengundi hantu,” katanya pada sidang media di sini.

Kamaruddin yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat percaya warga asing yang akan didaftarkan sebagai rakyat Malaysia dipercayai dari Thailand kerana kedudukan dekat dengan Kelantan.

“Kita bersempadanan dengan negara Thailand, ramai rakyat Thailand boleh berbahasa Melayu dan beragama Islam, saya yakin urusan ini seolah-olah rasmi dan mengikut undang-undang memberikan kewarganegaraan kepada warga asing ini.

“Saya yakin operasi ini akan berjalan, masih berjalan dan terus berjalan kerana operasi ini baru pertama kali berlaku dan operasi mendaftarkan kewarganegaraan siap dalam satu hari pertama kali berlaku,” katanya.

Sebelum ini, PKR Selangor mendakwa Umno Hulu Selangor menghantar permohonan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meminta kelulusan menukar taraf pemastautin tetap sekitar 2,000 rakyat asing bagi membantu kemenangan BN di Hulu Selangor pada pilihan raya umum ke-13.

Malah kedua-dua PKR dan Umno telah membuat laporan polis mengenai isu itu.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kelantan akan mengadakan satu program pelaksanaan operasi “MyDaftar” pada 28 Mei ini di Dewan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur, Tumpat.

Difahamkan program itu bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri rakyat Kelantan yang masih belum mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta bagi yang layak memohon perkhidmatan yang disediakan termasuk pendaftaran, kelahiran, kematian dan anak angkat, pendaftaran urusan kad pengenalan, pendaftaran urusan kewarganegraan, khidmat nasihat semua urusan JPN dan khidmat naihat oleh Jabatan Imegresen Malaysia.

Kata Kamaruddin, pihaknya akan memantau program itu bagi mengelakkan pendaftaran kewarganegaraan warga asing.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
Anonymous
May 24, 2011 at 6:48 PM delete

semuanya boleh terjadi kalau dah terdesak...

Reply
avatar
Anak kg pertama
May 24, 2011 at 6:50 PM delete

Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yg aku musykil sekali dengan kata2 dia..mengesyaki...mendakwa...dimaklumkan...syaki...percaya...yakin...difahamkan...blh..blah..nie sembang2 kedai kopi boleh le..sepatutnya tunjuk le bukti..surat ke..gambar ke..black & white mau ada..jangan dok BOM banyak2 sangat...semalam SPR dah jelaskan tiada perkara macam nie berlaku..sudah la..sudah la sikit2..jgn dok temberang..

Reply
avatar
Anonymous
May 24, 2011 at 7:13 PM delete

Cara nk menangkn seseorng pemimpin ni cukup senang ttp perlukn kerjasama penduduk. Cara ini jugalah yg Umno(BN) guna-pakai ttp mrk nampak lagi brutal tanpa pikirkn keselamtan negara.

Reply
avatar
Anonymous
May 24, 2011 at 8:36 PM delete

AKP, masih tidak mahu menerima kenyataan yang negara sedang dicerobohi oleh pendatang asing yang telah mendapat kemudahan IC warganegara. Apabila isu ini ditimbulkan oleh ahli YB.. dilemparkan pelbagai tuduhan sedangkan dari kenyataan di atas laporan itu bukan hanya dibuat oleh PKR tetapi oleh UMNO jua..

AKP yang BUTA HATI & PERUT..

Reply
avatar
Anonymous
May 24, 2011 at 8:55 PM delete

cerita masukan pendatang asing didaftarkan utk tujuan PRU dah lama dah. Cuma sekarang ni lebih berleluasa kerana pemimpin umno-apco dah terdesak. Lagi pun depa dok ingat negara ni mak bapa depa punya.siapa berani tegah. Apa pun rakyat semakin bijak menilai betapa jijiknya pemimpin umno-apco.
tunggulah kejutan rakyat yg menjadi igauan ketua umno penang.

Reply
avatar
Anonymous
May 24, 2011 at 10:58 PM delete

akp ni bukan tak tahu tapi buat tak tahu kononnya tak ada bokti kalau nakkan bokti hang pi cari sediri la...yang dok percaya bokti black and white puak2 umpornoapco sekarang zaman canggih tak main la...black white.

Reply
avatar
DULU PENJILAT BRITISH, SKRG UMNO
May 24, 2011 at 11:27 PM delete

TAK HERANLAH..DH LAMA SEBENARNYA UMNO BUAT KERJA MCM INI...
ORG2 CINA YG BERADA DI TANAH MELAYU DIBERI KAD PENGENALAN MASA DARURAT DULU 1948-1951, MEMBAWA KPD 1955, UNTUK APA? INI ADALAH UNTUK SURVIVAL, KEMENANGAN UMNO DLM PILIHANRAYA MPP (PRU-1-1955)
(BRITISH DTGKAN CINA & INDIA KE MALAYA UTK APA? BUKANKAH UTK LEMAHKAN KUASA POLITIK MELAYU?, JADI UMNO MEWARISI TAKTIK BRITISH UTK PECAH & PERINTAH)
... KAN PARTI PERIKATAN MENANG...HASIL DR PERIKATAN UMNO-MCA-MIC... UMNO DPT KEMENANGAN DR MCA YG TOTOK MENYOKONG UMNO MASA TU KERANA UMNO BERI MCM2 KPD CINA...JADIKAN WARGANEGARA SECARA BORONG (TAK TAPIS)... & WIN WIN SITUATION TAHUN 1955 INI SEKARANG TIDAK LAGI BERPIHAK KPD UMNO...KERANA CINA SUDAH TIDAK PANGKAH UMNO/BN... JADI UMNO KENA CARI JALAN LAIN, UTK KEKALKAN KEKUASAAN..KERANA KEKUASAAN ADALAH SEGALA2NYA BG UMNO... KALU TIDAK...HABIS SEMUA TERBONGKAR...

BODOHKAN/TIPU/GUNAKAN SEGALA ALAT/ SALAH GUNA KAKITANGAN KERAJAAN/ BERI HIBURAN KPD ORG2 MUDA... INILAH CARA UMNO...PATUTLAH NEGARA JADI TERUK...

Reply
avatar
Anonymous
May 25, 2011 at 7:47 AM delete

Aku tak nafikan komen DULU PENJILAT BRITISH, SKRG UMNO sebab ada kebenarannya. Aku pun turut musykil sebab kalau betul UMNO parti tegar orang Melayu, kenapa terima saja prinsip jus soli sebagai syarat untuk merdeka?

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive