PANAS!! Wikileaks dedah 19 nama Kroni Najib.

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai “aktor-aktor berpengaruh” dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri.

Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.

Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib , adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu.

Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat.


Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan.

Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini.

Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib.

Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu.

Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri.

Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.

“Syed Mokhtar Albukharry... mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan,” kata kabel itu.

The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.

Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini.

Turut disenaraikan ialah:

• Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar;

• Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;

• Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);

• Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;

• Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof;

• Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh;

• Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng;

• Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;

• Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan;

• Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai;

• Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew;

• Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor;

• Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan

• Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin.

Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
May 20, 2011 at 1:18 AM delete

- I am Binary Rodeo -

A'slm Kum Wrt Semua..

Maaf, ni off topic sikit. Cuma sy nak bgtahu sama ada ramai yg dh tahu atau belum, tapi -

USAHA PEMFITNAH DSAI KINI TELAH MENGORAK 1 LANGKAH KE DEPAN DENGAN TELAH BERJAYA MENG'EDIT' SEBAHAGIAN DARI SNAPHOT2 VIDEO SEKS ITU DAN KINI KITA AKAN DAPATI GAMBAR2 DARI SNAPSHOT ITU MEMANG DSAI.

SAYA SERU DENGAN NAMA ALLAH TOLONG SEBARKAN HAL INI KEPADA SEMUA BAHAWA ITU ADALAH 1 PERKERJAAN YANG JIJIK KERANA DENGAN GIGIH SEKALI MEREKA2 INI UTK MEMFITNAH DSAI.

SAYA ULANGI, MEREKA TELAH EDIT SNAPSHOT VIDEO SEKS DGN MENGGUNAKAN PERISIAN SPT PHOTOSHOP UTK IMPOSE GAMBAR ITU SUPAYA DAPAT DILIHAT DGN LEBIH JELAS BAHAWA KONONYA ITU DSAI DGN MELETAKAN GAMBAR2 DSAI YG BETUL!

ALLAH MAHA KAYA DAN MAHA BESAR KRN TINDAKAN ITU SEBENARNYA MEMANG LEBIH BERJAYA, TETAPI LEBIH BERJAYA MEMPERLIHATKAN BAHAWA VIDEO ITU BENAR2 FITNAH!
DENGAN INI MAKA LEBIH KUKUHLAH BAHAWA MEREKA CUBA MEMFITNAH DSAI DAN IANYA ADALAH 1 KONSPIRASI.

-TOLONG SEBARKAN HAL INI WAHAI RAKAN2 SEPERJUANGAN! TAKBIR!!-

-sila rujuk halaman ini dan buatlah prbandingan sendiri gambar2 snapshot di situ dgn gambzr2 snapshot yg sebelum dari ini..

http://www.theflyingkick.blogspot.com/2011/05/pembohong-apa-nuar-woii-kalau-dah-tahu.html

Reply
avatar
May 20, 2011 at 2:07 AM delete

Waalaikumussalam Binary Rodeo..

Terima Kasih atas pemberitahuan.. kalau dilihat dalam The Flying kick tu.. sikit saja yang diedit..

Sebenarnya ada satu lagi Video yang telah diedit (color lagi..) dimana janggut dan rambut yang dipertikaikan oleh ramai blogger Pro PR itu telah diedit dan hasilnya adalah sama dengan rambut dan janggut Anwar pada 22 hb di mahkamah..

Mungkin kerana Anwar dipanggil membela diri maka video ini telah ditarik balik dari YouTube..

Sekali lagi terima kasih atas keprihatinan anda..

Wassalam...

Reply
avatar
Anonymous
May 20, 2011 at 3:44 AM delete

Saya bukan seorang yg pakar dlm teknologi IT ini namun naluri saya dari awal lagi menyatakan ini adalah satu permainan kotor. Iman saya masih kuat menyatakan video ini telah diedit oleh tangan2 ghaib...saya bersyukur pada ALLAH swt...diberi kekuatan iman dan diberi kewarasan utk berfikir agar tidak sekali2 mengiyakan permainan kotor ini..Saya tidak berminat dgn politik namun entah mengapa saya cukup benci dgn agenda fitnah ini..Jiwa saya memberontak apabila saya membaca komen2 rakus yg menghina Anuar. Di mana keimanan kita kpd ALLAH swt ? Di padang masyhar nanti ALLLAH swt akan meletakkkan manusia dalam 7 barisan. Hanya 3 barisan sahaja yg dimasukkan oleh ALLAH ke dlm syurga...4 barisan barisan lagi dihumbankan ke dalam neraka..3 barisan yg dijanjikan oleh Allah swt ini bukan calang manusia....fikirkanlah sebelum kita hendak mengiyakan fitnah ini...Sesungguhnya kehidupan di akhirat kekal buat selama-lamanya...tiada lagi dunia...dan waktu itu siapa yg rugi...Marilah kita sama2 menentang kemungkaran ini yg telah banyak mengucar kacirkan rakyat yg tipis imannya...Saya yakin org2 yg bersesongkol dlm isu ini akan menerima pembalasan yg setimpal....termasuklah rakyat yg buta hati....dan buta iman...sanggup menjual agama Allah demi mengiyakan permainan politik kotor ini...Ingatlah sembahyang kita akan ditolak 100%, puasa kita x diterima,sedekah dan semua kebaikan yg kita jalankan tidak akan diambil kira apabila kita mengiyakan , mempercayai, dan bersesongkol menyebarkan fitnah ini...Ini bermakna taraf kita sebagai seorang yg beragama Islam hanya pada nama sahaja.

Reply
avatar
Anonymous
May 20, 2011 at 8:08 AM delete

bila kita diambang kenaikan harga RON95 dan / atau tarif elektrik, maka seperti biasalah pemimpin2 umno haprak ni akan cari isu sensasi utk alih fokus dan tumpuan rakyat.Semoga rakyat khususnya orang2 melayu diluar bandar yg selama ini menyokong umno-apco secara buta tuli diberi hidayah dan dapat nampak betapa jahatnya pemimpin umno-apco.

Reply
avatar
Anonymous
May 20, 2011 at 2:41 PM delete

Sy selalu guna software photoshop ni utk buat design website. Bolehlah gak klu nk perkenakn orang lain tapi itu kerja ahli neraka. Bayar berjuta pun x sanggup nk buat. Sy masih x dapat respon lagi dgn DS ni. Ada satu doa yg cukup power. Doa para anbia semenjak Nabi Allah Adam & anakny Habil WaQabil. InsyaAllah, klu DS pakai.. jika diizinknNya dlm masa trdekat shj dah kena.

Reply
avatar
Anak kg pertama
May 20, 2011 at 3:56 PM delete

Apa yg dinyatakan memang ada setengah pihak sakit hati kerana pihak nie tidak perolehi peluang tersebut, hakikatnya mereka2 tersenarai itu adalah atas merit, bakat dan kemampuan mereka masing2 menguruskan bidang2 yg ditawarkan dan menguruskan dgn jayanya...jika mereka gagal boleh di persalahkan...kepada pihak2 yg sakit/kecil hati adalah kemungkinan pihak nie yg tidak mempunyai bakat atau kemampuan...hanya berhendak tapi tidak mampu menguruskan....lalu pihak yg gagal dgn rangkaiannya mencanang cerita kononnya bahawa mereka2 yg berjaya nie adalah kroni2 Najib...

Reply
avatar
penternak_lipan
May 21, 2011 at 6:09 PM delete

anak haram kg pertama
sian kat hang....
kitaorg tak sakit hati pun..mmg diaorg tak berkemampuan tapi diaorg berbakat.dan berbakat tu diaorg bagi pandangan kat sini...alkisahnya...diaorg bukan sakit hati pun.tapi hang yg sakit hati atas pandangan mereka.apa hak dan kepakaran hang nak mempertikaikan pandangan depa,hang belajar ilmu IT pulak ka.apapun hujah la menggunakan fakta ketidalilmuan hang tu jgn soal bab hati dalam sini.pie la tgk filem soal hati?
..wahahahahaha........
persoalannya.
sapa sakit hati kat sapa.
hang kot....A.haram kg pertama
sian kat hang.........

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive