Mungkin ini sebabnya Najib tak kisah rakyat marah...


Tertanya-tanya juga aku kebelakangan ini bila memimikirkan kenapa biarpun ada tentangan dari Pemuda UMNO dan berapa kerat pemimpin UMNO juga menyatakan bantahan tentang cadangan untuk menaikkan harga RON95 June ini..

Pasti ada sebab mengapa Najib begitu berani mengenepikan perasaan marah rakyat yang pasti memberikan laluan mudah untuk Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya?


Najib bukanlah terlalu bodoh untuk bertindak semberono, setiap tindakannya pasti disertai keyakinan dan beliau jelas yakin bahawa selepas PRU13 UMNO/BN masih kekal berkuasa..biarpun harga minyak dan barangan dinaikkan dan bakal menimbulkan kemarahan rakyat yang akan menunjukkannya di peti undi dalam PRU13 nanti..

Mungkin ini antara jawapannya kenapa Najib begitu yakin dan tidak kisah akan kemarahan rakyat...


Dr Chong Dakwa Projek IC Hulu Selangor Sama Seperti Di Sabah

PETALING JAYA 18 MEI : Modus operandi pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing di Selangor yang didedahkan oleh ahli parlimen Ampang Zuraidah Kamarudin minggu lalu dipercayai bermotif sama dengan 'Projek IC' atau 'Projek Mahathir' yang berleluasa di Sabah pada tahun 80-an dan 90-an.

Seorang aktivis dari Sabah Dr Chong Eng Leong tampil di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini menceritakan situasi sebenar di Sabah apabila Kerajaan Umno- BN mula merancang rampasan kuasa terhadap Parti Bersatu Sabah (PBS) pada awal 90-an.

Menurut beliau, perancangan itu melibatkan mantan Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Megat Junid Megat Ayub

"Seorang bekas Ketua Kampung dan ahli Umno Hassnar Ebrahim ikut bermesyuarat bersama Megat Junid, dan wakil Jabatan Pendaftaran Negara...Bila ada yang membantah dia (Megat Junid) kata (Tun) Mahathir benarkan rancangan ini," katanya kepada media di sini.

Caranya menurut Chong cukup mudah iaitu membuat satu surat akuan dan ditandatangani oleh Ketua Kampung yang terlibat dan selebihnya akan diuruskan Kerajaan.

Menurut Chong lagi ia membantu rampasan Umno di Sabah pada 1995 dan meneruskan penerajuaan Umno di Sabah sehingga kini.

"Pada 1991, satu Jawatankuasa Khas Umno Sabah ditubuhkan untuk cari pendatang Asing dan beri mereka IC. Ketua Mereka Musa Aman, Ketua Menteri Sabah kini dan Yahya Hussin, Timbalannya. hal ini didedahkan oleh Jabar Khan, bekas setiausaha Musa sendiri," tegas Chong lagi.

Hassnar dan Jabar telah mendedahkan perkara ini kepada media pada 2006 namun tidak dilayan oleh Kerajaan Umno.

Chong merupakan pengarang buku "Lest We Forget' yang membincangkan mengenai masalah keselamatan dan pendatang tanpa izin di Sabah.

Beliau turut merupakan calon Pilihan Raya DUN Likas bagi PBS pada 1999 dan berhasil membawa petisyen sehingga Mahkamah Tinggi Sabah menolak daftar pengundi bagi kawasan itu dan memaksa berlakunya Pilihan Raya Kecil ketika itu.

Kejadian ini turut memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya meminda Undang-undang Pilihan Raya dengan menetapkan daftar pemilih yang telah digazet tidak boleh dicabar di mahkamah.

Chong turut bersetuju dengan janji buku Jingga Pakatan Rakyat yang akan mengadakan Inkuiri Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat hal ini demi menjamin kedaulatan dan hak rakyat Sabah.

Ini kerana menurut Chong, sehingga 2005, terdapat lebih 600 ribu rakyat yang diragui kerakyatannya di negeri itu.

Pemimpin Pakatan Rakyat seperti Lim Kit Siang telah membawa perkara ini ke Parlimen pada 2008 namun tidak diendahkan Kerajaan Pusat.

Justeru Chong menganggap Pakatan Rakyat merupakan harapan kepada Rakyat Sabah dan Malaysia yang kehilangan hak mereka di tangan pendatang asing ini.

"Umno tak akan buat RCI sebab mereka pun terlibat.

"Janji Pakatan Rakyat dialukan dalam buku Jingga untuk lakukan penyiasatan ini. Akhirnya dapat satu Parti Nasional yang mengambil peduli nasib kami, " kata Chong lagi.


TVS News

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
Anonymous
May 19, 2011 at 7:29 AM delete

jika di izinkan Allah swt pakatan rakyat memerintah mrk yg berkuasa selama ini samada kerajaan mahupun ketua2 agensi2 kerajaan yg menyalahkan kuasa selama ini krn rakyat nampak apa yg mrk telah lakukan, rakyat bukan BODOH spt di era 50 an, mrk akan jadi mcm nyamuk di sembur dgn SHELTOX lah mcm gambur kartun yg keluar di utusan malaysia semasa Allahyarham datuk Hassan Ibrahim memegang jawatan ketua pengarah RISDA dlm thn 80 an dulu tu, ada yg mati ada yg merana ada yg gila slps terkena semburan SHELTOX. Kerana datuk Hassan Ibrahim pernah menjadi Ketua Pengarah BPR kini SPRM tp ramai pak2 menteri yg tak suka dgn Hassan Ibrahim krn ketegasan beliau dlm memerangi RASUAH, akhirnya beliau dipeti sejukkan. Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu dan hidup ni spt roda hari ini kita di atas esuk lusa kita di bawah pula, jadi bila kita berada di ats jgn lah sombong dan takbur krn ia menjauhkan kita dgn sifat AMANAH yg Allah telah kurniakan kpd hamba2Nya...kezaliman akan terkubur jugak akhirnya.

Reply
avatar
DENYUT NADI KRONI SAHAJA
May 19, 2011 at 10:51 AM delete

Najib dan Umporno sekarang adalah kerajaan yg BUAT ZALIM DENGAN SELAMBA SAHAJA...MCM TAK ADA APA2 RASA BERSALAH... KALAU ORANG PUTIH CAKAP 'COLD BLOODED'...

Istilah org2 tua BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH, sudah tidak terpakai lagi zaman ini... zaman ini dalah zaman YANG BUAT SALAH LEBIH BERANI KERANA KUASA ADA DI TANGAN, YANG BENAR PULA JADI TAKUT KERANA TAK SANGGUP HIDUP MERANA...

Tengok muka Najib...selamba aje.. tidak kisah apa yg berlaku... mungkin kerana dia tidak pernah merasa hidup susah sebagaimana org lain... Semoga Allah

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive