Muhyiddin tidak berilmu?

KUALA LUMPUR 25 MEI – Amaran Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya orang Melayu tidak terpedaya dengan DAP menunjukkan beliau langsung tidak berwibawa, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Beliau berkata, kenyataan itu ternyata satu pembohongan, langsung menunjukkan betapa tidak berilmunya Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO.

Pada 24 Mei lalu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut memberi amaran agar Melayu tidak terperangkap dengan hajat besar DAP yang kononnya mahu memerintah Malaysia.


Kit Siang menjelaskan sejak pilihan raya pertama yang disertai DAP pada 1969, DAP telah meletakkan seorang calon Melayu untuk Parlimen, dan sembilan calon DUN yang merangkumi Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.

Sejak 1969, enam pemimpin Melayu DAP telah memenangi pilihan raya termasuk Allahyarham Ahmad Nor yang menang Parlimen Bayan Baru (1990-1995) di Pulau Pinang.

“Ini adalah bukti kukuh bahawa kita mempunyai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno yang langsung tak ada standard dan tak ada class,” tegas Kit Siang.

Beliau turut mencabar Muhyiddin dan Zahid menamakan ahli parlimen atau menteri UMNO sekarang ini yang sanggup menyuarakan kebenaran sehingga disumbat ke dalam penjara untuk mempertahankan kebenaran kaum Melayu, seperti yang pernah dilakukan oleh pemimpin DAP.

Kit Siang juga menggesa agar semua rakyat Malaysia menyoal kembali sebahagian pemimpin UMNO yang mengeluarkan kenyataan membabi-buta tanpa fakta sahih.

“Semua rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan lain-lain patut menyoal kenapa pemimpin UMNO seperti Muhyiddin dan Zahid Hamidi takut dengan usaha DAP untuk mendapat sokongan Melayu,” katanya.


Roketkini.com

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anak kg pertama
May 25, 2011 at 9:17 PM delete

TPM tak bodoh..utk org kata TPM tak berilmu..ada bukti dan contoh terbaik untuk hangpa & org2 Melayu/Islam kat Malaysia nie, kenapa jangan sokong DAP..lihatlah Melayu/Islam Singapura..bukan lihat saja..cari maklumat..kalau ada duit lebih, pi visit Singapura dan ambil peluang jumpa org2 Melayu/Islam sana dan sembang2 tentang apa ada pada Melayu/Islam kt sana...paling senang cari melayu singapura dlm facebook..sembang sampai pagi...aku dah jumpa org2 Melayu/Islam disana...hangpa akan tahu bagaimana aku tahu...sedih oooii..

Muhyiddin tak bolehlah cakap mcm aku ckp...sebab dia tu TPM, ia boleh menyebab kerajaan Singapura tersinggung pulak, nak tau pasal apa..sebab PAP dan DAP adalah parti ideologi politik yg sama...ingat bila DAP menang di Penang..LKY terus dijemput kerajaan DAP datang visit Penang,Kenapa???

Reply
avatar
May 25, 2011 at 10:14 PM delete

DAP memerintah Malaysia, so what? Kita kan ada UMNO, kita pun ada Perkasa, suruh aje depa2 ni jadi pembangkang cukup 5 tahun lawan lah kat pilihanraya, so apa yang UMNO nak heran sangat ni? Tak pun kalau DAP menang PRU nanti, UMNO dan Perkasa istihar aje lah May 13 ke, jihad ke, perang salib ke atau perang saudara ke, whatever lah asal kuasa UMNO tak diserah pada pembangkang.

Sapa2 yang tak suka kalau DAP perintah Malaysia sila berambus balik ke negeri masing2. Jangan ingat UMNO aje yang boleh cakap camtu.

Reply
avatar
Wak Segala Kapurin
May 26, 2011 at 12:45 AM delete

Politik murahan dari pak din koboi dan kuncu

Reply
avatar
Anonymous
May 26, 2011 at 1:03 AM delete

Mana-mana parti pun boleh memerintah Malaysia asalkan tidak kurop..

Reply
avatar
Anonymous
May 26, 2011 at 11:33 AM delete

setuju dengan anon 1.0333333!!!!

Reply
avatar
Anonymous
May 26, 2011 at 4:22 PM delete

dulu sebelum lahir pakatan umno mempengarohi pengudi cina dengan mengatakan kalau pas merintah negara ini akan melaksanakan undang2 islam olang cina hindu sudah tentu habis lancau akan dipotong uooo....babi tak bolih makan uooo...itu alak sudah tatak uooo...depan orang melayu umno kata mana boleh laksana hukum islam negara ini masyarakat majmuk zalim kalau laksana hukum islam.....pas sebuah parti perkauman,bila lahir pakatan pas mengetui kerajaan perak umno kata pas jadi barua dap dipulau pinang dap mengetuai kerajaan mca dan gerakan kata dap enti cina pelik sungguh yg mana satu betul??.

Reply
avatar
Anonymous
May 26, 2011 at 9:17 PM delete

Kenapa anon 4.22...hukum Islam wajib dilaksanakan.....hukum hudud telah tertulis di dalam Al-Quran. Hang nak kata...apa. Sekarang aku nak tanya...bangsa mana yg dah hancur.....yg terlibat dgn dadah, merempit, zina....secara terang-terangan, minum arak...merompak....membunuh...tidak sembahyang...tidak berpuasa.... tidak menutup aurat dan macam2 lagi keruntuhan akhlak yg melanda bangsa ini......Kita sebagai Umat melayu yg beragama Islam inilah yg telah mencemarkan Islam ....itu sendiri. Jangan terlalu cepat melatah dan mengalahkan bangsa lain. Mereka menonton dan menganalisis ....perangai orang Islam ...itu sendiri. Hari ..ini bangsa lain ketawa melihat gelagat bangsa kita...Tidak hairan jikalau Allah swt menterbalikkan hati2 bukan Islam untuk mengutuk Umat Islam...itu....sendiri.Dimana cerminan kita sebagai umat Islam...apabila kita yg mengaku org Islam....sanggup bercakaran semata2 untuk memburukkan saudara kita... melalui permainan video lucah....Seolah2...sikap memburukkan seseorang itu di benarkan di dalam AGAMA ISLAM . Kita sanggup menelanjangkan air muka saudara kita agar seluruh dunia menghina hamba...ini.Setelah berjaya ....memainkan tipu muslihat.....kita ketawa...dan bergembira di atas kedukaan org lain....Cuba....renungkan...Adakah kita akan selamat???????Benarlah sabda Nabi Muhammad saw 'Umatku diakhir zaman...iman mrk seperti buih2 di lautan.... Terlalu rapuh dan mudah diperkudakan.... Tanda 2 dekatnya KIAMAT....umat Islam sanggup menjual agama...demi mendapatkan laba.....

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive