Mohd Noor Deris yang perlu bertaubat, bukan Nik Aziz

Mungkin ada kebenarannya dakwaan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Ahmad Fadhli Shaari ini..“Barangkali Mohd Noor Deris hanya mengaji setakat muqaddam dan tidak berjumpa dengan ayat 4 daripada Surah an-Nur yang bermaksud :“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah (sebatlah) mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka Itulah orang-orang yang fasik.”


Mohd Noor Deris yang perlu bertaubat, bukan Nik Aziz

PETALING JAYA: Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Prof Madya Mohd Noor Deris hari ini dibidas berikutan kenyataannya dalam akhbar milik Umno-Utusan Malaysia-yang menggesa agar Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertaubat.


Mohd Noor dalam kenyatan kepada Utusan Malaysia semalam meminta Nik Aziz bertaubat kerana mempertahankan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibelenggu isu moral termasuk rakaman video seks.

Sambil menyifatkannya sebagai ‘sampah’, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Ahmad Fadhli Shaari berkata kenyataan itu mencerminkan kedangkalan pemikiran Mohd Noor yang bertaraf ulama’.

Pemikiran Ulama Umno

“Dalam isu video seks, perlu diingatkan bahawa di dalam Islam, tuduhan zina hendaklah dibuktikan di mahkamah melalui empat orang saksi yang adil.

“Barangkali Mohd Noor Deris hanya mengaji setakat muqaddam dan tidak berjumpa dengan ayat 4 daripada Surah an-Nur yang bermaksud :“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah (sebatlah) mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka Itulah orang-orang yang fasik.”

“Barangkali demikianlah taraf pemikiran seorang ‘ulama’ di dalam Umno,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Noor yang juga Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat dalam laporan berita Utusan Malaysia berkata tindakan Nik Aziz jelas bercanggah dengan politik diamalkan oleh Rasulullah SAW yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.

Beliau juga dipetik akhbar itu menyarankan supaya Ulama PAS membuat mufarakah (berpisah dari imam) terhadap kepimpinan Nik Aziz yang telah banyak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umat Islam semata-mata melindungi kepentingan individu tertentu.

Mahkamah Syariah

“Tuduhan terhadap lelaki melakukan zina samalah dengan menuduh wanita melakukan zina iaitu hendaklah didatangkan empat orang saksi yang adil.

“Apa yang lebih penting lagi, kenapakah isu ini tidak dibawa ke mahkamah Syariah dan diadili mengikut hukum Islam?

“Justeru, tindakan Nik Aziz mempertahankan Anwar tepat mengikut neraca Islam kerana beliau masih belum dibuktikan salah mengikut apa yang dikehendaki oleh Islam,” tegas Ahmad Fadhli.

Sehubungan itu, Ahmad Fadhli berkata orang yang perlu bertaubat adalah Mohd Noor sendiri yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia memiliki ilmu kasyaf (sumber ilmu) sehingga tidak mahu bersalam dengan Nik Aziz kerana didakwanya menjadi tangan syaitan ketika kempen pilihanraya kecil DUN Galas.

“Jika Allahyarham Ashaari Muhammad, pengasas al-Arqam pernah ditahan ISA kerana mendakwa mampu beryaqazah (bertemu Rasulullah dalam keadaan jaga dan bukannya mimpi), saya kira dakwaan Mohd Noor Deris yang mempunyai kasyaf ini juga tidak kurang sesatnya.

“Pada saya, kenyataan Mohd Noor Deris ini hanyalah satu sampah sarap yang hanya layak dimuatkan di dalam tong sampah yang bernama Utusan Malaysia,” katanya.


Free Malaysia Today

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

16 comments

comments
Anonymous
May 30, 2011 at 8:33 PM delete

Inilah hakikatnya.... yg mengaku diri nya ulama umno hanya mahu pakai islam dlm juzuk2 tertentu sahaja..mereka tidak berminat menghayati islam secara keseluruhannya...jauh sekali dari mengamalkan nya. Pengetahuan islam yg ada pada ulama2 umno ini hanya utk digunakan buat mengkaburi mata orang2 melayu utk kepentigan politik sempit umno. Sebab itu anak2 muda melayu dipendalaman dibiar dan malah digalakan jahil islam. Mereka disogok dengan hiburan ala barat supaya susah utk menerima dakwah pas. Malah adalah lebih mudah utk mendekati orang bukan islam berbanding dengan orang islam, yg islam nya sudah dicelarukan oleh umno.
Inilah dosa umno yg cekup besar pada umat islam dimalaysia.

Reply
avatar
May 30, 2011 at 10:20 PM delete

Mat Nor Deris bercakap bukan berlandaskan hukum tapi untuk kepentingan peribadi. Apakah dengan menyokong Anwar di kira harus bertaubat? Dah lah berbicara pun di Mahkamah dongeng dan di reka cipta dengan cerita-cerita karut yang tidak masuk akal. Nik Aziz menyokong Anwar bukan kerana taksubkan Anwar tapi kerana beliau dizalimi dalam pembicaraan yang berat sebelah dan tidak diadili mengikut hukum hakam dalam Islam.

Sepatutnya Mat Nor Deris lah yang harus bertaubat menyokong dan menjadi jurucakap UMNO yang jelas menentang dasar-dasar perjuangan PAS dalam Islam.

Reply
avatar
Tuan Tanah
May 30, 2011 at 10:36 PM delete

AKU NAK TUMPANG TANYELAH MASA NAJIB KENA TUDUH ADA ANAK DAN BUNUH ATLANTUYA DULU ADA SAPE2 YG BAGI BUKTI X??NAPE KALAU KENA KAT BATANG HIDUNG KORANG PANDAI NAK MINTA SAKSILAH,BUKTILAH,4 ORANGLAH APA APA JELAH

Bapak Anwar BIn Ibrahim = BABI

Reply
avatar
May 30, 2011 at 10:39 PM delete

Ramai orang2 UMNO yang suka jadi 'the fall guy' demi untuk tuan besarnya, maka akan bersinarlah bintang2 UMNO yang dulunya agak malap atau hampir lenyap. Inilah trend Ibrahim Ali yang jadi ikutan. Ibrahim Ali adalah contoh sebutir bintang yang hampir mati tapi hidup semula dengan cara meledakkan elemen2 ekstremis politik Ketuanan Melayu. Md Deris pun bintang yang malap jugak, tapi dia ketua semua bintang2 malap UMNO yang tiba2 nampak peluang untuk bersinar semula dan peluang itu ialah dengan melanggar Nik Aziz, sebutir bintang yang tak pernah malap yang kalau dilanggar, cetusannya pasti akan menghasilkan kilauan kepada bintang Md deris yang dah nak mampos tu. Md Deris sanggup keluar dari pusingan orbitnya untuk langgar Nik Aziz tapi dia pulak yang suruh Nik Aziz bertaubat. Inilah masalahnya bila orang yang langgar kereta orang lain kata orang yang dia langgar tu yang salah, padahal dia yang tak betul bawa kereta.

Md Deris jangan suruh Nik Aziz bertaubat, dia sepatutnya bertaubat depan Nik Aziz kalau nak tengok antara dua ulamak ni amalan siapa yang Allah akan terima. Md Deris mungkin seorang pengerusi biro UMNO dan tidak lebih dari itu orang kenali dia, tapi Nik Aziz adalah pengerusi biro seluruh hamba rakyat yang menyembah Allah, bukan menyembah UMNO.

Reply
avatar
Anonymous
May 30, 2011 at 10:54 PM delete

Ilmu dia tak sampai kesana, kasian orang2 ne.

Reply
avatar
HAHAHAHA
May 31, 2011 at 12:06 AM delete

BENGAP SUNGGUH BLOGGER SEKOR NI BERHUJAH....DARI ENTRINYA MENGGAMBARKAN BETAPA SEMPITNYA ILMU DALAM ISLAM.

MEMANG ADA NAS MENGATAKAN HARUS ADA 4 SAKSI TETAPI KENA TENGOK KEADAAN...KALAU BUAT DALAM BILIK, SAMPAI MATI PUN TAKKAN ADA SAKSI...SAMPAI BILAPUN PENZINA TAKKAN BERSALAH...

DAHTU TUDUH PULA MD NOOR ILMU SETAKAT MUQQADAM, MD NOR TU PROF, KAU ADA APA NAK HANTAM ORANG

BANGANG BETUI

Reply
avatar
Anonymous
May 31, 2011 at 7:28 AM delete

anon 10:36, boleh tunjuk tak keratan utusan dan berita yg menuduh najib razak ada anak dan...apa kau tulis..bunuh altantuya???? setahu aku.. memang tak ada...kat TV pun tak ada...jadi apa yg kau merepek ni?? Yang ada hanya rencana tentang komisen pembelian kapal selam yg berbau rasuah yg melibatkan pentadbiran najib selaku menteri pertahanan dan kaitannya sehingga kepada pembunuhan altantuya.rencana2 ini meminta najib turut disiasat supaya jelas kes ini kepada rakyat. Tapi semua kita tahu najib sampai sekarang takut utuk disiasat. Malah motif azila bunuh altantuya pun sampai sekarang rakyat tak tahu.

Reply
avatar
Anonymous
May 31, 2011 at 7:34 AM delete

anon 12:06am
surah 24 al-Nur; ayat 4-5 adalah nas qat’ie atau muktamad yang tidak boleh dilanggar berkaitan dengan hukuman penuduh pelakuan zina yang mesti cukup empat saksi dan hukuman qazaf dikenakan ke atas penuduh yang tidak cukup “syarat empat saksi.”
“Ada pun gambar, klip yang samar-samar, tetapi tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah syariah,”
Sekarang kau ada faham????? engkau ni typical barua umno-apco yg sudahlah bodoh, sombong malah buta hati dan buta perut.

Reply
avatar
Anonymous
May 31, 2011 at 8:20 AM delete

PROF MADYA (mantan?)///

Reply
avatar
Anonymous
May 31, 2011 at 9:03 AM delete

Astagfirullahhalazim.
Kita ni siapa nak soalkan hukum Allah. Kita lebih pandai dan bijak dari Allah ke? Kepada HAHAHAHA berhati-hatilah mengatakan sesuatu. Cara saudara berkata seolah-olah mempersoalkan kebijaksanaan Allah. Allah dah menghukum agar di bawa 4 saksi. Tidak dinyatakan samada maksiat dibuat di dalam bilik atau dimana sahaja. Allah lebih tahu akan mahkluknya dan sudah pasti Allah juga tahu orang yang berbuat maksiat tidak akan berbuat secara terang-terangan. Memang sukar nak buktikan orang berzina. Bukan sahaja kena bawa 4 saksi tapi peribadi saksi juga mestilah elok dan tidak pernah berbohong. Malah lebih sukar lagi saksi perlu nampak 'benang masuk lubang jarum'. Kalau itu tidak ada maka serahkan kepada ALLAH saja. Maaf, sekadar mengingatkan.

Reply
avatar
Anonymous
May 31, 2011 at 9:10 AM delete

Jawapan kepada Tuan Tanah

Orang tidak tuduh Najib bunuh Altantuya. Orang mengatakah Najib ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya. Kenapa ada kaitan?

1. Kerana terlampau banyak penyelewangan dan kekeliruan sepanjang perbicaraan berlansung.

2. Rekod imigresen Altantuya hilang

3. Isu pembelian kapal selam (Najib adalah Menteri Pertahanan waktu tu)

4. Penggunaan C4 (hanya boleh diluluskan oleh orang atasan sahaja) bukannya oleh dua orang inspector dan corporal.

Trend-trend ini membuktikan ada penglibatan dari pihak atasan dan pada waktu itu Najib sebagai Menteri Pertahanan adalah orang paling tinggi. Sebab itu dikatakan beliau terlibat. Ada faham?

Reply
avatar
Anonymous
May 31, 2011 at 9:22 AM delete

Tu pasal Najib, pasal Anwar kene tuduh pulak. Situasi dia lain.

1. Anwar siap bagi keterangan dan report polis lagi menafikan dia pelaku dalam video seks tersebut. Najib? angkat sumpah dalam masjid menafikan terlibat dalam kes Altantuya.

2. Yang menuduh Anwar (Eskay) siap sumpah laknat lagi. Hukum mane pakai orang yg tuduh kene sumpah? Senang la klw macam tu, nk kuatkan tuduhan pakai sumpah je. Habis semua umat Islam kat Malaysia keliru. Tapi dalam kes Najib, yang mengatakan Najib ada kaitan ada membawa bukti-bukti dan keterangan seperti di atas.

3. Yang menuduh tidak Anwar sekarang tidak membawa bukti. Hanya sekadar video itu sahaja. Video itu bukan evident yg boleh pergi ke tahap prima facie.

Rakyat Malaysia hanya nakkan kebenaran. Kalau betol Anwar bersalah hukumlah. Kalau betol Najib bersalah juga layak dihukum.

Reply
avatar
Anonymous
May 31, 2011 at 9:27 AM delete

ANON 12.06 YANG PALING BENGAP..

ITULAH SEBENARNYA UNDANG-UNDANG ISLAM.. SYARATNYA SUDAH PASTI MEMERLUKAN 4 ORANG SAKSI SUPAYA KEADILAN TERJADI DIPIHAK YANG TERTUDUH (JIKA BENAR DIA TIDAK BERSALAH) DALAM ISLAM MELEPASKAN OERANG YANG BERSALAH LEBIH BAIK MENGHUKUM ORANG YANG TIDAK BERSALAH! JIKA TIADA SAKSI MAKA TERLEPASLAH PENDAKWAAN DAN PERBICARAAN TERHADAP SESEORANG TETAPI HUKUM ALLAH AKAN TETAP TERLAKSANA DI AKHIRAT KELAK. KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH JANGAN BERLEBIH-LEBIHAN DALAM MENGHUKUM!! ALLAH LEBIH MAHA MENGETAHUI MENGAPA UNDANG-UNDANG SEDEMIKIAN DILAKSANAKAN KERANA MANUSIA ITU LEMAH..

KALAU TIADA BUKTI PENDAKWAAN BOLEH DILAKSANAKAN DENGAN TAKZIR! TAPI MASALAH SEKARANG HINGGA SEKARANG TINDAKAN BELUM DILAKUKAN WALAUPUN POLIS DAH KENAL PASTI.. INI ISU NAMPAKNYA POLIS MAIN POLITIK.. DALAM SEJARAH BELUM PERNAH BERLAKU POLIS DAK KENAL PASTI PELAKU (DISAHKAN) JENAYAH TAPI BELUM MEMBUAT TANGKAPAN!

HARAP ANON 12.06 JANGAN JADI BENGAP DAN BANGANG! BELAJAR LAGI!

Reply
avatar
Anonymous
May 31, 2011 at 9:33 AM delete

TUAN TANAH....

BUKAN SETAKAT 4 SAKSI TAPI TUDUHAN DAN LAPORAN PUN AKU PERCAYA DAH BUAT KENAPA NAJIB TAPI... IMPLIKASINYA.. HA.. PEGAWAI KERAJAAN KENA TUKAR (KAO PAHAM LAH SENDIRI).. MD ISA MANTAN KM N9 BANTU NAJIB LEPAS, ITU SEBAB DIA DAPAT PENGERUSI FELDA!

HANG MEMANG TAK UPDATE DALAM ISU INI.. HANG TAK PAHAM KA SEBAB SEMUA RAKYAT PAHAM DAH YANG POLIS, SPRM, MAHKAMAH DAN PEGUAM NEGARA DOK BACKING KERAJAAN. BUKTINYA!? HANG TENGOKLAH SENDIRI WAKTU PILIHANRAYA, PARTI MANA KENA PERMIT DAN PARTI MANA TAK YAH PERMIT!

BANGANG TUAN TANAH KEBARUNG!!

Reply
avatar
Anonymous
May 31, 2011 at 11:12 AM delete

Nak cipta nama ar tu. Sesapa yg brsekongkol menelan fitnah yg d canang rejim BN tu tanggunglah akibatny woii. Fitnah lebih berat dari membunuh. Memang berat bangat mesejny tu.

Reply
avatar
Anonymous
June 2, 2011 at 12:04 PM delete

HAHAHAHA,
beza antara pas dan umno ialah penerimaan hukum islam yang mempunyai nas qatie pas beriman dengan semuau ayat quran sebaliknya umno tidak beriman dengan hukum hudud yang mempunyai nas oleh itu pehak berkuasa umno sentiasa mengelak dan mencari berbagai helah dari melaksanakan hukum tersebut dan lebih kepada menggunakan hukum akal seolahnya2 ALLAHSWT bersifat jahil atau lalai atau lupa semasa menurunkan ayat2 berkaitan hukum hudud tersebut kalau kita belajar ilmu tauhid orang yg berfahaman seperti tersebut adalah kafir kerana menyamakan ALLAHSWT dengan mahluk,
hahaha disyurkan supaya belajar ilmu tauhid kerana ilmu ini wajib bagi setiap mukalaf sepertimana sabda nabisaw "awal2 agama mengenal ALLAH",jangan kerana kejahilan kita mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakan akidah kita.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive