Melawat Anak tu.. kira Lawatan Kerja ke?

WASHINGTON 22 Mei — Ibu bapa mana yang tidak gembira melihat anak mereka memperoleh segulung ijazah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tidak terkecuali.

Najib yang berada di Amerika Syarikat sejak 17 Mei lepas untuk lawatan kerja seminggu ke New York dan Washington, meluangkan masa lebih tiga jam berada di Universiti Georgetown dan duduk bersama beratus-ratus ibu bapa dan kaum keluarga masing-masing pada Majlis Konvokesyen anaknya di universiti itu pada Sabtu.


Anak perempuan mereka, Nooryana Najwa, 22, menerima ijazah Bachelor of Science in Foreign Science selepas empat tahun belajar di School of Foreign Service, universiti berusia 222 tahun itu.

"Saya bersyukur bahawa anak saya dapat kelulusan ijazah pertama daripada Georgetown School of Foreign Service. Sebagai bapa tentu saya rasa tanggungjawab saya sudah saya lunaskan dan anak saya berjaya mendapat pendidikan dalam lapangan yang beliau minati," katanya selepas majlis konvokesyen di Healy Lawn universiti itu.

Turut hadir anak lelaki mereka Nor Ashman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis.

Kata Najib, dengan pengalaman bersifat global di sini, kurikulum yang berkualiti dan menyegarkan, ia dapat menyediakan anak beliau untuk menjalani kehidupan di dunia dengan menghadapi segala cabaran dengan jayanya.

"Saya dapati kurikulum School of Foreign Service sesuai dalam era globalisasi. Sebab antaranya terpaksa pelajari satu bahasa moden dalam masa empat tahun," kata beliau yang merujuk kepada Bahasa Arab yang diambil Nooryana semasa pengajian di sini.

Ditanya rancangan masa depan Nooryana, Najib berkata, anaknya mahu mencari pengalaman kerja sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana.

Rosmah turut melahirkan rasa syukur anak perempuan beliau berjaya menamatkan pengajian di salah satu universiti terkemuka di dunia itu.

"Sebagai ibu apa yang saya telah berkorban, saya dapat merasai hasil daripada kerja kuat beliau dan segala pengorbanan sebagai ibu. Saya sentiasa berhubung, sentiasa memantau perkembangan pelajaran beliau dalam masa di antara tanggungjawab sebagai isteri kepada pemimpin negara," katanya.

Rosmah berkata, walaupun sibuk dengan pelbagai program dan tanggungjawab sebagai presiden atau penaung pelbagai badan bukan kerajaan dan kebajikan, beliau memastikan dapat meluangkan masa memantau perkembangan pelajaran anak-anaknya.

"Seharusnya dapat bahagikan masa...jika nak nasihat (orang lain), seharusnya saya harus amalkan. Harap ibu-ibu pantau pelajaran anak-anak mereka berjaya dan berguna kepada bangsa dan negara kita," tambah beliau.


BERNAMA

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

9 comments

comments
May 23, 2011 at 5:29 PM delete

ASD,

Tak payah layan sipengecut tu, memang kat mana2 blog pun bila pencacai2 UMNO tak terlawan dengan blog2 PR dia hantar kaki putaralam yang kerjanya menyemakkan blog dengan menggunakan nama2 penulis komen pro PR dengan tujuan mengelirukan pembaca. Aku dah puas dah dengan diaorang ni yang buat kerja pengecut macam ni kat blog MalaysiaToday. Ni Blog kau, kau ban aje abis citer biar depa terkulat2 macam cicak makan kapur. Blog pro UMNO macam GAP pun pakai gatekeeper takkan lepas komen2 pedas dari pro PR. Blog kau ni dah dapat sambutan jadi memang tujuan depa nak kucarkacirkan supaya blog kau tak jadi saingan. Sekurang2nya kau ban depa2 yang tak pakai nama sendiri jadi kita senang balas apa juga tulisan depa2 tu. Kalau nak komen pakai nama sendiri atau Anon pun tak apa kalau depa tu takut. Adil kan? Jangan ikut depa punya game rules, ikut kau punya jadi kita bermain di padang yang rata.

Reply
avatar
penternak_lipan
May 23, 2011 at 6:01 PM delete

i follow aje..................
abg jem tak kesah yg penting
lawan tetap lawan!!!!!!!!
yg penting kita anggap diaorg ni sbg najis dari ibu umnonajis.buat apa pun walau sembur minyak wangi tetap busuk..pendek kata tak upaya nak diubat dah.dan puak2 ni masuk bukan untuk mengambil apa2 berita untuk dijadikan pedoman.tapi semata2 hanya untuk memnunjukan kebusukan pemikiran najis2 diaorg.
jadi..jalan yg terbaik...publish yg betul2 kena topic.dgn isu yg di publishkan.wehehehe.betui tak tau ayat aku ni..yg lain2 tu.isu yg tak berkaitan dgn topic offkan aje.terajang gaban duk jauh2.tak pun suh diaorg balik main sabun sambil memikirkan minda sex diaorg bersama bibik mah diaorg.

Reply
avatar
Anak kg pertama
May 23, 2011 at 9:13 PM delete

FMZam,

Ha..ha..nasihat ASD pulak!..kenapa tak tahan telinga ke..atau panas teligan ke? tu le mengata pd sesama Islam sedap mulut aje..bila kena sikit dh mengacum pulak...

ASD..

PM pergi konvo anaknya biar pi la kt dia..dia pun ada anak..macam ASD ada anak..kekadang tu ASD ambil cuti kerja atau terpaksa tinggal kerja pasal anak2 juga...hanya tiga jam aje PM nak lawat anak dia yg lain tu masa hanya utk negara..ASD hari2 boleh jumpa anak2...kejam kita kalau politik PM pasal nak jumpa anak dia sendiri..jgn pisah kasih ayah utk anak2 kerana politik sempit ASD...

Reply
avatar
Bombo
May 23, 2011 at 9:54 PM delete

lepas selam tegok air perut buncit,sambil telan pasir samalah tu,yg bodoh kamu anggap seadanya putaran najis tak semestinya dlm kedudukan yg sama....fhm tak aku maksud,kau tenong siling kejap...

tj:AKP

Reply
avatar
May 23, 2011 at 10:18 PM delete

AKP,

Kalau aku panas telinga aku tak kan terus menulis. Aku bagitau kat ASD cara nak hapuskan pengecut2 yang dah lah takut guna nama sendiri guna nama orang pulak. Kau ingat aku takut nak berlawan maki kat dalam blog? Aku tak suka tengok si pengecut diberi muka sebab bila pakai nama orang dia seronok tengok orang keliru, jadi apa pasal mesti ikut permainan dia? Kalau dia berani guna nama sendiri tak kiralah walau Anon pun. Ni mana dia tak berani muncul? Penakut memang camtu kan? Sekurang2nya kau yang guna nama lain pun tak pakai nama orang.

Reply
avatar
Anonymous
May 24, 2011 at 10:09 AM delete

Puaka punyer Rosmah.. aku pon keje gomen gak.. tapi kalu adik beradik aku konvo tak de plak aku gi konvo tu claim duit gomen.. ni siap tiket flight sponsor.. disponsor oleh rakyat dungu yang pangkah BN last election.. aku tak halal duit aku bayar cukai GST tu Rosmah Puaka wat belaja nengok anak die konvo.. celaka punyer UMNO BN

Reply
avatar
Anonymous
May 24, 2011 at 5:20 PM delete

Rosmah Mansor sama dgn maksud Ringgit Malaysia.......perempuan yg banyak habiskan duit rakyat.....

Reply
avatar
Anonymous
May 24, 2011 at 10:44 PM delete

Jumpa anak 3 jam tak pe... menunjukan ibu-bapa yg baik... tp kalau (mungkin) konv 2 hr lg... makna nya jumpa anak bukan 3 jam ... tp jd 3 hr... apa pun dia pakai duit sendiri ke???

Kalau Kak Ros tak mungkin.....tak mungkin...

Sebab antaranya terpaksa pelajari satu bahasa moden dalam masa empat tahun,... subj Islam Antarabangsa tak berminat ke???

Reply
avatar
symhash@gmail.com
May 25, 2011 at 9:15 AM delete

a'kum saudara seagama ku,,jgnlah kita yg dbawah ni berbalah sama sendiri,sedangkan org lain yg mengaut hasil negara,,biarkan mereka,sebab ALLAH dah pun siap hukuman utk depa,,sesungguhnya ALLAH nak ajaq kita tentang sikap manusia dan kebesaranNYA,sebagai contoh,ketua hakim negara..apa dah jadi,,,,yakkan nak kata kebetulan pula,,,,,mana nak di campak rukun IMAN...percaya pada ketentuan ALLAH...xkan pandai sebut tapi xpandai nak amal...eratkanlah persaudaraan kita...politik bukanlah bahan yg kita nak bawa jumpa ALLAH...sabaq saudara2

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive