Malaysia Negara Islam yang di Contohi - Muhyiddin

"Jadi, kalau Pas kempen mahu bina negara Islam, kita sudah ada. Apakah tuan-tuan berasa duduk dalam negara kafir, negara yang tidak utamakan Islam, negara yang tidak membina dan membangunkan ummah? Saya tak fikir begitu," kata Muhyiddin..

Tambahnya lagi “Malaysia kini menjadi negara Islam contoh hasil daripada usaha UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN).”

Tapi… Muhyiddin… Negara kafirpun ada yang melarang penayangan Video Lucah secara terbuka apatah lagi di sebuah Hotel yang ternama.. malah mengedarnya secara terbuka juga dilarang..


Di negara kafir sekalipun kita sukar untuk melihat fitnah disiarkan oleh media cetak dan media elektronik macam Utusan dan TV3 tu..

Negara Kafir pun menghukum bunuh pesalah rasuah, tapi kita yang dibuktikan rasuah diberikan pula jawatan yang lebih tinggi..

Negara Kafir yang paling hina iaitu Israel pun tidak mempunyai dua set undang-undang seperti Negara Islam Malaysia ni.. (satu untuk UMNO dan Pencacainya dan satu lagi pula untuk rakyat biasa).. Negara kafir itu menganggap semua warganya adalah sama dimata undang-undang..

Aku kurang pasti Negara Islam mana yang menjadikan Malaysia sebagai contoh..


Jangan ragu usaha kerajaan bangun negara Islam - Muhyiddin

KANGAR 19 Mei - Malaysia kini menjadi negara Islam contoh hasil daripada usaha UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain memberi tumpuan membantu penganut agama lain, kerajaan Pusat sejak selepas merdeka turut memberi perhatian utama membela nasib masyarakat Islam yang menjadi kelompok terbesar di negara ini.

''Tidak payah kita nak sebut mahu membangunkan negara Islam kerana Malaysia dijadikan contoh oleh banyak negara Islam lain di dunia.

"Jadi, kalau Pas kempen mahu bina negara Islam, kita sudah ada. Apakah tuan-tuan berasa duduk dalam negara kafir, negara yang tidak utamakan Islam, negara yang tidak membina dan membangunkan ummah? Saya tak fikir begitu," katanya ketika berucap pada majlis Jamuan Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri ke Perlis di Kuala Sanglang, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Muhyiddin berkata, apabila kerajaan menyebut untuk membangunkan Islam, ia bukan bermakna masyarakat bukan Islam tidak dibantu kerana dasar Islam yang diamalkan kerajaan BN adalah memberi layanan adil kepada semua.

Apa yang penting, kata Timbalan Perdana Menteri ialah bagaimana rakyat dapat bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk membangunkan negara ke arah mencapai sasaran menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Menurut beliau, dalam kerajaan menyediakan segala kemudahan asas, pada masa sama pendapatan rakyat perlu ditingkatkan selagi ada ruang dan peluang supaya tiada jurang di antara bandar dan luar bandar.

"Usaha untuk membangunkan infrastruktur kita lakukan secara berterusan. Apa yang kita mahu lihat adalah negara kita maju dan masyarakatnya berjaya dengan mempunyai pendapatan yang baik," kata beliau.

Terdahulu, Muhyiddin yang diiringi tetamu kenamaan lain melawat seorang warga emas, Arpah Hashim, 83, di Kampung Belakang Surau, Kuala Sanglang yang menghidap sakit tua.

Warga emas itu yang menerima skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan dijaga oleh anaknya, Damasyarah Murad, 57, yang mencari nafkah dengan mengambil upah menjahit baju selain menerima pencen arwah suaminya sebanyak RM200 sebulan.

Turut tinggal bersama mereka ialah seorang anak perempuan Damasyarah berusia 29 tahun yang bercerai dengan suaminya setahun lalu dan kini menghadapi tekanan perasaan dan tidak boleh berkomunikasi dengan orang lain.

Timbalan Perdana Menteri juga melakukan tinjauan mesra di pekan kecil Kuala Sanglang dan melawat Balai Bomba Sukarela Kuala Sanglang serta menjamu selera pada majlis jamuan berkenaan yang juadahnya dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung.


Lidah Rasmi UMNO

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

9 comments

comments
May 20, 2011 at 12:03 PM delete

jangan cakap negara islam yg dicontohi kalau sekolah agama jadi anak tiri. Sembahyang jemaah di masjid seminggu sekali.

http://malaysianepic.blogspot.com/

Reply
avatar
May 20, 2011 at 1:32 PM delete

Muhyiddin kaki kelentong rakyat sendiri bolehlah. Malaysia tak pernah jadi negara Islam contoh sebab dalam dunia ni tak ada negara yang pedulik negara Islam mana yang terbaik sebab tak ada orang Islam yang giler macam UMNO nak buat pertandingan juara negara Islam.

Kepala hotak kaulah Muhyiddin cakap ikut sedap muncung babi dia aje. Siapa yang buat kajian? Mana statistiknya? Cuba namakan sebuah negara Islam yang jadikan Malaysia sebagai contoh? Contoh kepala butuh!

Reply
avatar
Anonymous
May 20, 2011 at 3:12 PM delete

negara Islam....????? tengok muka mamat ni....tak seri langsung....lebam dan legamm.....wajahnya...Terlalu banyak sangat benda haram masuk dlm badan....sehingga nur / cahaya tiada lansung kelihatan diwajahnya...Sendiri masuk bakul sendiri angkat....

Reply
avatar
Anonymous
May 20, 2011 at 4:05 PM delete

Dah memang keturunan Pandy Kottey mcm tu...Malaysia nie memang lah negara ISLAM tapi pemimpin2 yang mentadbir kerajaan tu tak pernah nak ikut cara ISLAM...cara MUNAFIK lagi adalah...dgn ayat sopan aku boleh katakan...PUKI MAK HANGPA lah BN dan UMNOGOKKK

Reply
avatar
Anonymous
May 20, 2011 at 4:45 PM delete

jangan2 mandi hadas pun tak betul tak?.

Reply
avatar
Anonymous
May 20, 2011 at 4:49 PM delete

1Malaysia akan jadi negara Islam bila Muyiddin Yasin berucap dalam bahasa Arab, Najib jadi Imam Masjid Negara, Che Det Kutty Imam Tahlil Arwah kpd pahlawan2 Negara..... Bolehkah? Mustahilllllll.......

magua_putra@2000

Reply
avatar
Anonymous
May 21, 2011 at 4:48 PM delete

pi habag kat mangkok2 yang dok sokong sumpah laknat tu memang depa percaya kata negara islam,padahai hukum zina pun depa tak tau.
kejahilan menyebabkan sesaorang itu boleh melakukan apa saja yang difikirkan betul padahal tindakanya itu bertentangan dengan syarak WALLAHUALAMU.

Reply
avatar
ssalamayat
May 22, 2011 at 11:33 AM delete

Timbalan Perdana Menteri paling bengap@bengong yang pernah aku kenali.
Mangkok ayon buah kelubi
Akai tak dak seropa babi
Mohyidin Yasin nama diberi
Yang ni ka Timbalan Perdana Menteri?

Reply
avatar
tbakrs
May 25, 2011 at 1:34 PM delete

mcmner nak jadi negara islam kalau dah meletak apco jadi tuan penasihat..apco adalah rangkain dari kumpulan freemason sedunia...boleh dibaca taktik yahudi ni..menggambarkan sesuatu tu umpama madu tapi adalah racun yg berbisa, petah bercakap hal islam tapi bapak segala munafik umpama seorg oreintalis barat yg cukup pakar dr nik aziz bercakap tentang islam.org melayu dapat kulit, org lain dpt isi,itulah keje umngok

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive