Iktibar Politik dari seorang bekas banduan..

“Saya bekerja untuk Lim Guan Eng.”

Ayat ringkas di atas itu tidak pernah gagal mendapatkan saya sekurang-kurangnya secawan teh tarik percuma. Tiada sesiapa yang tidak ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai insan yang kini menjawat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagaimanakah perwatakan beliau? Adakah benar cerita ini atau cerita itu? Kerap kali soalan-soalan yang diajukan ternyata kurang munasabah, tetapi begitulah jadinya apabila saluran maklumat di negara kita menjadi mainan propaganda pihak yang berkuasa.

Jika berkesempatan, saya akan menerima minuman yang ditawarkan. ‘Bayarannya’ hanya sekadar meluahkan sedikit masa untuk menceritakan sedikit tentang seorang personaliti yang dikenali tetapi mungkin tidak difahami ramai.


Jadi, sebelum saya bermula, terima kasihlah atas kemurahan hati anda. Teh tarik kurang manis satu!

Amat sukar untuk saya membayangkan kedinginan dan kesepian seseorang yang terpaksa mendiami bilik yang berjeriji besi atau kesuraman yang pasti menyelubungi sesebuah jiwa dalam ringkukan, dan sememangnya itu bukan suatu pengalaman yang saya citai. Yang pastinya, jika saya dihantar ke penjara, apatah lagi tanpa melakukan apa-apa kesilapan, dan tambahan pula kerana menjunjung kebenaran, sudah tentu saya tidak akan mudah melepaskan kesumat dalam hati.

Namun manusia tersebut yang saya kenali hari ini tidak menyimpan walau segumpal perasaan benci atau dendam terhadap pihak-pihak yang telah menzaliminya.

Pernah beliau berkata kepada saya, dan sememangnya jarang perkara ini ditimbulkan, sewaktu dalam perjalanan pulang setelah selesai satu malam berceramah di kawasan pedalaman: “Saya tidak sesekalipun mengingini perkara yang sama akan menimpa kepada mereka. Jalan kebenaran mungkin dipenuhi keperitan, tetapi kejayaan pasti menunggu.” Begitulah ulasan seorang bekas banduan yang dua belas tahun lalu terpaksa bercangkung dengan tahanan-tahanan lain sambil berpakaian baju Pagoda dan seluar pendek warna putih. Walaupun jasadnya ketika itu menjadi kurus dan kendengkik, jiwanya tidak pernah patah dan kini beliau sudah berjaya menawan jawatan tertinggi di negeri Pulau Pinang.

“Lagipun, pengalaman pahit saya tidak seberapa jika dibandingkan dengan kesengsaraan Nelson Mandela yang terpaksa meringkuk hampir selama tiga dekad. Tetapi sekarang kita sudah lihat. Akhirnya, kemenangan akan berpihak kepada yang benar.”

Itulah falsafah yang dipikul Saudara Lim Guan Eng, dan itulah pengajaran pertama saya.

Setelah beberapa bulan menjadi pegawainya, sudah tidak mengejutkan lagi jika telefon berdering ketika tengah malam buta ataupun sebelum berkumandangnya azan Subuh. Malah sudah menjadi perkara biasa. Sesungguhnya sesiapa yang bekerja untuk Lim Guan Eng itu harus bersedia mengikut jadual kerjanya yang memaksimumkan setiap detik dalam setiap hari.

Tetapi inilah kehidupan pejuang politik. Masa kita milik rakyat. Kepentingan ramai selalu diutamakan daripada kepentingan peribadi. Petua ini wajib dijadikan panduan kita, yakni ‘utara benar’ dalam perjuangan politik. Dan dasar itulah yang menjadi pegangan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Baginya, jawatan yang disandang adalah satu amanah yang cukup berat untuknya. Kerana itu, segala perbelanjaan wang rakyat hendaklah dilakukan dengan penuh ikhtiar dan tanggungjawab. Antara tindakan yang pertama yang dijalankannya sebaik sahaja mengambil alih pejabat Ketua Menteri adalah untuk melaksanakan dasar tender terbuka dalam semua kerja pembekalan dan pemerolehan awam. Cara yang telus ini membawa keuntungan kepada pengusaha dan kontraktor yang tulen dan bekerja keras, dan menimbulkan kesukaran kepada syarikat-syarikat kroni yang bergantung kepada modus operandi ‘subkontrak’.

Selepas tiga tahun berlangsungnya sistem tender terbuka di Pulau Pinang, sudah jelas terbukti faedahnya apabila ramai kontraktor Melayu yang dahulunya tidak mendapat peluang kerana kurang ‘kabel’ sekarang telahpun berjaya melalui kebolehan dan daya saingan sendiri untuk membekalkan perkhidmatan dan produk mereka kepada Kerajaan Negeri. Sesungguhnya kejayaan juga akan memihak kepada yang jujur dan bekerja keras.

Kebenaran dan ketelusan sememangnya menjadi ciri-ciri khas kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Tetapi apakah rahsia disebalik penjelmaan semula Pulau Mutiara yang telah berlaku dalam masa tiga tahun yang lepas?

“Semuanya bermula dari kepala,” tegas Lim Guan Eng. “Apa-apa perubahan hanya boleh dilakukan jika dipandu dari pucuk pimpinan.”

Begitulah caranya berlaku reformasi dalaman dalam Kerajaan Negeri. Sesiapa yang pernah melawati Pulau Pinang dalam tempoh tiga tahun yang lepas ini pasti terkagum dengan kebersihan yang ketara, apa-apa lagi di sebuah negeri yang dahulunya diberi imbuhan ‘Darul Sampah’.

“Saya tidak menukar pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan. Pekerjanya masih sama. Tetapi yang ditukar adalah pimpinannya, di mana saya telah memilih pegawai yang paling cekap dan berdisiplin untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.” Kedua-dua Yang DiPertua MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) serta MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) sudah menjadi punca kebanggaan Lim Guan Eng. Kebetulan juga mereka berdua merupakan wanita. “Jika kepala bersikap bersih dan tegas, anggota yang lain akan mengikut secara sendiri.”

Prinsip ini juga mewarnakan cara pimpinan beliau sebagai Ketua Menteri. Salah satu tanggungjawab yang paling penting bagi seorang pemimpin adalah untuk menunjukkan teladan yang konsisten.

Pernah sekali saya mengikuti beliau ke luar negara, di mana kita telah berjumpa dengan seorang saudagar asing. Kerana mengejar sebuah projek yang bernilai besar di Pulau Pinang, jadi bermesralah si saudagar itu dengan Ketua Menteri. Namun, apabila cubaannya untuk memujuk Ketua Menteri nyata tidak berjaya, saudagar itu pun membuka mulut menawarkan sejumlah wang ringgit yang tidak kurang menakjubkan, sebagai dorongan untuk mendapatkan projek tersebut.

Dengan air muka yang jengkel, Lim Guan Eng menjawabnya dengan ringkas: “Saya bukan seperti menteri-menteri lain dari Malaysia. Jika anda hendakkan projek itu, anda boleh menyertai proses tender terbuka. Selain daripada itu, saya tidak boleh membantu.” Sambil tersenyum malu, sambil ahli peniaga itu meminta diri.

Itulah yang dikatakan memimpin melalui teladan. Sebagai kepala Kerajaan Negeri, Lim Guan Eng tidak pincang dalam perlakuannya. Dugaan silamnya tidak diendahkan, justeru tumpuan sepenuhnya dicurahkan ke atas jalan di hadapan, iaitu jalan yang akan membawa kemajuan dan keadilan kepada seluruh rakyat Pulau Pinang secara khusus dan rakyat Malaysia secara am.

Yang pasti, segala jenis dakwaan dan tuduhan tidak akan berhenti dilemparkan kepadanya. Namun begitu, iltizamnya tidak akan gentar. Seperti yang ditegaskan beliau, kebenaran itu adalah mutlak. Walau apa pun cabaran, jangan kita terpesong daripada ‘utara benar’, iaitu asas perjuangan politik kita.

Dan kini berakhirlah cerita saya, sepertimana habisnya teh tarik yang terlebih kurang manisnya. Terima kasih kerana mendengar.


Roketkini.com

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

15 comments

comments
May 24, 2011 at 1:06 AM delete

Ramai juga sahabat dari USM P.Pinang yang memuji dia sebab lihat kepimpinan dia di Penang lebih adil dari Gerakan dan Umno.

Semoga suatu masa nanti LGE diberi taufik dan hidayah untuk berjuang atas dasar Islam untuk membantu gerakan Islam pula.

Golongan Pemuda Zaman Nabi

.

Reply
avatar
May 24, 2011 at 1:20 AM delete

Roketkini.com bermula hari ini semoga suaranya akan jadi suara semua rakyat Malaysia. Syabas Pakatan Rakyat.

Reply
avatar
Anonymous
May 24, 2011 at 8:40 AM delete

Adalah satu hakikat yang kontraktor-kontraktor melayu boleh memperolehi kontrak dengan lebih senang.

Yang dok bising tu semuanya kontraktor UMNO yang hanya tau berniaga cara Ali Baba. Dapat kontrak lumayan, bayar 20% kpd penaung,sub pada ah pek cina 60%, untung senang 20%

Patutlah harga kontrak mahal-mahal belaka

Reply
avatar
Anak kg pertama
May 24, 2011 at 9:00 AM delete

Melambung2 memuji-muji sungguh pd KM..bodeklah jangan tak bodek...sebenar LGE belum di uji cabaran sebagai KM Penang, time take over KM pun di Penang, semua dah ada perancangan pembangunan seluruh Penang oleh kerajaan BN sebelum nie.. la ni LGE cuma follow up aje...bak kata org masuk rumah basuh tangan aje..semua dah tersedia...

Pasal LGE sanggup jadi banduan dulu sebab seorg Melayu (kes rogol) adakah mengata LGE bukan anti Melayu?...silap! silap!100x silap..LGE adalah golongan smart politik, perjuangnya adalah sama Lee Kuan Yew...akan hilang Melayu seperti Singapura...hanya kerna selamat seorng Melayu, ada Melayu perasan yg LGE nie pembela Melayu..nyanyuk ape!! tapi Melayu lupa siapa yg keluarkan umat Melayu/Islam di kepompongnya..sehingga terkenal didunia hari ini..anda fikirkan

Farisz@Az.com

...berdoa LGE diberi taufik dan hidayah semoga akan berjuang atas dasar Islam untuk membantu gerakan Islam? pulak..mintalah dia memeluk Islam dulu..baru betul...

Reply
avatar
Anonymous
May 24, 2011 at 11:28 AM delete

anak kg pertama jgn jadi bodoh.. kalau umno totok bodoh yg jahil agama jgn tunjuk sgt kebodohan kat sini.. hidayah tu ape? kalau x ad ehidayah dri Allah... mcm mane LGE nk pluk Islam... aduh.. adik ak pon tau

Reply
avatar
Anak kg pertama
May 24, 2011 at 12:04 PM delete

Anon 11.28am

Memang betul pabila dapat hidayah seseorng akan memeluk Islam...tapi aku dengar/nampak dah ada org PR angkat LGE dan letak sebagai khalifah tu ape? siap doa lagi dlm khutbah jumaat,nak panggil ape geng of PR tu..bengkang ubi..tak reti ke..jahil ke,buat malu umat aje..

Reply
avatar
Anonymous
May 24, 2011 at 12:57 PM delete

haha... jgn jdi bangang tuan... haha... ko dh lari dri ape yg ko ckp tdi.. btol kn hidayah milik Allah? tu je... ko nk panas pehal

Reply
avatar
Anonymous
May 24, 2011 at 1:30 PM delete

akp,

tak payahlah bersusah patah nak buat fitnah kat blog orang dengan kedangkalan kamu itu.
kalau dah alim sangat mintak tauliah mengajar dan panggil tok khatib yang berdoa pada lge dalam khotbahnya datang berguru kpd tg alsyaitan akp almangkuk hayun almerapu.

Reply
avatar
Anonymous
May 24, 2011 at 3:47 PM delete

letih la layan ko ni anak kampong pertama... ko lupa ke, kalau datang mamak kutty dgn ular, ketul pala mamak kutty dulu.... belitnyer mmg pembelit.... Kalau datangnyer munafik dgn kafir bawak berita yg tak tentu hujung pangkalnyer, cantas jer munafik tu dulu, sbb dia musuh dalam selimut... kalau kafir tu sah2 dia musuh islam... mmg dah berawas dah.. Kalau ko nak bawa berita, aku lebih rela cantas ko dulu... lagipon ko naif sejarah, asal usul agama Hindu ko, asal usul keaslian ko, daya intelektual tahap rendah tanpa bukti... maka sah la ko ni kaki temberang tembelang... sekali lagi lah, low class mind layak berkawan dgn germbolan jer! senang dibodohkan sampai mati!

magua_putra@2000

Reply
avatar
Anonymous
May 24, 2011 at 4:34 PM delete

Aku tak dengar yang orang PKR angkat LGE jadi khalifah? berita mana kau dapat ni?? Utusan Meloya? memang aku meloya jika dari utusan meloya. LGE tak pernah declare dia khalifah cuma ingin mencontohi khalifah umar al aziz. salah ke seorang bukan Islam mencontohi khalifah. Ada kita dengar statement Najib nak contohi Rasullah dalam pemerintahnya. Haram sepatah!!

Reply
avatar
Anonymous
May 24, 2011 at 7:00 PM delete

Saya tabik LGE..
Saya tabik LGE..
Saya tabik LGE..

Klu Koh Tsu Koon dulu, orgny nmpak baik tp hati busuk. Lebih busuk lagi bilamana org melayu Umno turut brsekongkol tdk mmpertahankn org melayu PP. Org melayu PP taulah cerita ni.

Reply
avatar
Anonymous
May 25, 2011 at 8:01 AM delete

Aku syorkan kalau Anak Kg Pertama nak jadi smart politik, elok ko pun masuk penjara sekali. Masuk terus seumur hidup pun takpe. 'Aiman tak kisah'!

Reply
avatar
Anonymous
May 25, 2011 at 11:43 PM delete

LGE pemimpin di anugerahkan Tuhan kepada rakyat berbilang kaum dan agama Pulau Pinang.

Majulah Pulau Pinang, majulah rakyat mu.

Reply
avatar
Anonymous
May 25, 2011 at 11:59 PM delete

Syaitan takut kepada realiti Kebenaran, Ketulusan dan Kejujuran seseorang. Maka sama lah setengah orang yang akan mencaci Kepimpinan yang Dibekarti Tuhan.

Mereka ini bagai syaitan takut dengan pemimpin-pemimpin negeri Pulau Pinang yang diberi rahmat & berkat Tuhan.

Reply
avatar
penternak_lipan
May 26, 2011 at 2:14 AM delete

sian kat hang A.haramKP
hang dengar n nampak tang mana dol yg kata khalifah tu.mai cakap seket.kalau LGE tu buat smart politik,mana dia melayu UMNOPRONO yg smart politik yg berani tampil kehadapan tolong kes melayu tu.mana dia????? manadia???? ..tunjuk mai sat.kot2 ada sbb smpi skrg kes tu tak terbela lagi.sungguh aku puji tindakan LGE apabila dia berani ke hadapan bila sistem perundangan tidak mejalankan tggjwb yg seadilnya pd mangsa tapi tak semestinya dia buat semua tu untuk politik.jgn setkan minda kulop hang berkaitan dengan politik shj.sedangkan budak n nenek mangsa rogol tu tak terbela lagi dan di diamkan sampai skrg.sampai mati nenek tu nak tuntut keadilan kat cucu dia tak terbela.hang leh kata smart politk lagi.sampai nyawa org pun hang leh mainkan lagi.taik babi sungguh hang ni.ckp mcm taikk!!!!
lagi satu sian kat hang.kalau semua yg dirancangkan tu dah disetkan oleh krajaan terdahulu (BN/PORNO)hang bagitau kat aku pasepa pendapatan kerajaan negeri2 yg di bawah pakatan rakyat meningkat dgn lebih banyak.adakah peningkatan tu dirancangkan juga oleh kerajaan negeri terdahulu?.adakah skim kifalah,skim bantuan diskaun air,skim mirco niaga,wang ihsan warga emas,rebat cukai tanah yg diberikan oleh oleh kerajaan negeri PR juga dirancang oleh kerajaan terdahulu(BN/PORNO).
kepala taikkk hang...hang mai makan kepala taik aku bagi cerdik seket..
wehehehehe
sian kat hang.
apapun A.haramKP klu nak wat statmnet lepas ni.tlong jawab dulu soalan aku.sblm hang kona kot len.
sian kat hang

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive