Harga susu naik 5-6% mulai Jun.. Raikanlah!!

PETALING JAYA – Dutch Lady Milk Industries Bhd. (Dutch Lady) akan menaikkan harga produk tenusunya di antara lima sehingga enam peratus secara berperingkat-peringkat menjelang Jun ini ekoran peningkatan harga bahan mentah.

Berita-berita seperti ini, iaitu pengumuman kenaikkan harga produk keluaran Syarikat mereka oleh Pengarah-pengarah Urusan Syarikat tersebut akan lebih banyak kita lihat pada bulan june ini..

Tujuannya hanya satu.. iaitu memindahkan punca atau meletakkan kesalahan kerana kenaikkan harga barang keperluan asas kerana Subsidi Diesel untuk Syarikat Pengangkutan telah ditarik oleh Kerajaan UMNO/BN keatas bahu Syarikat pengeluar produk tersebut...


Ianya sekaligus membuatkan rakyat terutamanya pencacai UMNO terus menyalahkan pengeluar produk tersebut dan secara tidak langsung mengiyakan kenyataan Muhyiddin bahawa kenaikkan harga barang ini bukanlah salah kerajaan..


Harga susu naik 5-6% mulai Jun

PETALING JAYA – Dutch Lady Milk Industries Bhd. (Dutch Lady) akan menaikkan harga produk tenusunya di antara lima sehingga enam peratus secara berperingkat-peringkat menjelang Jun ini ekoran peningkatan harga bahan mentah.

Menurut Pengarah Urusan Dutch Lady, Bas van den Berg, peningkatan itu adalah suatu yang tidak dapat dielakkan dengan harga bahan mentah dijangka meningkat sebanyak 29 peratus pada tahun ini berbanding 27 peratus pada tahun lalu.

“Peningkatan kos ini dapat dilihat secara signifikan dengan kenaikan harga bahan mentah seperti susu, gula, minyak dan tenaga buruh.

“Kami di Dutch Lady mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi perkara ini tetapi ia suatu yang tidak dapat dielakkan, oleh itu kami terpaksa meningkatkan harga sebanyak lima hingga enam peratus dalam portfolio produk kami," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan ke-48 Dutch Lady di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Dutch Lady, Datuk Zainal Abidin Putih.

Van den Berg menjelaskan, sebagai persediaan ke arah fenomena berkenaan pihaknya telahpun menaikkan harga sebanyak lima peratus bagi beberapa produk susu yang baharu dilancarkan pada awal tahun ini.

“Kami harus mengambil langkah berjimat-cermat dan efisien dengan harga material bahan mentah yang tidak menentu ini,” katanya.

Beliau bagaimana pun tidak melihat bahawa peningkatan harga tersebut akan menjejaskan jualan rangkaian produk tenusu Dutch Lady di pasaran.

Syarikat itu menghasilkan dua rangkaian jenama produk tenusu yang terdiri daripada susu segar, minuman yogurt, susu untuk membesar dan susu suhu ultra tinggi (UHT) serta Friso yang meliputi susu tepung yang dirumus untuk kanak-kanak dan golongan ibu mengandung dan menyusu.

“Matlamat kami pada tahun ini ialah untuk melepasi prestasi keuntungan memberangsangkan yang dicapai pada tahun lalu walaupun akan menghadapi tahun yang mencabar,” jelasnya.


Kosmo

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

18 comments

comments
Anonymous
May 20, 2011 at 12:38 PM delete

Jangankan naik 5% je...naik 100% pun rakyat boleh buat ape...melalak je yang boleh....

Reply
avatar
Anak kg pertama
May 20, 2011 at 3:23 PM delete

Yang nie yg tak setuju, tapi Bas van den Berg tu menteri dalam kabinet Malaysia ke? ini jawapan utk semua..bukan kerajaan yg naikkan harga susu dutch lady, yg naik depa2 nie le...sepatut kat depa le ASD mau hemtam, nie hemtam kerajaan pulak...betul dak?

Reply
avatar
Anonymous
May 20, 2011 at 3:25 PM delete

Mungkin agaknya lagi 9 tahun susu hanya utk org kaya kaya je...

Masa tu g rumah sedara ke kawan ke.. aku g rumah sipolan dia bg minum susu.. dahsat laa..

Skg pun dirumah dah ramai yg minum teh O atau kopi 0 jee...

Reply
avatar
May 20, 2011 at 3:30 PM delete

Buat yang mengaku Anak Kg Pertama tu..

Komen hang kali ni memang menunjukkan hang tu bengap!.. baca bagi habis dan fahamkan betul-betul baru komen..

Hang faham tak ayat ni.. Peningkatan kos ini dapat dilihat secara signifikan dengan kenaikan harga bahan mentah seperti susu, gula, minyak dan tenaga buruh?

Siapa naikkan harga gula? siapa pula naikkan harga minyak?

Reply
avatar
Anak kg pertama
May 20, 2011 at 4:29 PM delete

ASD,

Dalam susu tepung berapa % gula digunakan? adakah susu tepu Malaysia yg hasilkan?...sebenar- benarnya yg mengaruhi adalah bahan mentah dari luar negara yg telah meningkat...dan lagi satu Malaysia merupakan satu negara saja beri subsidi gula di Asia Tenggara...

Reply
avatar
Anonymous
May 20, 2011 at 4:40 PM delete

pak menteri hanya jadi cukong kepada puak2 koprat yang dok ada dibelakang depa,puak2 nilah yang dok ator kenaikan harga barangan,
pak menteri jadi pak angguk tak boleh buat apa pasai depa dah guna duit banyak untok taboq kat pilihanraya,ni! dekat pilihan raya ni nak guna duit lagi lain dari akp sapa kelapaq nak mengundi umno/bn kalau tak bagi duit.

Reply
avatar
Anonymous
May 20, 2011 at 5:02 PM delete

hang pa nih nak hujah pon guna akai lah! apa guna dah merdeka 50thn lebih, kuasa makin hilang? citer pasai susu pon macam hilang akai... kalau dah ada kuasa, guna lah kuasa tu... kata ada Menteri yg ada gagah berani, kena usik susu baru nak naik, dah gabra. tulah mata ada... hang pa tutup, telinga ada... buat tak dengar... tangan ada, pi gatai pangkah puak perut boroi bt pa? sekarang geng perot boroi sibuk nak siasat kes ketulinan klip ja... pasai susu, pasai tepong,pasai gula, pasai minyak, pasai ikan-ayam biaq ekononomi kasi pulih dgn sendirinya...lah... Anak Kampong Pertama... baik hang pi sambong tidoq lah... hang mmg tak guna sesen pon, pas ni anak hang nak minum susu, minum susu 1Malaysia ja lah... tu pon kalau tak kena keracunan! Awat susu 1Malaysia boleh bagi free? Celah mana dapat subsidi? celah bontot hang kot Kampong Pertama? Pas ni, tentu ada tepong 1Malaysia, gula 1Malaysia, minyak 1Malaysia... ala pikiaq pakai akai la, bukan pakai utusexs atau TV3sukuk!

magua_putra@2000

Reply
avatar
Anonymous
May 20, 2011 at 5:13 PM delete

BAGUS sekali barang2 keperluan NAIK. Orang miskin jadi lebih miskin. Bila semua jadi miskin huruhara akan jadi. Revolusi akan dilahirkan.... BAGUS saya setuju dengan kenaikan harga. Naik lagi banyak2 hoi Barisan NAJIS! supaya lebih cepat hang mampui & pupus dari tanah tumpah darah ku.

Reply
avatar
Anonymous
May 20, 2011 at 6:37 PM delete

Menteri2 dan Pakar Kesihatan yang tak Terpakai akan kata...Minum susu banyak merbahayakan kesihatan.. kalau sebelum ini bayi2 diberi susu 5 kali sehari.. sekarang kita kurang seminima yang mungkin... boleh buat susu.. satu sudu susu campur dgn segelas air... nanti kita dapat atasi kegemukan.. kita suka kekurusan.. kita tunggu ulasan utusan dan tv3 yang amat kita sayangi..

Reply
avatar
Anonymous
May 20, 2011 at 8:01 PM delete

Semakin...hari ....komen AKP ...memperlihatkan kebodohannya... sendiri....

Reply
avatar
Anak kg pertama
May 20, 2011 at 11:08 PM delete

8.01 pm

Aku nampak seseorg tu bodoh bila mengutuk silap channel...isu harga barang naik.

Reply
avatar
Anonymous
May 21, 2011 at 2:33 AM delete

akp....minyak naik semua naik lah bongok... petik jangan sekerat sekarat sebijik macam yahudi

Reply
avatar
Anonymous
May 21, 2011 at 8:52 AM delete

I love this blog as I find AKP so amusing. His stupidity is reflective of all UMNO ministers from Nazri to Bung.

Maybe one day AKP will become a top UMNO minister bcos he is so stupid.

Reply
avatar
May 21, 2011 at 12:19 PM delete

takpa....nanti tahun 2017 kita semua sama-sama pakai seluaq katok..baju pagoda..selipar jepun...

Reply
avatar
Anonymous
May 21, 2011 at 5:05 PM delete

Tokeh besar, sememang nya mereka ingin kan taraf kita turun... mereka ingin kita makan minum spt pendatang.. kelak ini akan terjadi..

Lagi satu nak celah, baru ni dlm berita Ment Kwangan 2 kata walaupun suku pertama ekonomi hny meningat 4% tp yakin peningkat akan capai 6%.. Sdgkan dlm masa yg sama dipaparkan kenaikan harga myk dunia memberi kesan kpd ekonomi ngr.. kalau myk belum naik tinggi mcm skg hny capai 4%.. mcmana nak capai 6% dgn harga myk skg???

Reply
avatar
Anonymous
May 21, 2011 at 5:05 PM delete

Tokeh besar, sememang nya mereka ingin kan taraf kita turun... mereka ingin kita makan minum spt pendatang.. kelak ini akan terjadi..

Lagi satu nak celah, baru ni dlm berita Ment Kwangan 2 kata walaupun suku pertama ekonomi hny meningat 4% tp yakin peningkat akan capai 6%.. Sdgkan dlm masa yg sama dipaparkan kenaikan harga myk dunia memberi kesan kpd ekonomi ngr.. kalau myk belum naik tinggi mcm skg hny capai 4%.. mcmana nak capai 6% dgn harga myk skg???

Reply
avatar
penternak_lipan
May 22, 2011 at 7:01 PM delete

sory pd ASD aku off topic sket.

pd a.haram kg. pertama
sian kat hang....
hang ni buta perut ni...kan dah diberitahu peningkatan bahan mentah makanan dan kos minyak menyumbang pd kenaikan harga susu.dan gula ada pelbagai jenis.bukan gula pasir kat umah hang tu aja.mai masuk kelas aku skali lagi
jenis2 gula termasuk gula tiruan.sila semak pd ramuan/kandungan stp belakang tin apa2 jenis makanan skalipun jika membeli antaranya.

granulasi(gula pasir)
dekstrosa
fruktosa
galaktosa
glukosa
maltosa
sakarosa
levulosa
oligosakarida
karamel
syrup jagung
syrup
laktosa (gula dari jenis susu)
brown sugar (gula perang/melaka)
gula batu(ibu gula)
gula castor
gula ising
madu(fruktosa,glukosa,sakarosa)

untuk pengetahuan hang A.hKP.tak semestinya bila tak tertulis gula dalam ramuan/kandungan tu mesti tak ada gula.stp mknan mesti ada gula campuran@ tiruan dan stp kompany akan mengubah ke nama lain untuk menyedapkan bahasa.pdhal sama.dan untuk pengetahuan hang kebanyakkan gula di atas adalah barangan yg perlu di import.dan bila cukai dikenakan agak tinggi.company mana2 skalipun akan mengalih kerugian mereka ke atas peningkatan harga susu untuk mengelakan kerugian..
lain kali kalau tak tau diam..bodoh punya A.hKP
kalau nak cerdik pi makan susu 1malaysia yg penuh melamine tu..wahaha..
sian kat hang A.hKP

Reply
avatar
bla-bla
May 25, 2011 at 3:43 AM delete

malaysia yang pelik..sepatutnya bila kerajaan dah kukuhkan mata wang,kita dapat beli pukal barang dgn harga murah yg diimport especiallynya susu,tapi sebaliknya yg berlaku.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive