Gas di Malaysia murah tapi Tariff Elektrik tinggi..

"Di sebalik kelebihan harga gas asli, kos elektrik di Malaysia selepas kenaikan itu adalah hampir sama dengan Thailand dan 62.2 peratus tinggi daripada kadar Singapura serta 131.3 peratus daripada kadar Indonesia.

FMM: Pengguna tidak harus tanggung kenaikan

Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) berkata kenaikan tarif elektrik di negara ini sebagai tidak adil kerana pengguna dipaksa menanggung bebanan akibat kegagalan pengeluar tenaga membekalkan tenaga yang murah.

Dalam satu kenyataan akhbar, presiden FMM Mustafa Mansur berkata walaupun dengan pengurangan subsidi gas sebanyak RM3 bagi setiap mmBtu, harga gas di Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding negara lain di rantau ini. Justeru, katanya, ini menjadikan kenaikan harga itu tidak dapat diterima.


Berkuatkuasa esok, harga gas adalah RM13.70 mmBtu, dan ini jauh lebih rendah berbanding Thailand (RM18.23 per mmBtu), Singapura (RM43.32 per mmBtu) dan Indonesia (RM21.04 per mmBtu).

"Di sebalik kelebihan harga gas asli, kos elektrik di Malaysia selepas kenaikan itu adalah hampir sama dengan Thailand dan 62.2 peratus tinggi daripada kadar Singapura serta 131.3 peratus daripada kadar Indonesia.

"Jika dibandingkan kadar Thailand bagi voltage rendah, sederhana dan tinggi, tarif elektrik Malaysia bagi semua kategori itu adalah lebih tinggi!” kata Mustafa.

Menurut beliau, FMM juga meragui langkah meningkatkan tarif tenaga elektrik dan merasakan ketidakcekapan dan kekangan harga dalam rantaian bekalan tenaga masih belum ditangani.

"FMM tetap berpendapat bahawa tidak sepatutnya harga minyak disalurkan secara automatik kepada pengguna dan Tenaga Nasional Bhd sepatutnya terbuka untuk ditanda aras bersama-sama penjana lain untuk memastikan kecekapan operasi," katanya.

Ia menambah, kos elektrik patut ditetapkan pada margin tertentu di bawah tarif serantau untuk mengekalkan daya saing industri Malaysia.


Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
Anonymous
June 1, 2011 at 10:19 AM delete

Den brpendapat ni hanya umpan Umno(BN) je utk tarik prhatian rakyat. Bila rakyat marah & akhirny kenaikn tarif ni d batalkn demi rakyat. Selepas tu kempen 1M'sia bhw Umno(BN) sentiasa pentingkn rakyat. Memang kesanny cukup besau krn PRU dh hampir ni ttp kenalh ingat ye. Jika PRU ni depa menang, tarif elektrik, air & minyak akan naik. Tengok je isu air d S'gor ni dah cukup paham. K'jaan negeri bagi diskaun tp Umno(BN) plak arahkn Syabas naik harga air. Giler tul.

Kesimpulan yg den buat mudah je. 30% je Umno(BN) ni brsikap baik tp 70% tu mmg jahat.

Reply
avatar
on ibrahim
June 1, 2011 at 2:16 PM delete

tak perlu bising..marah.kecoh atau apa pun...sebab semua itu sia sia saje...
sapa pun cerdik pandai bercakap tak laku punya...menteri..timbalan..gaji dan elaun je lebih 50 ribu sebulan...campur makan sana sini...duit upah..duit kopi..claim yang tak berapa betul...lebih 100 ribu sebulan..sapa nak lepas duit banyak tu tiap bulan...
bekerja untuk rakyat..hampeh..getik dengornya...cakap dengan kayu boleh le...membohong semua tu..
yang untung adalah agensi yang boleh makan luar..majoriti semua..ada le dua tiga kerat yang baik..
tambahan pulak kaum melayu...lebih lebih lebih lebih lagi mudah di tipu..atau menipu...lebai..ustaz pun kaki menipu..bukan semua ya..baik lelaki atau perempuan...amat mudah di tipu..di bohongi...
tu yang orang atas ambil kesempatan...padan muka semua termasuk aku juga..he he he

Reply
avatar
Anonymous
June 1, 2011 at 10:13 PM delete

kalau nak tau umno/bn zalim atau tidak sila bagi pembangkang lemah maka bn akan bermaharajalela sebagaimana pundykuty merentah selama 22tahun dulu.

Reply
avatar
Anonymous
June 1, 2011 at 10:40 PM delete

kereta kalau dah terlalu lama digunakan akan menimbulkan masaalah dalam perjalanan akan berlaku kerosakan sana sini begitu jugalah pemerintah yg ada sekarang apasaja yang dilakukan menampakan kepincangan melainkan ditukarkan saja dengan yang baru maka akan selesai semua masaalah yg timbul.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive