Demonstrasi di Butterworth menunjukkan permainan politik bahaya UMNO


Demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO di Butterworth menunjukkan permainan politik bahaya UMNO yang bukan sahaja menentang pembukaan jalan alternatif bebas tol, malah bermain dengan api menerusi pembohongan bahawa DAP ingin menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri yang beragama Kristian, semuanya untuk meraih sokongan kaum Melayu tidak kira apa kosnya.


Demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO di kawasan parlimen saya, Bagan (Butterworth) semalam menunjukkan permainan politik bahaya UMNO yang bukan sahaja menentang pembukaan jalan alternatif bebas tol yang harganya kurang daripada RM2.5juta. Lebih membahayakan keharmonian kaum dan agama di negara ini adalah demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO ini menyebar kata-kata bohong secara terang-terangan dengan menuduh DAP berhasrat untuk membentuk negara Kristian dan melantik Perdana Menteri beragama Kristian untuk mengutuk diri saya.

Adalah amat tidak bertanggungjawab bagi pihak UMNO untuk bermain api dengan menyebarkan pembohongan melalui surat khabarnya Utusan Malaysia semata- mata ingin meraih sokongan kaum Melayu walau apa cara sekalipun. Ramai pemimpin di kalangan komuniti agama Kristian turut melahirkan kekecewaan atas penipuan bersifat provokasi ini dan menafi dengan sekeras-kerasnya bahawa wujud kumpulan paderi Kristian yang bekerjasama dengan DAP untuk membentuk sebuah negara Kristian dengan Perdana Menteri yang beragama Kristian.

Kegagalan menghentikan akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia daripada meneruskan kempen pembohongannya, kerajaan BN sekali lagi menghasut kebencian terhadap komuniti minoriti Kristian. DAP amat khuatir bahawa kempen benci yang dilancarkan terhadap orang beragama Kristian oleh Utusan Malaysia ini tidak akan berhenti setakat serangan lisan sahaja. Kerajaan BN perlu menanggung sepenuhnya tanggungjawab terhadap sebarang akibat yang tidak diingini yang berlaku pada komuniti Kristian di Malaysia berikutan dengan kempen bohong dan benci oleh Utusan ini.

DAP telah mengulangi pendirian parti kami yang menyokong Perlembagaan Persekutuan di mana Islam adalah agama Persekutuan Malaysia. DAP menentang sebarang cubaan untuk membentuk negara teokratis yang berdasarkan mana-mana agama. Bahkan dasar menyokong kedudukan Islam sebagaimanamana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah juga termaktub dalam perlembagaan parti DAP.

DAP merasa kesal bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyeru semua pihak supaya bertenang dan berjanji akan menyiasat dakwaan yang berkenaan tanpa menyatakan apakah tindakan yang akan diambil terhadap Utusan Malaysia sekiranya didapati ianya mencetak berita palsu. Jelas sekali, kerajaan BN bukan sahaja gagal untuk menghalang Utusan Malaysia daripada terus membuat serangan tidak berasas, malah telah memberikan galakan kepada Utusan dengan berjanji untuk mengambil tidakan terhadap paderi Kristian dan DAP jika terbukti beritanya benar. Mengapa kerajaan BN tidak berjanji untuk mengambil tindakan tegas terhadap Utusan Malaysia sekiranya akhbar berkenaan dibuktikan menyiarkan berita palsu?

Double- standard seperti ini daripada barisan pemimpin BN menimbulkan kecurigaan bahawa Utusan menikmati kekebalan sebagai akhbar milik UMNO yang dibenarkan untuk menyebarkan pembohongan bahaya dan melancarkan kempen benci terhadap kaum minoriti Kristian yang tidak berdaya untuk mempertahankan diri mereka.

Dalam demonstrasi terhadap saya semalam, UMNO memang berhak untuk menentang pembinaan jalan alternatif tanpa tol yang dibuka semalam di Jalan Bagan 29-Jalan Siram yang memakan kos kurang daripada anggaran awal iaitu RM5 juta. Melalui kerajaan Pakatan Rakyat yang melaksanakan sistem tender terbuka, kos pembinaan telah berjaya dikurangkan kepada RM3.3 juta. Kontraktor yang mengendalikan projek tersebut merupakan kontraktor Melayu yang telah berjaya mengurangkan kos jauh lebih rendah iaitu RM800,000 menjadikan kos akhir hanya RM2.5 juta. Semua ini telah dilakukan melalui pengawasan rapi daripada EXCO Kerajaan Pulau Pinang, YB Lim Hock Seng.

Ini adalah kes yang klasik di mana kos projek di bawah pengawasan Kerajaan Negeri dapat dikurangkan sehingga lebih rendah dari kos yang ditender, sesuatu yang tidak akan berlaku di negeri BN. Lebih-lebih lagi, kontraktor yang berjaya melakukan kerja dengan baik adalah kontraktor Melayu, sekali lagi membuktikan bahawa bukan sahaja kontraktor Melayu boleh bersaing di bawah sistem tender tebuka tetapi kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang juga turut memberi majoriti projek kita kepada kontraktor Melayu.

Sangat menyedihkan apabila UMNO sanggup menentang jalan alternatif percuma tetapi tidak pula mengadakan demonstrasi menentang jalan yang dikenakan tol. Ini adalah perbezaan penting ketara di antara BN dan PR. BN hendak membuat jalan bertol untuk mengaut duit daripada rakyat tanpa menyediakan jalan alternatif percuma lain. PR pula menyediakan jalan alternatif tanpa tol.

BN dan UMNO mempunyai hak untuk membantah dan menentang kerajaan PR Pulau Pinang di atas pembinaan jalan alternatif tanpa tol di Jalan Bagan (Butterwrorth). Ini ternyata terdapat perbezaan prinsip dan Polisi Bangunan Kebangsaan antara BN dan PR.

Walau bagaimanapun, tiada seorang pun yang berhak melancarkan suatu kempen berdasarkan pembohongan dan UMNO tidak berhak untuk membantah sesuatu perkara yang tidak benar. Kalau tidak, sampai bilakah semua ini akan berakhir? Jika negara kita dibina atas pembohongan, maka ianya semestinya akan binasa.

Rakyat Malaysia tanpa kita kaum dan agama harus berdiri bersama- sama menentang UMNO dan Utusan Malaysia yang sengaja bermain api dan bersedia untuk membakar 1 Malaysia dengan agenda perkauman 1Melayu/ 1Bumi, 1Cina oleh MCA ataupun 1India oleh MIC.


Dipetik daripada blog Lim Guan Eng

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

10 comments

comments
Anonymous
May 10, 2011 at 9:12 AM delete

kalau memang betul2 DAP punya hasrat begitu.. apa komen anda.. orang tua2 pesan ,jangan dah terantuk baru tengadah.

Reply
avatar
May 10, 2011 at 9:59 AM delete

Anon,

Jangan dok main kalau2, kalau kau nak main kalau2, kau tak payah tanya orang tua2, kau yang tanya kau jawablah sendiri, lepas tu baru kitaorang jawab dengan kalau kitorang pulak. Sedangkan kerajaan kita yang sudah memaktubkan yang Islam itu agama rasmi Malaysia pun masih terkial2 dari dulu nak menegakkannya pun susah, sebab bukannya orang bukan Islam yang tak hormat pada Islam tapi orang2 Islam sendiri yang tak hormat pada Islam gara2 UMNO yang munafik. Sebelum nak cakap tentang ancaman Kristian, cakap dulu tentang ancaman UMNO kepada Islam.

Reply
avatar
ssalamayat
May 10, 2011 at 10:00 AM delete

AKU SOKONG HANG FMZAM

Reply
avatar
Anonymous
May 10, 2011 at 10:33 AM delete

bagus punya idea. dia orang memang jenis suka was-was. kalau dan kalau... Jika Allah suruh ....mereka kata kalau... tapi syaitan suruh... terus buat tak lagi fikir kalau. Yang dok jadi macam2 sekarang ni kerana jenis manusia suka guna kalau2. Ingat dunia dah tak lama untuk manusia jenis kalau . Islam akan bangun..

Reply
avatar
Anonymous
May 10, 2011 at 10:33 AM delete

anon 9:12am tu dari spesis adam lokman kot dok percaya mimpi, lepas tu cerita pulak kat orang....memang jahat puak2 munafiq ni.
umno sebar video lucah kat blogsite2 pro-umno depa kata tu amar maaruf...ini cekup sesat!!...sah orang2 umno ni kepala otak depa dah biul pasal selalu tengok tv3 suku.
rakyat lani dah faham kalau umno mampus, pengantinya adalah pas dan hak melayu dan islam akan lebih terpelihara dan dimartabat.
Sebenarnya islam hari ini terancam kerana di tadbir oleh mereka yg munafiq dari umno.

Reply
avatar
Anonymous
May 10, 2011 at 10:44 AM delete

JIka pun belum pasti adakah benar atau tidak berita tersebut, pihak yang berwajib perlu ambil tindakan seperti Polis keatas laporan berkenaan. Pihak berkuasa juga perlu memberikan amaran kepada rakyat agar tiada demo yang boleh menganggu gugat ketenteraman awam dilakukan. Masalah kini tiada tindakan dari pihak berkuasa untuk menyekat aktiviti provokasi dikedua-dua belah pihak. UMNO juga tidak mahu bersuara dan mencemuh Utusan dan pihak-pihak yang menimbulkan provokasi secara terang. Masing-masing diam membisu. Ini menunjukkan SECARA TIDAK LANGSUNG UMNO akan mendapat faedah dari provok tersebut iaitu dengan harapan orang melayu akan bersatu dibawah panji UMNO sahaja! Oleh demikian mereka hanya diam membisu dalam isu berkenaan..

Reply
avatar
Anonymous
May 10, 2011 at 11:06 AM delete

anon 9.12..

Jika tidak benar bagaimana?bayangan kekecohan berlaku, pembunuhan berlaku dan segala malapetaka perkauman dan agama berlaku, keluarga terancam, anak-anak, isteri dan keluarga menjadi yatim disebabkan info yang salah. Kita bimbang jika ini berlaku maka segala penyesalan pun tidak berguna lagi. Oleh itu siasatan perlu dilakukan terlebih dahulu dari meluahkan sentimen dan provokasi yang berbau perkauman secara menyeluruh.

Reply
avatar
May 10, 2011 at 11:16 AM delete

Aku cadangkan DAP dan Pemimpin Kristian agar Saman sahaja Utusan Meloya. Aku dah naik muak dengan berita yg sengaja diada-adakan dan disensasikan. Cerita dari blog-blog sampah pun utusan nak siarkan. Apa la mentaliti wartawan dan penyunting2 dalam utusan. Mentaliti taik khinzir.

Kepada anon 9;12am. Jangan bermain dengan kalau.. kalau dikatakan bini ko ditangkap khalwat dengan mat bangla jual kain esok.. hari ni ko kena ceraikan bini ko cepat2.. boleh camtu?

Reply
avatar
Anonymous
May 10, 2011 at 11:29 AM delete

"UMNO@UMporNO" ancaman sebenar kepada Islam....itulah kebenarannya...Aku pun sokong hang FMZam...tepat....

Reply
avatar
Anonymous
May 10, 2011 at 12:59 PM delete

Hamba pun nak guna KALAU. Kalau semua melayu beragama hindu maka semua masalah hari ini tak timbul. Boleh guna kalau macam tu?

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive