Bawa lelaki mirip Anwar, dapat Rolls Royce

Dulu semasa mamat ni bersama PKR.. dia pakai Satria saja.. tetapi setelah dia keluar PKR kaya raya...

PETALING JAYA: Orang ramai ditawarkan sebuah kereta mewah jenis Rolls Royce jika dapat membawa seorang yang mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya didakwa sebagai pelaku klip video seks.

Tawaran itu dibuat oleh Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim memandangkan Anwar sebelum ini menafikan bahawa dirinya adalah pelaku dalam klip video berkenaan.


Bagaimanapun menurut Zamil tawaran itu akan berakhir 10 Jun depan dan tiga orang panel khas akan dijemput untuk membuat penilaian bagi mengesahkan pelaku itu.

Zamil berkata tiga penel termasuklah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Presiden Kita Datuk Zaid Ibrahim dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan yang juga Senator Dewan Negara Ezam Mohd Nor.

Menurut Zamil, ketiga-tiga panel itu akan dijemput untuk mengesahkan entiti pelaku itu memandangkan mereka merupakan kenalan rapat Anwar.

“Anwar beri kenyataan bahawa pelaku dalam video seks itu bukan dia, muka hanya mirip saya. Anwar sendiri bermati-matian menafikan bahawa dia adalah pelakunya.

“Siapa yang mirip dia kalau pelaku itu adalah dia? Maka parti Kita Kedah nak tamatkan sandiwara Anwar…..dia tidak mahu mengaku sedangkan polis sudah kata video adalah tulen. Tapi Anwar tetap dengan sandiwaranya dengan buat laporan polis yang palsu.

Zamil menjelaskan beliau bertindak sedemikian untuk menamatkan kontroversi yang masih berpanjangan mengenai ‘siapa’ pelaku dalam video seks tersebut.

Beliau turut mencabar Anwar mahupun penyokong setia PKR untuk menampilkan pelaku yang mirip dengan pemimpin pembangkang itu.

“Saya cabar Anwar agar bercakap benar mengenai hal ini. Janganlah sentiasa berbohong sepanjang hidupnya. Hanya penyokong beliau yang masih tidak buka mata sedangkan hakikatnya rakyat sudah bosan dengan perlakuan peribadi Anwar ini.

“Maka saya tawarkan kereta Rolls Rocyce milik saya kepada mana-mana individu yang dapat menampilkan pelaku yang mirip seperti Anwar.

“Saya jemput penyokong-penyokong setia PKR serta Anwar sendiri untuk tampilkan pelaku dalam video seks itu sebagai bukti kepada penafiannya,” katanya kepada FMT.


Free Malaysia Today

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

13 comments

comments
Anonymous
May 27, 2011 at 6:31 PM delete

memanglah video tu tulin tetapi pelakunnya ialah orang Umno bn porno bodoh.Salah seorang adalahlah perogol gadis bawah umor hingga melahirkan bayi tiada bin?binti. Kah Kah Kah

Reply
avatar
May 27, 2011 at 6:39 PM delete

mamat zamil nie yang dok buat kacau dalam pkr kedah just after 2008 election . Jgn layan org mcm nie buang masa saja .

Reply
avatar
Anonymous
May 27, 2011 at 7:58 PM delete

mamak tongkang zamil mendakwa mamak tongkang madey kutti ada pertalian saudara sedarah,zamil adalah orang suruhan mat monggol yang dibayar jutaan ringgit untuk menghancurkan PKR melalui katak katak dalam pkr.

orang orang Bedong semua kenal dengan zamil tu, tetapi orang bedong tidak pernah pecaya dengannya, orang yang jenis kawan makan kawan, siapa pun tak mahu berkawan denganya. kenapa orang luar suka.
pelik

Reply
avatar
morgan
May 27, 2011 at 8:37 PM delete

Seorang lagi hater (Zamil) yang cuba menunjuk pandai (menunjuk bodoh?).

Yang jelas, dari sudut undang-undang:

Tukang tunjuk = ada kes, tukang laku = tiada kes.

Simple.

Tukang tunjuk yang lain-lain pun jangan ingat anda terkecuali. Lebih-lebih lagi kalau anda tidak sehaluan dengan parti politik tertentu.

-Rakyat non-partisan

Reply
avatar
Anonymous
May 27, 2011 at 9:47 PM delete

Prinsip ke 5 Sun Tzu – “Spread disunity and dispute among Pakatan members”. JANGAN TERMAKAN fitnah korang2 sekalian.

Reply
avatar
May 27, 2011 at 11:34 PM delete

tanya dia dah settle ke bil hospital sg petani?

Reply
avatar
Anonymous
May 27, 2011 at 11:40 PM delete

Dah masuk zaman jahiliah balik ar. Al-Quran dah trtulis. Jika tiada saksi 4 orang brmakna org yg memfitnah tu yg kena balun. Itu undang² Islam. Satu lagi pasal sumpah laknat dlm masjid. Apa punya mazhab la ni. Sumpah dlm mahkamah le.

Reply
avatar
siput babi
May 29, 2011 at 4:34 AM delete

dato es k..[nak tulis nama mangkok ni rasa jijik]

sumpah dalam kandang babila..

trio mangkok ayon ni tak layak nak sumpah dalam masjid..jangan belagak alim,suci,tak ada buat maksiat

poodahhh...kalau babi boleh cakap
mesti trio mangkok ayon ni kena carut..

PANTAT MAK KAU LA

Reply
avatar
Anonymous
June 16, 2011 at 3:31 PM delete

Mamat tu bercakap macam org kelas corot, takde kelas langsong.

Reply
avatar
Anonymous
June 16, 2011 at 9:05 PM delete

zamil si katak dr bedong.... tak seperti adik beradiknya yg lain....cari rezeki dgn titik peluh sendiri....tapi zamil cari rezeki cara mudah.....

Reply
avatar
Anonymous
August 12, 2011 at 9:18 AM delete

Dulu dok bersidai tepi jalan jual burger ja kat Bedong nun. Kencing bapak member aku kes tak bayar sewa rumah. Buka gerai makan siap ada karaoke tapi bungkus. Hang byk auta la bro..tak ubah2 dr muda sampai ke la ni.

Reply
avatar
Anonymous
March 12, 2012 at 10:51 AM delete

saya kenal sangat dengan budak zamil tak tahu malu ni...dia ada kedai ubat di pekan bedong...kalau bab sembang memang dia ni kaki tapi sembangnyanya jenis pembelit...Dulu masa dlm PKR bukan main dia bodek DSAI tapi inilah hukumannya bila hati dah hitam dan jahat....hidupnya jadi dah tak keruan,menggelabah semacam...

Reply
avatar
Anonymous
April 9, 2012 at 9:08 AM delete

Zamil brahim walaupun pernah ditahan di Pulau Jerjak bg kes dadah sedikit waktu dulu, tp kini beliau hidup mewah dgn 2 banglo mewah, 3 banglo separuh siap, 3 kereta mewah dan 3 bini (sorang kemboja, dikatakan hasil dari pengistiharan keluar PKR ketika PRK Permatang Pauh dgn nilai melebihi rm 5juta. Ezam kerap dilihat di rumah beliau hingga kini.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive