112,000 Ahli UMNO belum berdaftar sebagai Pengundi?

PUTRAJAYA, 19 Mei — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya menyasarkan untuk mendaftar 112,000 ahlinya yang belum mendaftar sebagai pemilih dalam tempoh dua bulan ini.

Khairy berkata Pemuda Umno sedang mengenal pasti 112,000 anggotanya yang belum mendaftar sebagai pemilih.

Justeru, dipetik Bernama Online, Khairy (gambar) berkata, pergerakan itu menetapkan masa dua bulan untuk menyempurnakan tugas tersebut.

Khairy juga berkata terdapat anggota Umno yang mendedahkan dalam media sosial perkara-perkara yang dibincangkan atau diputuskan dalam mesyuarat tertutup parti dan perbuatan ini harus dihalang.


Katanya, walaupun Umno mengamalkan konsep keterbukaan dan ketelusan, budaya kerahsian perlu dihormati dan dipatuhi demi kebaikan dan kepentingan parti.

Khairy berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno minggu depan.

“Kita ada pengalaman... lepas mesyuarat bukan sahaja dedahkan melalui facebook dan twitter tetapi terus SMS,” katanya.

Laporan itu berkata, Khairy mahu perkara itu diberi perhatian kerana Umno perlu mempunyai tata etika yang menyatakan secara spesifik bahawa apa sahaja perbincangan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat tertutup, tidak boleh didedahkan dalam media sosial.

The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
BOMBO
May 19, 2011 at 3:52 PM delete

tak payah tutup KJ semua org tahu apa keresahan di hati pendeta2 umno skrang sibengap dah sana si buat tipu muslihat pada rakyat...takpa rakyat melayu tuik pasti undi umno pru13 asal di bagi beras 1kampit duit 50 kesian parti busukni....

Reply
avatar
Anonymous
May 19, 2011 at 5:02 PM delete

Ahli UMNO ni semua ahli hantu yang diimport untuk pilihanraya cawangan.

Reply
avatar
Anonymous
May 19, 2011 at 5:24 PM delete

walaupun ahli UMNO daftar sebagai pengundi...tapi tiba saatnya golongan ini akan dan pasti memangkah parti lawan...Bila berbual2 dgn org2 yg aktif dalam pertubuhan UMNO....mrk bergiat aktif semata2 nak dapat habuan....Sebenarnya bila pilihanraya....selalunya golongan ini akan memangkah parti PAS....Sebenarnya mereka ini adalah manusia 2 alam...yg telah memurtadkan parti politik mrk sendiri....hi...hi...hi..hanya AKP sahaja yg buta mata dan hati....

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive