Omega : Kad pendaftaran jam datang dari mana pulak?

Kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat yang mengedarnya bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya.

Kad pendaftaran jam??

Kebanyakkan barangan mewah yang dikeluarkan untuk pasaran biasanya mempunyai nombor siri yang dicetak dan biasanya ianya akan disertakan dengan warranty card dan pembeli juga akan diberikan kad pendaftaran barangan itu.

Kad pendaftaran dan warranty card ini biasanya tidak diusung kehulu kehilir oleh pembeli barangan tersebut, biarpun barangan itu merupakan sebuah beg tangan hatta ianya Prada sekalipun takut nanti orang kata gila. Kad tersebut pasti akan ditinggalkan di rumah.


Tapi berita dibawah ini menceritakan sebaliknya.. ianya menceritakan bahawa pemilik jam Omega yang dikatakan dicuri oleh China Doll itu seolah-olah membawa kad pendaftaran atau melekatkan kad pendaftaran tersebut pada jam yang dipakainya dan menayangkannya kehulu kehilir… apa cerita ni??

Adakah pemilik jam Omega itu memang gila kerana memakai Jam Omega itu bersama dengan kad pendaftarannya sehingga ianya ditemui oleh China doll itu? atau jam tersebut baru dibeli?

Tapi hari tu Datuk ‘T’ kata dia telah menyerahkan hanya Video dan jam sahaja kepada polis.. dari mana datangnya kad pendaftaran ni?

Jurucakap The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd, pengedar jam Omega di negara ini menjelaskan setiap jam Omega mempunyai nombor siri yang dicetak pada jam sebagai jaminan untuk membolehkan pengguna menuntut ganti rugi sepanjang tempoh jaminan dua tahun.

Katanya, nombor siri tidak direkodkan oleh syarikat pengedar berkenaan sebaliknya hanya direkodkan oleh penjual dalam kad jaminan.

Tanya kawan aku MiloSuam - Persoalannya di sini, bagaimanakah Polis memperolehi kad pendaftaran jam Omega tersebut? Bukankah kad pendaftaran seperti ini diperolehi semasa jam Omega tersebut dibeli? Secara logiknya, pihak Polis telah menerima kad pendaftaran jam ini daripada Dato T. Maka persoalan yang lebih penting ialah, dari mana Dato T dapat kad pendaftaran jam Omega tersebut?- MiloSuam

Identiti Pemilik Jam Omega Akan Diketahui
KUALA LUMPUR, 11 April – Identiti pemilik jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada polis berhubung kes rakaman video aksi seks didakwa melibatkan pelaku dilaporkan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui tidak lama lagi, kata polis.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat yang mengedarnya bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya.

“Sebelum ini kita telah memberikan tempoh seminggu untuk syarikat itu memberikan jawapan, namun sehingga kini tiada sebarang jawapan diberikan,” katanya di sini hari ini.

Jam tangan itu dilaporkan merupakan antara dua bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim kepada polis bagi tujuan siasatan berhubung video itu.

Jam itu dilaporkan ditemui di bilik aksi seks berkenaan berlaku. Dalam satu sidang akhbar sebelum ini, Anwar, yang ditanya mengenai jam tangannya berkata, jam tangan beliau ada pada isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Semalam pula, pada satu sidang akhbar di Kuching, ketika ditanya kenapa jam itu tidak diserahkan kepada polis, Anwar berkata polis tidak meminta jam itu dan biarlah polis yang minta.

Acryl Sani, ketika ditanya sama ada polis akan memanggil Anwar untuk menunjukkan jam itu, berkata: “Kita perlu selesaikan soal identiti pemiliknya sebelum mengambil langkah susulan. “Keutamaan kita (ialah) pada siasatan video dahulu, baru jam dan lain-lain lagi,” katanya.

Ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan kes rakaman video itu, beliau berkata ada beberapa perkara kecil perlu dikemaskini dan siasatan mungkin dapat diselesaikan dalam minggu ini dan kertas siasatan dapat dihantar semula ke pejabat Peguam Negara untuk semakan dan perbincangan lanjut.

“Ada beberapa perkara membabitkan keterangan perlu diberi gambaran semula. Walaupun ada keterangan kecil yang telah diambil tetapi ianya juga penting bagi membantu siasatan,” katanya.

Siasatan polis itu dibuat berikutan laporan yang dibuat oleh Anwar pada 22 Mac yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan.

Ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan berhubung kes memuat naik video seks itu ke sebuah laman web, Acryl Sani berkata polis menerima salinan asal dan tidak tahu siapa yang memuat naik video itu.

“Soal siapa dan bagaimana ianya diedarkan awak kena tanya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang sedang siasat,” katanya. Ketika ditanya mengenai identiti seorang wanita dalam rakaman video seks itu, Acryl Sani berkata polis masih lagi mengesan identiti dan lokasi wanita itu berada.


Police tracing the owner of Omega watch
KUALA LUMPUR: Police are ascertaining the ownership of an Omega wristwatch which was handed over to the police in connection with the investigation into a sex video featuring a man resembling Opposition Leader Anwar Ibrahim.

CID deputy director Acryl Sani Abdullah Sani said police had sent the luxury watch’s registration card to the distributor to ascertain its ownership.

“We have given the company two weeks to reply but have not received any yet,” he told reporters here.

Businessman Shazryl Eskay Abdullah, former Malacca chief minister Rahim Thamby Chik and ex-Perkasa treasurer Shuib Lazim, collectively known as the Datuk T trio, said they had handed over the watch, allegedly taken from the room where the sex act was recorded, to the police along with the sex video.

At a news conference previously, Anwar, who was asked about his watch, said it was being kept by his wife Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Yesterday at a news conference in Kuching, Anwar, who was asked why the watch was not handed over to the police, said the police had never asked for it. Acryl Sani, when asked whether the police would ask the opposition leader to produce his watch, said the police would have to establish the ownership of the watch that was handed over to them before making any further move.

“Our priority is on the probe into the video, and then the watch and other matters,” he said. He indicated that they might be able to establish the watch’s ownership soon.


- Bernama

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

25 comments

comments
Anonymous
April 12, 2011 at 8:30 PM delete

Nanti hari Jumaat, polis akan tahu bahwa kad itu kepunyaan Anwar. Tak percaya?

Reply
avatar
Anonymous
April 12, 2011 at 8:46 PM delete

aku pun pecaya

Reply
avatar
Anonymous
April 12, 2011 at 9:04 PM delete

Cara penyasatan PDRM ni pun sudah mengeluarkan bahu yang busok, macam mana rakyat nak beli ceta ni?
Alamak! Anwar apsal hangko bawa kad daftar tu kesana sini. hangko nak tayang kah yang hangko tak beli jam tu kat pasar malam...
Dulu A-G yang mengasas kan konsparasi lewat I dan II. Gagal kedua-duanya. Sekarang Nazri pulak lagi bangang rakyat dibuatnya. Kalau rakyat IQ 21 tiga suku % bolih lah kelingtong sikit.(macam size songkok pulak ada tiga suku) Ini rakyat PR lah. Kalau nak menipu tu biarlah kelas sikit.

Reply
avatar
AnakOmega
April 12, 2011 at 9:14 PM delete

Aku pun percaya.. Lepas tu Utusan Malaysia keluaran Sabtu dan Ahad ni tulis besar2 front page "SAH..JAM TANGAN MILIK ANWAR"..

Reply
avatar
hhhhhh
April 12, 2011 at 9:18 PM delete

bagus juga,dah lama aku tak tenguk filem Tamil, dalam filem tamil yang paling sedap tenguk adalah polisnya, "polis India".

Reply
avatar
Anonymous
April 12, 2011 at 9:22 PM delete

hari ni ada kad daftar, besok pulak DNA anwar bersepah kat pasar malam. Sekarang siasatan PDRM berkisar pada jam tangan tu dibeli kat kedai yang sah atau kat pasar malam, anwar bolih didakwa kerana memiliki jam omega tiruan.

Reply
avatar
Anonymous
April 12, 2011 at 9:26 PM delete

Cilaka betul la puak2 Amno Apco ni, Polis pun tumpang sekaki ... itu yang aku menyampah tengok muka polis tu ...

Reply
avatar
Anonymous
April 12, 2011 at 9:46 PM delete

Sah punya cerita tengoklah ditangan
anda apabila berjumpa. Aku percaya depa kata anwar punya depa kata bukan aku kata. Ini cerita macam cerita majic show saja. Sah masok paper punya.

Reply
avatar
Anonymous
April 12, 2011 at 9:58 PM delete

aku sbnrnye xphm cmne polis ni wat keje..cmne diorg siasat..video ni kepunyaan sape?sape yg rakam?hotel tu kt mane?xde senarai customer yg menginap kt hotel tu ke pd sekian2 tarikh..cctv kt hotel ke?senang je aku rs nk kantoikn sape yg 'dirakam' tu..sorryla mayb aku ade ttinggal bas skit dlm kes ni..aku dh ban cite2 lucah ni dlm rumah aku, tv, paper sume aku xlayan..sume ni psl ank buah aku umur 5thn ckp 'ape diorg wat tu, x malu ke' bl gmbr video tu ade kt paper kosmo..

Reply
avatar
Anonymous
April 12, 2011 at 10:01 PM delete

INGAT TAK DULU RUMAH ANWAR KENA GELEDAH? SIAPA GELEDAH?INGAT BETUL-BETUL. MASA KENA TANGKAP SEMUA BARAN KENA SELONGKAR DAN DIRAMPAS. INGAT BAIK-BAIK.

Reply
avatar
April 12, 2011 at 10:09 PM delete

Nak communicate through sixth sense kena belajar dgn bomoh taib mahmud bro hahahaha....

Reply
avatar
Anonymous
April 12, 2011 at 10:13 PM delete

biar VVVVVIIIIIPPPP semuanya yang bodoh! jgn rakyat yg jd bodoh dan diperbodohkan oleh mereka..kuasa di tgn rakyat..!!!

Reply
avatar
Anonymous
April 12, 2011 at 10:49 PM delete

Tak tahu lah sama yang kena tipu... jangan percaya sangat dengan diri sendiri...

Reply
avatar
had
April 12, 2011 at 10:50 PM delete

Jenayah terancang nih...apa pun kita tunggu pengesahan hari Jumaat dan baca Utusan hari Sabtu. Kelakar-kelakar....

Reply
avatar
Anonymous
April 12, 2011 at 11:01 PM delete

...sambung..
...jangalah kita mengelirukan lagi benda yang dah keliru...

Reply
avatar
April 13, 2011 at 2:35 AM delete

2 ORANG DAH MATI DIDIAMKAN PUNCA KEMATIANNYA WALAUPUN DISIASAT DENGAN BEGITU RAPI.

OMEGA JENAMA YANG TERMASHUR...JENG JENG............tunggu hari Jumaat kita akan tahu siapa pemilik jam tersebut. Hari Sabtu all the news paper will mention it. Jeng Jeng jeng.....

Reply
avatar
Anonymous
April 13, 2011 at 8:06 AM delete

aku dah mula nak percaya yg KPN ni anak didik musa hasan........

Reply
avatar
Anonymous
April 13, 2011 at 9:04 AM delete

Rakyat jangan jadi bangang.

Pelik sungguh warranty card ada bersama jam tersebut walaupun dah lama beli.

Reply
avatar
Anonymous
April 13, 2011 at 10:17 AM delete

Bodoh punye reporter.. sekolah kat maner la reporter ni

Reply
avatar
Anonymous
April 13, 2011 at 3:12 PM delete

POLIS OH POLIS....
MAHARAJA LAWAK X KELAKAR MACAM NI..KEH.KEH.KEH.KUI.KUI.KUI

Reply
avatar
Anonymous
April 13, 2011 at 4:07 PM delete

Cerita sensasi jam tangan Omega ni sememangnya akan di siarkan satu atau dua hari sebelum PRN sarawak. Tujuannya hanya satu, iaitu nak swing sebanyak mungkin undi bumiputera dan muslim sarawak. Kepala otak umno bodoh ni ingat melayu, melanau dan iban sarawak ni mentality dia sama dengan melayu kat felda yg suka cerita gosip, sensai terutama berkaitan dengan skandal seks. Maka larislah Metro dan Kosmo memberi suntikan dana baru kpd kumpulan NST dan Utusan. harap bumiputera sarawak lebih celik dan bijak memilih pemimpin.

Reply
avatar
Anonymous
April 13, 2011 at 5:16 PM delete

aku setuju dengan anon april12.10:01,
perkara ini tak mustahil,oleh sebab itu jam tersebut dan kad pendaftaran dan lain2 barangan kepunyaan DSAI telah diambil semasa serbuan itu dibuat.

Reply
avatar
Anonymous
April 17, 2011 at 7:50 PM delete

PDRM sudah hilang kredibiliti, sudah jadi penipu. Tidak boleh dipercayai. Mereka sekarang digaji utk membuat kerja kerja kotor yg tidak bermaruah, ditambah pula dengan perilaku rasuah yg melampau. Mereka sudah jadi musuh kpd rakyat.

Reply
avatar
Anonymous
May 3, 2011 at 4:47 AM delete

anwar balun saiful pun salah umno dan polis..
anwar balun jalang salah umno dan polis...
anak kucing aku mati pun salah umno dan polis...
semuanya salah umno dan polis....
anwar dan pengikut adalh maksum....heheeheh

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive