Pemilihan PKR : Yeop menguasai Perak..

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub yang ketinggalan pada hari pertama pengundian pemilihan pusat PKR semalam di bawah sistem pemilihan langsung mula mendekatkan jurang undi bagi jawatan timbalan presiden dengan memperoleh sokongan besar di Perak.

Sebanyak sembilan cabang melangsungkan pemilihan di Perak hari ini pada hari kedua pengundian.

“Nampaknya pengundian hari ini campur-campur dengan Mustaffa dapat undi dalam jumlah yang banyak di Perak,” kata seorang pemimpin PKR.

Misalnya di Bagan Serai, Mustaffa mendapat 217 undi manakala Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim masing-masing dapat 22 dan 27 undi.


Pada hari pertama semalam Zaid kuasai pengundian dengan Azmin di tempat kedua.

Selain Bagan Serai, lapan cabang di Perak, negeri yang pengerusinya Mustaffa, mengundi hari ini ialah Gerik, Lenggong, Larut, Parit Buntar, Bukit Gantang, Taiping, Padang Rengas dan Sungai Siput.

Padang Besar: Timbalan Presiden (Mustaffa, 15; Zaid, 6; Asmin 6); Naib Presiden (Mansor, 30; Fuziah, 23; Tian Chua, 23; Sivarasa, 23).

Indera Mahkota: Timbalan Presiden (Azmin, 53, Zaid, 33, Mustaffa 0); Naib Presiden (Nurul Izzah, 56; Sivarasa, 55; Mansor, 53; Tian Chua 43).

Jerantut: Timbalan Presiden (Zaid, 57, Azmin, 12; Mustaffa, 1); Naib Presiden (Fuziah, 38, Sivarasa 31, Tian Chua, 28, Nurul Izzah, 26).

Jempol: Timbalan Presiden (Azmin, 47, Zaid, 1; Mustaffa, 2).

Bachok: Timbalan Presiden (Zaid, 92; Azmin, 3; Mustaffa, 2).

Grik: Timbalan Presiden (Mustaffa, 69; Azmin, 48; Zaid 20).

Tanah Merah: Timbalan Presiden (Azmin, 127; Zaid, 27; Mustaffa, 4).

Arau: Timbalan Presiden (Azmin, 12; Mustaffa, 3; Zaid 1).

Teluk Kemang: Timbalan Presiden (Zaid, 95; Azmin, 35; Mustaffa, 3).

Parit Buntar: Timbalan Presiden (Azmin, 70; Zaid 2).

Grik: Timbalan Presiden (Azmin, 67; Zaid, 20).

Kuala Lipis: Timbalan Presiden (Azmin, 119; Zaid 3).

Ketereh: Timbalan Presiden (Azmin, 120; Zaid 3).

Rasah: Timbalan Presiden (Azmin, 39; Zaid, 15).


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
Anonymous
October 31, 2010 at 12:53 AM delete

Kalau BN beri duit untuk pergundi yang luar yang mengundi sesuatu kaw...depa akan kata itu rasuah untuk pengundi...haram utk di makan...tapi depa tu bagi $ macam BN...ini jawapan mereka..dibawah...jenis apa ka ni..haram jd halal...bila org lain...diharam...kadang2 hingga keluar fatwa...atau berdema dijalanan...


Pas bagi duit balik mengundi di Galas
30/10/2010 5:10pm


GUA MUSANG 30 Okt.- Pas membayar 1,557 pengundi Galas yang berada di luar negeri untuk pulang supaya mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada Khamis ini.


Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, parti itu akan membayar sehingga RM250 seorang sekiranya mereka pulang mengundi.

Beliau bagaimanapun menafikan bayaran itu adalah satu bentuk rasuah untuk para pengundi sebaliknya bagi menampung kos perjalanan mereka.


Katanya, pengundi yang berada di Johor akan dibayar RM250 seorang dan Lembah Klang pula RM200 manakala di sekitar Kelantan dibayar mengikut jarak perjalanan.


"Kita berjanji lepas mereka mengundi, kita akan bayar kepada mereka," katanya di sini hari ini. - Bernama

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive