Sudah tergadaikah tanah KTMB di Tanjong Pagar?

Tanah milik KTM tetapi dibangunkan oleh syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd..

Kenapa perlu dibangunkan dengan kerjasama Singapura yang memegang 40% kepentingan?

Dibangunkan di Singapura.. tak kiralah apa jenis pembangunanpun yang dibuat yang pasti hak milik tanah itu akan bertukar akhirnya..

Sudah tergadaikah tanah KTM itu???


Malaysia setuju pindah stesen KTMB ke Woodlands

Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.

Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di Singapura.

Pada sidang akhbar bersama itu, kedua-dua pemimpin berkenaan berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.

Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.

Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.

Tanah KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar, akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan.

Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di Singapura.

Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia.


Bernama

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
Anonymous
May 24, 2010 at 8:31 PM delete

Salam,

Apa lagi yang nak diserahkan kepada Singapura? Johor xnak diserahkan jugak ke? Senang cerita xyah buat perjanjian air atau ruang udara lg..kan senang jadi 1Malaysia yang 'tolerate'lagi dipijak2 oleh orang lain..minggu lepas kes amah Indon, minggi ini serah tanah pulak..

Pelik2..SPRM xnk siasat ke?

Reply
avatar
Anonymous
May 25, 2010 at 10:59 AM delete

NAJIB X NAMPAK, KEPENTINGAN TANJONG PAGAR, PELIK, LEBIH NAK MAJUKAN SINGAPORE DARI NEGARA SENDIRI, BODOH!!!!!!

Reply
avatar
May 26, 2010 at 11:52 AM delete

KTMB Tanjung Pagar dah dapat dikeluarkan dari Singapura.Tapak yang nilainya tiada

ternilai kalau dibandingkan ditanah lain di seluruh Singapura. Tanah tapak perjudian

jadi peganti. Tapak pembangunan Johor Iskandar 50 peratus milik pelabur Cina

Singapura. Batu Putih tergadai.. hairan bin pelik. Peratusan bangsa Cina di Singapura

ditingkatkan dengan mengambil pekerja dari Cina yang tak tahu bahasa Inggeris pun

boleh. Sibu jatuh ke tangan DAP dengan sokongan hartawan orang2 Cina begitu juga

dengan Penang. Dimana dan bagaimana nanti kedudukan orang Melayu. Melayu dikaburi

dengan kemajuan dan kesenangan tak nak dan takut susah. Kampung halaman dan bendang di

tinggalkan takut susah lari ke bandar nak kerja senang. Tanah bendang tak mampu lagi

di jaga terpaksalah jual dengan Cina dengan harga tak berapa sen. Orang Cina Malaysia

kerja di Singapura bawa balik duit ke kampung dengan tukaran wang dua kali ganda.

Semakin hari Cina makin kaya beli tanah orang Melayu. Melayu makin hari makin meleset.

Lama2 Melayu hidup merempat jadi hamba orang Cina. Bila Singapura masuk balik kedalam

Malaysia semula orang Cina dah jadi kaum majoriti. Senanglah mereka pilih PM dari

kalangan orang Cina. Habislah Melayu. Pandai betul PM Najib dan orng2 UMNO.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive