PKR memang mempunyai masaalah yang perlu diperbaiki - Syed Husin..



KOTA BARU, 27 Mei — Di sebalik serangan bertubi-tubi Umno-BN, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Senator Dr Syed Husin Ali mengakui partinya mempunyai beberapa masalah dan kelemahan yang perlu diperbaiki.

Dalam nasihat yang dilihat tidak harus mempersalahkan orang lain, Syed Husin menegaskan, sebahagian organisasi PKR belum mantap manakala sesetengah pimpinan dan wakil rakyat kurang turun padang.

Selain itu katanya, ramai anggota bahkan “pimpinan” tidak menghormati atau mematuhi disiplin.

“Parti kurang mengadakan bengkel serta latihan untuk menguatkan perpaduan organisasi serta politik parti dan menimbulkan kader.

“Segala masalah dan kelemahan perlu segera dikenal pasti dan diatasi,” kata beliau ketika berucap merasmikan serentak Kongres Nasional Keenam Angkatan Muda Keadilan dan Wanita PKR di sini hari ini.

Katanya, dari luar PKR diserang bertubi-tubi oleh para pemimpin Umno-BN.

“Tanpa segan silu dan tanpa merasa bersalah, mereka memperalatkan kuasa ekonomi serta politik yang mereka monopoli untuk menyerang kita.

“Mereka salah guna segala jentera serta jabatan di bawah kekuasaan dan pengaruh mereka. Seterusnya, mereka memperalatkan juga sepenuh-penuhnya media cetak serta elektronik di bawah pengaruh mereka,” katanya.

Syed Husin menambah, tujuan mereka untuk memburuk-burukkan dan menabur fitnah terhadap kerajaan pimpinan PKR dan perjuangannya.

“Mereka bermimpi hendak menumpaskan kita,” katanya.

Oleh itu kata beliau, Pergerakan Wanita dan AMK harus lebih aktif lagi memberikan penerangan kepada semua anggota tentang pelbagai isu yang melibatkan parti, rakyat dan negara.

“Saudara-saudari perlu cekap menangkis segala propaganda hitam dari parti lawan.

“Saudara-saudari perlu meningkatkan bengkel dan latihan untuk mengeluarkan lebih ramai kader. Lebih penting lagi, Wanita dan Angkatan Muda perlu merancangkan dan menjalankan pelbagai kegiatan yang harus dilakukan di kalangan masyarakat, terutama yang miskin serta bependapatan rendah untuk membantu dan memperkasakan mereka.

“Golongan profesional dan pelajar juga hendaklah dirapati dan jika perlu disusun.

“Setiap pemimpin dan seberapa ramai anggota Wanita dan AMK hendaklah mengetahui dan menghayati dasar perjuangan parti. Segala kegiatan dan tindakan parti hendaklah berlandaskan dasar perjuangan tersebut,” katanya.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
May 28, 2010 at 12:34 PM delete

Muhasabah diri adalah jalan yang terbaik untuk memantapkan kembali perjuangan Ahli dalam Parti..

Mohon linkkan blog ana http://karatijau.blogspot.com

Reply
avatar
May 28, 2010 at 12:56 PM delete

Salam Tuan Karat E-Jau..

Dah diletakkan dari semalam rasanya..

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive