Tuesday, June 13, 2017

MP UMNO Pertahan Tindakan 'Samseng Capang'


Ada jugak yang nak pertahankan tindakan bangang 'Samseng Capang' dari Keluang tu.. terserlah jelas kurang bijaknya bijak bila pemimpin UMNO ni berkata-kata..


Kalau Ahli Parlimen kawasan sendiri dihalang dari memasuki kawasan yang diwakilinya.. bagaimana dia nak tahu susah atau senang rakyat dikawasannya?

Atau Ahli Parlimen Kluang tu sengaja dihalang dari memasuki bazar Ramadhan supaya UMNO boleh mainkan isu, MP Kawasan langsung tak peduli kawasan?

Lebih bodoh lagi.. Bazar Ramadhan dia bandingkan dengan rumah, Bazar Ramadhan tu tempat awam siapa pun boleh datang dan pergi.. rumah tu milik persendirian mana sama dengan Bazar Ramadhan..

.. Anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan anggota lain DAP tidak sepatutnya terus memasuki Bazar Ramadan Bandar Kluang kerana mereka tidak dialu-alukan di situ, kata Anggota Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim.

"Kalau rumah kita orang nak masuk, kita tak benarkan, maka kena hormatlah. Takkan dah orang tak bagi masuk, kita nak masuk juga.

"Ketua (Umno) bahagian Kluang sudah explain, dia marah kepada tindakan DAP yang suruh tutup bazar Ramadan itu satu ketika dulu masih memberi kesan. Tiba-tiba hari ini you datang balik, dia marah. Dia tak bagilah, lepas itu you provoke. Ini gaduhlah," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata bazar Ramadan itu sememangnya dikendalikan oleh anggota-anggota Umno Kluang. 

"So if the organiser kata tak boleh, tak bolehlah. Serupa juga kalau dia nak berniaga, dia ada permit, ada lesen. So kalau orang tak bagi berniaga, you berniaga, orang marah juga," katanya.

Razali yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Subang, dalam satu majlis berbuka puasa bersama-sama penduduk asal Muar.

Pada 10 Jun lalu, Liew dihalau keluar dari bazar Ramadan berkenaan ketika mengagihkan sumbangan buah kurma kepada pengunjung di situ.

Ini adalah kali kedua Liew dihalau keluar dari bazar yang sama, sejak 2014.

Awal hari ini, BH Online memetik Ketua Bahagian Umno Kluang, Md Jais Sarday yang menuduh DAP memulakan isu itu pada tahun 2007, dengan mendakwa DAP menggesa bazar itu dipindahkan ke tempat lain.

Ini telah mencetuskan kemarahan dan tentangan daripada peniaga Melayu yang masih ingat kejadian itu hingga ke hari ini, beliau dilaporkan berkata.

"Selepas menjadi dalang utama mahu menghalau peniaga Melayu berniaga di bazar yang terletak di pusat bandar Kluang itu, sekarang mereka datang pula ke lokasi sama. Apa motif DAP sebenarnya?.

"Sudah pasti kedatangan DAP dan pembangkang ke situ membangkitkan kemarahan masyarakat serta peniaga Melayu yang masih terluka dan terkesan dengan usaha mahu menghalau mereka daripada berniaga di situ.

"Ini semua adalah perangkap dan mainan politik DAP yang memang mahu pecah-belahkan orang Melayu," ujarnya.

Md Jais berkata, urus setia bazar itu juga sudah menasihatkan anggota pembangkang itu supaya mengagihkan kurma ke kawasan lain, tetapi tidak diendahkan.

"Jadi siapa sebenarnya yang memulakan provokasi?," katanya.

Tanya dulu sebelum beri

Menurut pembantu Liew, Sheikh Omar Ali, agihan kurma pada hari itu berjalan lancar di gerai menjual makanan dan minuman, tetapi mereka dihalang sekumpulan pemuda ketika bergerak ke gerai pakaian.

Sementara itu, Razali berkata mereka perlu mengambil kira perasaan peniaga sebelum mengedarkan sesuatu secara percuma.

"Waktu saya di Muar, saya pun bagi (kurma percuma). Kita akan tanya dulu, sebab kamu mesti ingat sesetengah peniaga menjual kurma.

"Kalau seseorang datang dan beri kurma percuma, yang jual kurma akan terjejas, sebab orang akan dapat free. Macam kita bagi selalu kuih raya. Itu kita kena pastikan kawasan itu tiada orang jual kuih raya. Kalau saya bawa 1,000 bekas kuih raya dekat kawasan orang jual kuih raya, mesti orang jual kuih raya marah," katanya lapor Malaysiakini


Hmmm... nilailah sendiri tahap pemikiran pemimpin dari UMNO ni.. terutama sekali kenyataannya pada perenggan terakhir tu..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails