Thursday, June 8, 2017

Lelaki Belasah Pemandu UBER Ditahan Polis


Pemandu Uber yang dipukul sekumpulan lelaki kerana didakwa mencabul seorang wanita warga Vietnam ditahan polis untuk siasatan lanjut.


Selain lelaki berusia 29 tahun itu, seorang lelaki dipercayai suami kepada mangsa yang berusia 37 tahun turut ditahan kerana didakwa menyerang pemandu Uber dalam kejadian terbabit.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Anuar berkata, dua lelaki juga ditahan kerana dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu dan menjadikan jumlah penahanan empat orang.

"Ketiga-tiga suspek kini direman empat hari bermula hari ini (semalam) sehingga 11Jun ini bagi membantu siasatan.

"Perintah itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Georgetown, Ahmad Tajuddin Zain tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Anuar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

"Kita juga akan menahan mangsa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Dalam pada itu, siasatan mendapati, mangsa yang merupakan warga Vietnam didakwa dicabul pemandu Uber ketika menggunakan perkhidmatan kereta terbabit 6 Jun lalu. Ketika itu, wanita berkenaan dipercayai ingin ke Jalan Argyll dari Lintang Paya Terubong di sini.

"Dalam perjalanan, pemandu Uber terbabit telah mengeluarkan kemaluannya dan mengarahkan mangsa memegangnya. Mangsa yang ketakutan memegang namun melepaskannya. Pemandu Uber itu juga dikatakan mengeluarkan telefon bimbitnya dan selfie dengan mangsa," katanya.

Beliau menambah, mangsa yang berusia 43 tahun itu pada mulanya tidak mahu membesarkan kejadian tersebut namun dia mendakwa, suspek menghubunginya pada sebelah malam dengan tujuan untuk mengganggunya.

"Mangsa yang buntu menceritakan kejadian itu kepada rakannya dan rakannya menasihatkan mangsa agar menceritakan kejadian itu kepada suaminya. Selepas menceritakan kepada suaminya, suaminya itu meminta mangsa menghubungi semula suspek pada keesokan harinya kononnya mahu menggunakan perkhidmatan Uber tersebut.

"Suspek yang tidak mengesyaki apa-apa datang semula pada 7 Jun untuk menjemput mangsa namun dipukul sekumpulan lelaki (dipercayai rakan-rakan suami mangsa) termasuk suaminya dengan menggunakan kayu besbol," katanya.

Menurutnya, hasil siasatan terhadap dokumen perkahwinan mengesahkan kedua-duanya merupakan suami isteri sejak 2015 namun tidak mempunyai anak.

"Suspek bagaimanapun menafikan kejadian itu dan mendakwa dia difitnah. Dia turut mengakui tidak tahu motif dia dipukul oleh sekumpulan lelaki terbabit.

"Mangsa yang cedera di bahagian kepala, tangan dan kaki kiri dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) namun telah dibenarkan keluar. Kereta mangsa turut dirosakkan oleh sekumpulan lelaki terbabit," katanya lapor Sinar

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails