Tuesday, June 6, 2017

Ketua Pegawai Eksekutif FGV Minta SPRM Siasat FGV


"Saya syorkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV)," kata Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad.


Beliau membuat gesaan itu susulan isu beliau dipaksa bercuti serta-merta sebagai Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV oleh Lembaga Pengarah syarikat itu.

"Saya juga bersedia untuk disiasat dan mengesyorkan SPRM datang menyiasat FGV supaya senang membuktikan jika ada apa-apa perkara yang tidak baik berlaku dalam FGV.

"SPRM boleh menyiasat saya atau pengurusan dan peringkat tertinggi pengurusan atasan untuk mendapatkan bukti yang sahih.

"Dengan ini, semua boleh mencapai keadilan," katanya pada sidang media dengan BH dan NST di pejabatnya di sini, hari ini.

Sebelum ini, penulis blog, Raja Petra Kamaruddin menyatakan Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad sedang berusaha untuk menyingkirkan Zakaria daripada jawatannya.

Raja Petra dalam portal miliknya mendakwa Isa mahu menyingkirkan Zakaria kerana dianggap terlalu lurus dan tidak mahu meluluskan urus niaga 'di bawah meja' yang Isa mahukan lapor Berita Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails