Monday, June 19, 2017

GST Akan Dikenakan Ke Atas 60 Lagi Barang Makanan Julai Ini..


Semalam, akhbar Cina, China Press melaporkan antara barangan berkenaan, termasuk makanan laut tertentu, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 Julai ini.



Barangan baru yang akan dikenakan GST itu termasuk belut, ikan todak dan buah-buahan yang diimport seperti avokado, buah ara, anggur, nectarines, ceri dan beri. 

Sementara itu, sayur-sayuran seperti kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis juga akan dikeluarkan daripada senarai GST berkadar sifar.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Subromaniam Tholasy yang dipetik oleh akhbar The Star sebagai berkata, kenyataan penuh akan dikeluarkan hari ini.

Berikut adalah laporan dari The Star,

PETALING JAYA: More than 60 types of food items will have the Goods and Services Tax (GST) imposed on them starting July 1. 
These include certain seafood, vegetables, fruits, tea, coffee, spices and noodles, China Press reported yesterday. 
Customs Department director-general Datuk Subromaniam Tholasy confirmed the report and said a full statement would be issued today. 
“It’s only a few items not consumed by the masses,” he said. 
The new items that will be levied with GST include eel, swordfish and imported fruits like avocados, figs, grapes, nectarines, cherries and berries. 
However, vegetables such as potatoes, long beans, peas, spinach and sweet corn would also be taken off the GST zero-rated list. 
Other items include bihun, kuey teow, laksa mee and coconut oil. 
The Government introduced GST in April 2015 in the form of a 6% tax on goods and services. 
For the complete list of zero-rated goods and services, visit gst.customs.gov.my or www.federalgazette.agc.gov.my.

Hmm.. diharap semua harga bagi barang-barang tu akan turun sebagaimana yang Menteri dari UMNO gembar-gemburkan sebelum perlaksanaan GST dulu tu..

Dan terima kasih buat Kerajaan Barisan Nasional kerana tidak mengenakan GST ke atas kangkung, ini jelas menunjukkan keprihatinan Kerajaan terhadap rakyat.

Jadi kita rakyat boleh terus menikmati kangkung yang tidak dikenakan GST dan dalam masa yang sama elakkan dari membeli dan memakan sayur-sayur yang dikenakan GST sampai mati.. he..he..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails