Tuesday, June 20, 2017

Barisan Nasional Tak Boleh Dikekalkan Sebagai Kerajaan - Tuan Ibrahim


Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan terbaharu untuk mengenakan GST terhadap 60 item baharu walaupun dibatalkan menunjukkan BN sanggup melanggar janjinya untuk tidak mengenakan GST terhadap makanan asas.



“Tiada jaminan bagi rakyat bahawa BN tidak akan melanggar janjinya yang lain jika ia kekal berkuasa.

“Justeru itu, BN tidak lagi boleh dikekalkan sebagai kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, Pas juga berkeyakinan bahawa tindakan pembatalan berkenaan berkait dengan PRU14 yang berlangsung tidak lama lagi.

“Cadangan untuk mengenakan GST terhadap 60 barangan dibatalkan kurang dari tempoh 24 jam adalah disebabkan reaksi rakyat yang membantah perlaksanaan itu.

“Jadi, Pas amat yakin tindakan ini ada kaitan langsung dengan PRU14 yang tidak lama lagi, namun apakah jaminan yang ada bahawa ia tidak dilaksanakan selepas PRU14?,” katanya.

Beliau berkata, belum lagi inflasi negara jatuh ke tahap yang disasarkan Bank Negara, kerajaan BN mengumumkan GST yang baharu dan sekiranya ia dilaksanakan ia pasti akan melonjakkan tahap inflasi.

“Apakah perbendaharaan negara kini di tahap kritikal sehingga BN sanggup mencadangkan pelaksanaan GST ke atas makanan asas walaupun pilihan raya bakal diadakan dalam tempoh kurang daripada 14 bulan,” soalnya.

Sebelum ini Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengumumkan pembatalan terhadap tindakan mengenakan GST terhadap lebih 60 jenis barangan makanan lapor Sinar

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails