Friday, June 9, 2017

Arab Saudi Tuduh Qaradawi Penyokong Pengganas?


Arab Saudi, Mesir dan 2 lagi negara Arab yang memutuskan hubungan dengan Qatar hari ini menuduh ulama terkenal Dr Yusuf al-Qaradawi sebagai penyokong keganasan, dalam senarai yang menamakan 59 orang sebagai terlibat dengan keganasan.


Selain Qaradawi yang merupakan pakar fiqh dunia Islam yang dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia pada 2009, mereka turut menamakan 12 pertubuhan termasuk 2 pertubuhan kebajikan anjuran kerajaan Qatar.

Dakwaan terbaru itu susulan tuduhan Arab Saudi yang Qatar menyokong aktiviti keganasan, dan juga rasa tidak puas hati beberapa pemerintah Arab disebabkan sokongan Qatar terhadap Ikhwanul Muslimin, pergerakan politik yang mengambil alih kuasa di Mesir untuk beberapa bulan selepas kejatuhan diktator Hosni Mubarak.

Keputusan Arab Saudi itu turut diikuti Yaman, Bahrain, UAE, Maldives dan Libya, dan merupakan antara usaha Riyadh untuk memencilkan gergasi ekonomi minyak itu di samping menguatkan pakatan Arab-Washington untuk berdepan Tehran.

Qaradawi merupakan ulama kelahiran Mesir yang menjadikan Doha pengkalannya selepas hidup dalam buangan untuk beberapa dekad.

Fatwa dan karangan beliau kerap dijadikan rujukan seluruh dunia bagi merungkai isu semasa melibatkan syariah dan masalah fiqh.

Senarai 59 individu dan warganegara mereka yang dituduh terlibat dengan keganasan oleh Arab Saudi silalah lihat di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails