Monday, June 19, 2017

Akhirnya Isa Samad Letak Jawatan Pengerusi FGV


ISA Samad meletakkan jawatan sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), lapor Bernama.



Pengumuman itu dibuat tidak lama selepas media melaporkan pengarah bukan eksekutif bebas FGV Dr Sulaiman Mahbob akan mengambil alih jawatan Isa.

Terdahulu BH Online melaporkan Isa bertemu Perdana Menteri Najib Razak di Perdana Putra di Putrajaya jam 8 pagi tadi.

Bagaimanapun, usaha media yang menunggu di laluan utama ke bangunan itu untuk mendapatkan komen Isa tidak berhasil apabila beliau difahamkan keluar menggunakan laluan lain.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata kerajaan melantik Isa sebagai pemangku Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Menggunakan sepenuhnya hak di bawah peruntukan Artikel 80 memorandum FGV, kerajaan melantik Sulaiman sebagai pemangku pengerusi FGV.

Kemelut FGV mencapai kemuncak apabila Isa dan Lembaga Pengarah memaksa Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Kamarzaman Abd Karim untuk bercuti 6 Jun lalu.

Susulan krisis itu, kerajaan melantik bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala sebagai orang tengah bagi mencari penyelesaian kepada krisis itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut memulakan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam syarikat itu.

Kedudukan Isa dan Zakaria dijangka ditentukan hari ini dan difahamkan, kerajaan akan membuat pengumuman penting berkaitan krisis melanda FGV dan kedudukan pengurusan tertinggi agensi itu, petang ini lapor The Malaysian Insight

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails