Monday, May 15, 2017

RUU 355: Kenapa PAS Tidak Salahkan UMNO Gagal Bentang?.. Soal Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap PAS tidak menyalahkan Umno selepas parti Melayu itu enggan membawa pindaan Rang Undang-Undang Akta 355 (RUU355) di Parlimen.


Ketua Umum PKR berkata beliau berasa “musykil” dengan alasan “tidak tepat” berkaitan rang undang-undang itu menjadi punca PAS membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR.

“Ternyata pimpinan PAS tidak meneliti kenyataan saya dan presiden PKR yang menghormati hak Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mengusulkan supaya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Malah Datuk Seri Najib Razaklah yang menegaskan bahawa kerajaan Umno-BN tidak akan membawa RUU355 sebagai urusan kerajaan.

“[Itu] bermakna RUU355 akan terkubur. Anehnya Umno tidak dipersalahkan kali ini.

” Majlis Syura PAS pada Khamis membatalkan kerjasama politik dengan PKR dengan tiga alasan antaranya parti itu tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa PAS seperti RUU 355.

Mengulas lanjut, Anwar mengulangi ketegasan bahawa PKR “tidak pernah mengkhianati” kerjasama politik sejak ia ditubuhkan sekalipun dilempar pelbagi tohmahan.

Katanya, PKR sudah berusaha segala daya bagi mengekalkan muafakat politik itu demi membawa perubahan yang lebih baik buat rakyat Malaysia.

Anwar juga yakin menteri besar Datuk Seri Azmin Ali mampu menerajui Selangor berdasarkan mandat rakyat dan khidmat yang dicurahkan selama ini lapor MMO



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails