Wednesday, April 26, 2017

Seleweng RM150 Juta, SPRM Keluar Waran Tangkap Terhadap Ahli Politik Melaka


Waran tangkap seorang ahli politik Umno dikeluarkan susulan tidak hadir mahkamah semalam berkaitan kes penyelewengan RM150 juta.


Ahli politik berusia 56 tahun itu dijadual didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka atas tuduhan pengubahan wang haram, lapor portal New Straits Times hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan merancang mendakwa sekurang-kurangnya 10 pertuduhan terhadap ahli politik itu.

Dalam siasatan terhadapnya, wang tunai, kenderaan dan aset berjumlah RM150 juta dirampas sewaktu ditahan reman pada November lalu.

Rampasan itu termasuklah wang tunai RM41 juta, akaun bank RM12.6 juta, 56 geran tanah di Sabah dan sembilan kenderaan.

Akhbar itu juga difahamkan ahli politik tersebut ― yang dikaitkan dengan pemimpin atasan negeri Melaka ― akan turut didakwa berkaitan pecah amanah.

Peguam lelaki itu Azrul Zulkifli Stork, yang hadir di mahkamah semalam, mengesahkan anak guamnya akan didakwa "secepat mungkin." lapor MMO

Lapor The New Straits Times

The New Sunday Times had reported last week that a politician in Malacca, embroiled in two high-profile corruption cases, was expected to be charged soon. 
Seizures in the case included RM41 million in cash and RM12.6 million in bank accounts, 56 land titles belonging to Yayasan Melaka in Sabah and six State Economic Planning Unit files related to land reclamation projects, seven vehicles (two Toyota Vellfires, a Toyota Camry, a BMW, a Proton Waja, a Perodua Myvi and a Proton Exora), along with two Toyota FJ Cruiser four-wheel drive vehicles, which are worth about RM200,000 each. 
The value of the seizures would make this the biggest corruption case involving a government official in the country, should charges be pressed.

Please continue yours reading HERE

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails