Wednesday, April 19, 2017

Pemimpin UMNO Johor Didakwa Rasuah Lebih RM30 Juta


Exco kerajaan negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, Rabu atas 33 pertuduhan rasuah.


Abdul Latif merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor itu didakwa di bawah Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Beliau didakwa bersama seorang lagi individu, Amir Sharifuddin Abdul Raub.

Kedua mereka masing-masing berdepan dengan 33 pertuduhan. Abdul Latif, 51, ditahan pada 9 Mac lalu bagi membantu siasatan berhubung pembabitannya dalam isu hartanah di negeri ini.

Sebelum itu, tujuh individu ditahan SPRM termasuk anak dan pegawai khasnya bagi membantu siasatan kes sama.

Beliau ditahan di Pejabat SPRM Johor dan siasatan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 lapor mStar di SINI



Malaysiakini pula melaporkan Exco Johor Datuk Abd Latif Bandi didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini terhadap 33 tuduhan rasuah membabitkan isu tanah, melibatkan lebih RM30 juta. 

Pendakwaan dilakukan selepas dia ditahan reman selama 7 hari, bulan lalu.

Laporan penuh bacalah di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails