Monday, April 24, 2017

Adam Rosly Perlu Isytihar Harta - Rafizi


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli hari ini mengulangi pendiriannya menyeru Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang Datuk Adam Rosly Abdullah supaya mengisytihar harta.<


Menurutnya, langkah itu dapat menjernihkan keadaan sekali gus mengelak dari mengheret nama baik parti daripada bergelumang dengan kes yang dihadapi Adam.

"Saya dan rakan-rakan pimpinan yang lain akan mengusulkan supaya satu tindakan diambil yang boleh menjarakkan kemelut peribadi beliau dari mengheret PKR dan Pakatan Harapan," katanya dalam satu kenyataan media.

Pada masa yang sama, beliau berpendapat kepimpinan tertinggi parti mempunyai dua pilihan dalam menguruskan masalah itu selain menjarakkan parti daripada kes tersebut.

"Sama ada melalui keputusan bersama kepimpinan PKR untuk membolehkan Adam 'bercuti' dari jawatan parti sehingga kes beliau selesai, atau melalui kaedah Lembaga Disiplin seperti yang disuarakan oleh Datuk Seri Azmin Ali, Timbalan Presiden," katanya.

Ketua AMK Ampang itu sebelum ini mengaku tidak bersalah ke atas semua enam pertuduhan memberi kenyataan dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia berhubung kerjaya Adam sebagai pengarah sebuah syarikat, sumber pendapatannya dan pembelian sebuah rumah banglo bernilai RM1.2 juta secara tunai lapor AstroAwani

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails