Wednesday, March 15, 2017

Sampai Atau Tidak Bantuan Malaysia Kepada Etnik Rohingra Itu Sebenarnya?


Awal Februari yang lalu.. Kerajaan Myanmar memberi jaminan bahawa bantuan yang dibawa menerusi misi "Flotila Makanan untuk Myanmar" akan disampaikan kepada etnik Rohingya di negara itu.


Ketua misi berkenaan, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya akan menyerahkan 300 tan makanan serta barang keperluan apabila tiba di pelabuhan Yangon, Myanmar. 

Beliau berkata, selain makanan, 10,000 kotak "hygiene kit" mengandungi barangan keperluan kebersihan peribadi akan turut diserahkan.

Sejurus kapal yang membawa bantuan itu tiba di Yangon, barangan tersebut akan diserah kepada Menteri Kebajikan Masyarakat, Bantuan dan Penempatan Semula Myanmar Dr Win Myat Aye.

"Kami mahu makanan dan sumbangan lain yang dibawa diterima oleh mereka (etnik Rohingya), sekarang kami dalam persiapan peringkat akhir untuk belayar," ... laporan penuh sila baca di SINI

Persoalannya sampai ke mana bantuan itu sebenarnya jika Kerajaan Myanmar yang sedia ada dilaporkan cuba mengusir semua etnik Islam Rohingya dari negara itu?

Laporan berkaitan..

YANGON: Kerajaan Myanmar dipercayai cuba mengusir semua etnik Islam Rohingya dari negara itu, sekali gus mencabuli hak asasi manusia masyarakat minoriti tersebut, kata seorang pakar kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).  
Wakil khas hak asasi manusia PBB di Myanmar, Yanghee Lee berkata, pengusiran secara keseluruhan merupakan satu penindasan dan keganasan terhadap etnik Rohingya.  
Jelas beliau kepada majlis hak asasi manusia PBB, sejumlah bukti menunjukkan tindakan kerajaan cuba untuk menghalau masyarakat minoriti itu dari negara berkenaan.  
Beliau berkata demikian susulan operasi ketenteraan terhadap etnik Rohingya sejak Oktober lalu di utara Rakhine ekoran serangan kumpulan militan ke atas pusat kawalan di sempadan.  
Siasatan PBB juga mendapati semasa operasi tersebut, wanita Rohingya dirogol oleh tentera Myanmar manakala bayi dibunuh dengan kejam.. lapor mStar di SINI

Sejak Oktober lalu operasi ketenteraan dah dijalankan terhadap etnik Rohingya.. Malaysia pula hantar bantuan pada Februari semasa operasi masih berjalan..

Sampai atau tidak bantuan itu agaknya?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails