Thursday, March 9, 2017

RUU355 Bukan 'Ubat Mujarab' Semua Masalah - Timbalan Menteri


Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) tidak semestinya menjadi ubat mujarab untuk semua masalah sosial.


Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, perkiraan berasaskan sentimen tidak seharusnya dibuat tanpa memahami apa sebenarnya subjek utama yang dibincangkan.

"Saya sebut dari awal Akta 355 hanya melibatkan hukuman di Mahkamah Syariah yang diperuntukkan dalam perlembagaan, yang tak boleh menyelesaikan semua perkara dalam kehidupan ini," katanya. 

Beliau hadir sebagai panel Bicara Harakah IV di Kuala Lumpur hari ini.

Turut sebaris sebagai panelis ialah Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan dan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pada November lalu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul untuk meminda Akta 355 bagi melipatgandakan had hukuman penjara kepada 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan syarie. 

Ia dicadang untuk perbincangan dalam sesi parlimen kali ini, yang bermula Isnin lepas. 

Bagaimanapun, menjawab soalan wartawan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman hari ini berharap rang undang-undang Akta Kebankrapan dan Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak dapat didahulukan.

Sementara itu, Asyraf Wajdi menegaskan, Akta 355 tidak boleh menyelesaikan semua masalah sosial disebabkan perkara itu bersifat berangkai dan menyeluruh.

"Pendidikan pun kita kena selesaikan, struktur masyarakat pun kita kena selesaikan, masalah pengurusan sosial kita, masalah media sosial perlu juga.

"Dan hukuman pun kita mesti pertingkatkan, tetapi jangan anggap bahawa Akta 355 ini sebagai ubat mujarab untuk menyelesaikan semua benda," jelasnya.

Tambah beliau, anggapan sedemikian tidak betul juga dan akhirnya mewujudkan (keadaan) ekstrim dan melampau dalam membincangkan berkenaan akta tersebut.


"Sebab itulah saya seru agar kembali kepada perkara asas dan pokok yang sedang kita bincangkan hari ini.

"Apa yang kita nak pinda, kenapa kita nak pinda? Jangan bercakap di luar kerangka dengan membuat andaian-andaian tidak perlu, sentimen-sentimen yang akhirnya tidak menguntungkan kita.

Laporan penuh silalah baca di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails