Thursday, March 30, 2017

Pemegang Amanah Bergelar 'Datuk' Ditahan SPRM


Seorang pemegang amanah sebuah yayasan berkepentingan Bumiputera bergelar 'Datuk' direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi disiasat atas dakwaan menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan diri.


Perintah reman selama lima hari itu dikeluarkan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid di sini, Khamis.

Datuk yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga diiringi pegawai SPRM tiba di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang pada kira-kira 10.30 pagi.

Anak kelahiran Pulau Pinang berusia 70 tahun itu yang juga seorang ahli perniagaan ditahan SPRM pada kira-kira 8.30 malam tadi di sini.

Usahawan terkemuka ini juga masih dan pernah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan selaku pengerusi dan ahli lembaga pengarah pelbagai syarikat dan organisasi dalam pelbagai bidang termasuk permotoran, sukan, pelancongan dan industri pengeluaran.

Menurut sumber, perbuatan Datuk itu dipercayai telah mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada anak syarikat milik yayasan sejak beberapa tahun lepas.

Beliau dipercayai menjual tanah milik anak syarikat yayasan itu kepada sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan dengan harga jauh lebih rendah daripada harga asal tanpa melalui proses dan tatacara yang telah ditetapkan oleh anak syarikat yayasan berkenaan.

Selain itu, Datuk berkenaan yang merupakan pemegang amanah dan pengarah dalam anak syarikat yayasan itu disyaki membuat keputusan untuk menjual tanah-tanah berkenaan tanpa pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat yayasan.

Beliau dipercayai akan mendapat sekurang-kurangnya satu peratus daripada nilai tanah yang dijual sebagai habuan lapor mStar




Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails