Thursday, March 2, 2017

PAS Sudah ‘Tiada Idea’ - UMNO Terengganu Kata


PAS Terengganu "tidak mempunyai idea" dan hanya "meniru" idea Barisan Nasional dalam manifesto lima perkaranya, kata Umno negeri.


Setiausahanya juga berkata manifesto PAS itu dibuat dalam keadaan "terdesak dan terpaksa" ekoran perpecahan dalaman mereka, lapor Sinar Harian.

"Rakyat boleh menilai manifesto PAS itu sama ada realistik dan Islamik, atau tidak, sampai berjanji setiap rakyat dapat tapak rumah, macam sukar dilaksanakan sebab kerajaan PAS di Kelantan sendiri pun tidak mampu buat begitu," kata Datuk Muhammad Pehimi Yusof.

Beliau, yang juga exco pertanian Terengganu, mengulas manifesto yang diumumkan PAS negeri Sabtu lalu.

Parti Islam berjanji:

(1) mereka yang berusia 21 tahun memiliki satu lot tapak rumah atau satu unit rumah,
(2) membuka permohonan tanah baharu serta memberi geran kekal,
(3) wad kelas ketiga percuma di semua hospital kerajaan,
(4) RM300 untuk anak muda mendapat lesen motosikal, dan
(5) karnival kahwin kali pertama percuma setiap kawasan pilihan raya negeri.

Namun Muhammad Pehimi berkata BN Terengganu telah mengagihkan tanah dan rumah seperti program Rumah Mampu Milik (RMM) dan rawatan percuma.

Ia juga membiayai rawatan pesakit kronik melalui Tabung Darul Iman, perkahwinan pertama percuma dan kerajaan pusat pula membantu belia mengambil lesen motosikal lapor MMO



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails