Tuesday, March 14, 2017

Ohh.. Patutlah Ikan Kembung Mahal Gila..


Cuaca pulak yang disalahkan oleh Menteri dari UMNO ni.. apa tahun ini sajake yang cuacanya panas?.. tahun-tahun lepas tak panas?


Seingat aku dah beberapa tahun berturut-turut, bila tiba bulan Mac, April, Mei saja cuaca akan panas.. tapi biarpun cuaca tahun lepas lebih panas dari tahun ini,, harga ikan kembung tu tak mahal gila macam tahun ni?

Menteri ni tak nampak ke kos operasi yang meningkat hasil dari peningkatan harga diesel adalah antara penyumbang kenaikkan harga walaupun Nelayan menerima subsidi diesel dari Kerajaan..

Bila semua harga barang dah meningkat, macam mana nelayan tu nak jual murah?.. depa pun nak hidup jugak.. nak kena makan.. nak kena minum.. nak kena pakai..

Dia tak nampak ke.. kejatuhan nilai ringgit juga adalah penyumbang kenaikkan harga ikan tu yang kebanyakkannya datang dari Thailand?

Laporan berkaitan..

Kenaikan ketara harga ikan kembung di negara ini berlaku ekoran perubahan cuaca yang dianggap luar biasa, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. 
Menjawab soalan Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar), Ahmad Shabery berkata keadaan itu menyebabkan berlaku kekurangan bekalan ikan berkenaan. 
"Selalunya bulan Mac dijangkakan ikan kembung ada banyak, tetapi daripada apa yang kita pantau, sekarang ia belum naik. 
"Ada (berlaku) kelainan dari segi pola cuaca, tengkujuh pun agak berbeza kali ini," katanya di Dewan Rakyat. 
Ikan kembung dianggap antara ikan yang paling lazim dijual di pasar dan mampu dibeli kebanyakan pengguna kerana harganya yang agak rendah. 
Bagaimanapun baru-baru ini harga ikan itu meningkat sehingga RM20 sekilogram. 
Menjawab soalan tambahan Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat), Ahmad Shabery berkata kerajaan tidak bercadang untuk meletakkan harga siling bagi ikan kembung... laporan penuh silalah baca di SINI

Asal bagi alasan saja.. nak perbodoh rakyat.. bagi alasan saja nak perbodoh rakyat..



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails