Saturday, March 18, 2017

Kenapa Pulak PAS Nak Tengok Dulu Draft RUU355 Kerajaan tu?.. Sokong Sajalah..


Nak tengok buat apa Draf tu? Sokong jer la.. kalau tak Sokong boleh jadi papir, munafik, anti Islam.. kalau Hj hadi kata, nak sokong apa pun, mesti lah tengok dulu.. takkan main sokong jer..


>Cakap kat Hj Hadi, macam tu lah kami.. Kami nak sokong pun kena tengok dulu, bincang dulu, bentang dulu.. bahas dulu.. bukan main sokong jer..

Ini baca tajuk, lepas tu tangguh..nak paksa orang sokong..bila kami nak tengok draf, hangpa tuduh kat kami kapir, munafik, tolak Islam....siap nak tanam kat jirat lagi..

Laporan berkaitan..

PAS mahu melihat terlebih dahulu draf pindaan yang dicadangkan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau Akta 355 yang akan dibentangkan oleh kerajaan dalam sidang Parlimen kali ini.

“Kita tak anggap itu muktamad, kita nak lihat draf dia dulu. Kalau nak lain dari yang kita nak itu sudah tidak betul, kita tak mahu bertindih, tak mahu berlawan.

“Kita mahu kerjasama yang baik dalam perkara kepentingan orang Islam, mahkamah syariah dan tak menjejaskan orang bukan Islam. Itu pendekatan kita. Kita nak baca draf dia dulu,” kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Profesional Malaysia di Cyberjaya.

Semalam Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kerajaan memutuskan akan membentangkan sendiri pindaan Akta 355 dalam sidang Parlimen kali ini.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak komited untuk menterjemahkan hasrat tersebut tanpa mengganggu-gugat kepentingan agama serta kaum lain di negara ini.

Hari ini peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan membangkitkan persoalan bahawa RUU355 hanya memberi tumpuan kepada meningkatkan hukuman tanpa menamakan secara khusus tentang kesalahan.

Manakala Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Mat menyatakan kesalahan tidak perlu disebutkan memandangkan ia sudah sedia ada dalam bidang kuasa mahkamah syariah

”Kesalahan sudah ada, tidak perlu untuk disebut, kita hanya hendak pinda hukuman,” katanya... laporan penuh bacalah di SINI




Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails