Monday, March 6, 2017

KEADILAN Sedia Pertahan Parlimen Permatang Pauh


KEADILAN kekal dengan pendirian satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) demi memastikan kemenangan berpihak kepada Pembangkang.


Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perbincangan mengenai kerusi bersama parti pembangkang masih berjalan di semua peringkat dan sebarang keputusan akan diumukan kemudian.

“Proses perbincangan akan terus berjalan. Pendirian KEADILAN sejak hari pertama yang kita akan bekerjasama dengan PAS. Itu polisi KEADILAN.

“Sebagai parti yang mendokong agenda reformasi, sudah pastinya kita akan berbincang dengan AMANAH dan BERSATU.

“Kita perlukan banyak masa untuk berbincang. Perbincangan pengagihan tidak boleh dalam kerangka Pakatan Harapan sahaja. Kita perlu mengambil kira kerjasama kita dengan BERSATU dan PAS,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Jentera Pilihan Raya P044 Permatang Pauh hari ini.

Hadir sama Presiden KEADILAN dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Pulau Pinang, Dato’ Dr Mansor Othman serta Timbalan Ketua AMK Malaysia, Dr Afif Bahardin.

Katanya, model perbincangan mengenai persetujuan dasar bersama seperti yang diamalkan di Selangor dan Pulau Pinang boleh dijadikan contoh untuk mencapai kesepakatan.

“Kalau dari awal kita terus bergaduh ia hanya akan mengakibatkan kekalahan,” katanya lapor SelangorKini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails