Tuesday, March 28, 2017

Cikgu Yang Jadi AJK UMNO, Tak Nak Diambil Tindakan Ke?


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta bersikap adil dalam menghukum guru-guru yang terlibat dalam 'kancah politik'.


Biro Integrasi Nasional PKR, Datuk Sri Dr Santhara berkata, adalah tidak adil sekiranya tindakan hanya dikenakan kepada guru 'pembangkang' sebaliknya tindakan yang sama tidak dikenakan kepada guru 'kerajaan'.

"Persoalannya sekarang, bagaimana pula dengan guru-guru yang aktif berpolitik dengan Umno, BN? Malah ada yang menjadi AJK Umno, MIC dan Parti komponen BN yang lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, KPM telah menghantar surat tunjuk sebab kepada lima guru yang didapati menaiki pentas politik pembangkang untuk memburukkan kerajaan.

Beliau berkata, semua guru sebagai kakitangan kerajaan tertakluk kepada Perintah-perintah Am dalam perkhidmatan awam dan hal ini berkait dengan salah laku sebagai penjawat awam.

Mengulas perkara sama, Santhara turut menegaskan, setiap rakyat Malaysia berhak menyatakan yang benar serta mengkritik kerajaan.

"Malah guru juga rakyat dan mereka mesti dinilai daripada sudut menjalankan tugas sahaja. Jadi perlukah mereka diambil tindakan oleh pihak tatatertib KPM?" lapor Sinar



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails