Wednesday, March 15, 2017

Akhirnya Diakui Juga Forest City Diberi Hak Milik Kekal.. Tapi..


Ahli Parlimen Sekijang Anuar Manap memperjelaskan kenyataannya semalam berhubung status hak milik kekal tanah di Forest City.
Awal Februari yang lalu.. Kerajaan Myanmar memberi jaminan bahawa bantuan yang dibawa menerusi misi "Flotila Makanan untuk Myanmar" akan disampaikan kepada etnik Rohingya di negara itu.


>Katanya, hartanah berkenaan dibina di atas tanah tambak.

"Ia dibina di atas tanah tambak. Forest City tidak mengambil tanah yang sedia ada dan menjadikannya sebagai tanah strata. Mereka tambak, ia tidak wujud sebelum ini," katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat pembeli Malaysia yang akan memiliki rumah di situ. Justeru, tuduhan menjual 'tanah' Johor kepada warga asing tidak timbul.

"Katakan terdapat 100 buah rumah, tidak semua pemilik adalah warga asing. Kerana ini adalah hartanah strata, ia adalah tanah yang dikongsi, bukan milik warga asing," katanya.

Mengenai kenyataan awalnya, semalam, Anuar mengakui beliau tidak menjadikan dirinya jelas dan ini membawa kepada kekeliruan.

Dalam laporan sebelum ini, ahli parlimen Umno itu dipetik sebagai berkata bahawa status pegangan kekal adalah hanya untuk hak milik strata dan bukannya tanah.

Beliau menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kini adalah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) cuba untuk memprovokasi rakyat yang tidak mempunyai pemahaman betul tentang isu itu kerana ketandusan isu.

Dalam tulisan di blog, Mahathir memuat naik gambarnya bersebelahan papan tanda yang mengiklankan hartanah hak milik kekal dan mendakwa ini bercanggah dengan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lapor Malaysiakini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails