Thursday, March 9, 2017

2 Rang Undang-Undang Atasi Keutamaan RUU 355 - Azalina


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman berkata ada dua rang undang-undang kerajaan yang penting dan perlu dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini.


Menjawab soalan wartawan hari ini, Azalina berkata, beliau berharap rang undang-undang Akta Kebankrapan dan Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak dapat didahulukan berbanding usul persendirian presiden PAS untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355.

Ditemui di parlimen, Azalina berkata, kedua akta berkenaan sangat penting dan melibatkan kepentingan orang ramai serta memberi kesan kepada masyarakat.

"Kita dapat banyak usul dan mungkin kita akan dapat lebih lagi (selepas ini).

"Akta Jenayah Seksual saya harap dapat dibaca (dalam sidang Dewan Rakyat). Ia sangat penting dan saya sangat bersemangat tentang akta itu," katanya.

Begitu juga dengan Akta Kebankrapan yang dianggap beliau sangat penting.

"Sebab, jika saya tak dapat (bentangkan untuk bacaan) pada sidang kali ini, saya perlu tunggu lagi dan ramai orang terjejas dengan akta ini. 

"Bagi saya, saya mahu selesaikan (dua akta) itu dulu," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan sama ada usul pindaan Akta 355 yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang dapat dibentangkan pada sidang kali ini atau ditunda untuk kali ketiga lapor MalaysiaKini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails