Sunday, February 12, 2017

RM4.3 Bilion Wang FGV Dah Lesap Ke Mana? - Pemimpin UMNO Tanya..


Dulu sebelum PRU13 bila PKR pertikai kenapa Najib umumkan agihan berjumlah hanya RM15,000 dan bukannya berjumlah RM50,000 kepada setiap Peneroka.. Peneroka tak mahu percaya..


Mereka lebih percayakan cakap Najib.. percaya bulat-bulat.. langsung tak mahu berfikir kenapa PKR persoalkan jumlah yang Peneroka terima tu..

Persoalan itu dibangkitkan berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip Felda selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion dan ia adalah hak 112,635 keluarga peneroka Felda di seluruh negara.

“Namun, hanya 30 peratus (RM15,000 setiap keluarga) dari dana yang dikutip diagihkan kepada peneroka dan ia berjumlah RM1.689 bilion. Najib mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan,” kata Rafizi yang merupakan Pengarah Strategi KEADILAN ketika itu.

Menurut Rafizi, jumlah RM5.6 bilion itu diperoleh melalui penjualan 59 peratus pegangan sedia ada Felda dalam Felda Global Venture (FGV) berjumlah 1.2 bilion unit saham. Manakala FGV pula akan turut menerbitkan saham baru berjumlah hampir 1 bilion unit.

Katanya, terbitan saham Felda dan FVG berjumlah lebih dua bilion unit itu bernilai RM4.65 sesaham.

Jelas beliau, proses penyenaraian dibuat kerana tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan Felda Plantatians Sdn Bhd dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian.

“Tanpa tanah yang diambil oleh Felda atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal,” katanya menjelaskan kajian dibuat berdasarkan analisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga saham apabila disenaraikan.

Sekarang?.. Makcik Pakcik kalau tak percaya kat Rafizi tak apa.. sebab dia dari PKR.. tapi cuba fikirkan dan kaitkan persoalan yang dibangkitkan oleh orang UMNO ni dengan pendedahan Rafizi masa tu..

Baca ni..

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Abdul Samad mempersoalkan ke mana perginya wang berjumlah RM4.3 bilion hasil penyenaraian penyenaraian Felda Global Ventures (FGV).

Sinar Harian melaporkan Shahir yang juga ahli parlimen Johor Bahru berkata Felda memperolehi RM6 bilion hasil penyenaraian FGV di Bursa Malaysia.

"Felda mendapat RM6 bilion hasil penyenaraian FGV iaitu harta bisnes Felda. Daripada jumlah itu, RM1.7 bilion kita belanjakan sebagai durian runtuh.

"Kita sampaikan kepada peneroka dan keluarga mereka iaitu RM15,000 satu keluarga dan ada bakinya RM4.3 bilion lagi.

"Jadi RM4.3 bilion ini mana pergi? Ini agaknya saya rasa mengecewakan peneroka yang dah begitu rapat dengan Felda...begitu sanjung peranan Felda...saya rasa mereka pun kecewa," katanya kepada pemberita pada Program Gotong Royong Cegah Wabak Denggi di Pangsapuri Taman Larkin Idaman A, di sini, pada Sabtu.

Shahrir juga dilaporkan berkata, di bawah laporan Ketua Audit Negara, kira-kira RM200 juta dibelanjakan dengan pelbagai program yang dibuat.

"Nak dapatkan balik, kita akan berusaha. Tapi tak mungkin kita dapat balik RM200 juta pasal sudah habis. Dilaporkan dibuat macam-macam tanpa kelulusan, protokol atau keadaan yang sepatutnya.

"Sebab itu tugas saya ialah cuba betulkan kedudukan kewangan Felda. Duit bukan tiada, tapi ialah...mungkin disalah belanja," katanya.

Shahrir menegaskan, menjadi tanggungjawab beliau dan pengurusan Felda pada hari ini untuk mengembalikan keyakinan di kalangan pengurusan kakitangan lembaga tersebut.

"Kalau sudah yakin.. kita tahu tugas kita.. kita buat kerja kita sebagai pengurusan, peneroka pun akan kembali balik kepada kita. Percaya balik kepada Felda.

"Ia bermula daripada dalam iaitu daripada Felda itu sendiri. Jadi itu tugas saya sebagai pengerusi Felda," katanya lapor AstroAwani

Persoalannya ialah .. Felda mendapat RM6 bilion hasil penyenaraian FGV iaitu harta bisnes Felda. Daripada jumlah itu, RM1.7 bilion Najib agihkan sebagai durian runtuh kepada Peneroka.

Yang disampaikan kepada peneroka dan keluarga mereka ialah RM15,000 satu keluarga dan ada bakinya RM4.3 bilion lagi.

 Jadi RM4.3Bilion atau RM4,300,000,000 ni dah lesap ke mana??



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails