Tuesday, February 28, 2017

Rasuah Kian Membarah - Transparency International


Suatu kaji selidik mendapati jumlah rakyat Malaysia yang yakin masalah rasuah di negara ini kian memburuk meningkat dua kali ganda sejak 2014.


Kajian Barometer Rasuah Global (Asia Pasifik) oleh Transparency International mendapati 60 peratus rakyat Malaysia bersetuju dengan tanggapan itu, 27 peratus lagi berpendapat tahap rasuah di negara ini kekal, manakala 11 peratus lagi menanggap ia meurun.

Baki dua peratus lagi menjawab tidak tahu kepada soalan berkenaan.

Dapatan itu bertentangan dengan keputusan purata peringkat serantau apabbila 40 peratus responden percaya tahap rasuah meningkat, 33 peratus percaya ia tidak berubah manakala 22 peratus berpendapat amalan itu berkurangan.

Sebanyak lima peratus lagi tidak tahu mengenai keadaan rasuah di rantau ini.

Kaji selidik pada 2013 dan 2014 menunjukkan masing-masing 33 peratus dan 30 peratus responden Malaysia menyatakan tahap rasuah meningkat.

Keputusan kaji selidik terbaru itu dibentang Presiden Transparency International - Malaysia, Datuk Akhbar Satar pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini lapor Malaysiakini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails