Thursday, February 2, 2017

Minyak Naik: Komunikasi Strategik BN Cuba Nak Auta Rupanya..


Wakil rakyat DAP, Tony Pua hari ini menolak penjelasan Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional berhubung kenaikan harga petrol 20 sen dan menyifatkannya sebagai “mengelirukan perkara itu”.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam kenyataannya semalam menggesa kerajaan menjelaskan kenaikan itu, sedangkan harga minyak mentah sedunia merosot Januari lalu dan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat lebih baik berbanding 2 bulan lalu.

“Daripada menjelaskan bagaimana kerajaan boleh menaikkan harga petrol sebanyak 20 sen pada bulan ini, Pasukan Komunikasi Strategik BN sebaliknya mengeluarkan kenyataan panjang yang hanya mengelirukan perkara itu,” katanya sambil menambah rakyat berhak mendapat jawapan jelas dan mudah.

Setiausaha publisiti DAP itu juga mempertikaikan kekurangan jawapan daripada pihak berkuasa terbabit.

“Kami mendapat jawapan daripada Pasukan Komunikasi Strategik BN, bukannya maklum balas daripada menteri bertanggungjawab, apatah lagi menteri kewangan dan perdana menteri.

“Kami tidak tahu siapa mereka atau apa kapasiti mereka untuk memberi jawapan bagi pihak kerajaan.”

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing ditetapkan RM2.30 dan RM2.60 seliter, iaitu kenaikan 20 sen, manakala diesel naik 10 sen kepada RM2.15.

Ia merupakan kenaikan kedua pada tahun ini. Harga petrol RON95 dan RON97 naik 20 sen kepada RM2.30 (sehingga 9.5%) dan RM2.60 seliter (8.3%), manakala diesel naik 10 sen kepada RM2.15 (4.9%).

Ini adalah kenaikan ke-2 tahun ini selepas RON95 dinaikkan 20 sen dan RON97 naik 15 sen, bulan lalu.

Pua berkata, kenyataan dikeluarkan pasukan BN bagaimanapun gagal menjelaskan cara kerajaan menentukan kadar kenaikan 20 sen itu.

“Jika mereka boleh menulis esei panjang untuk menangkis soalan mudah saya, kenapa tidak lampirkan saja dokumen berkaitan untuk mewajarkan kenaikan itu?

“Mereka hanya kata harga itu dikira berdasarkan purata harga minyak bertapis menggunakan sistem ‘Singapore Means of Platts’ (MOPS) yang merupakan fakta diakui ramai,” katanya.

Sehubungan itu, Pua memutuskan untuk membantu pasukan BN dengan memberi pengiraan bagi mewajarkan kenaikan harga petrol.

“Purata harga MOPS95 bagi Disember 2016 adalah AS$66.553 setong atau AS$0.4186 seliter. Ia bersamaan RM1.8753 seliter pada kadar tukaran mata wang AS$1 kepada RM4.48.

“MOPS95 secara purata lebih tinggi sedikit iaitu AS$68.820 setong atau AS$0.4328 seliter pada Januari. Jadi, ia diterjemahkan kepada RM1.9130 seliter (AS$1 kepada RM4.42).

“Oleh itu, berdasarkan penjelasan sebenar yang diberikan Pasukan Komunikasi Strategik BN, perbezaan harga hanya lebih 3.8 sen untuk Januari,” katanya yang sekali lagi mempertikaikan kewajaran kerajaan menaikkan harga petrol RON95 dan RON97 sebanyak 20 sen.

Beliau mengulangi gesaannya untuk Kementerian Kewangan mendedahkan jika Putrajaya mengenakan cukai tersembunyi kepada pengguna bagi menyembunyikan kekurangan pada bajet kerajaan lapor FMT



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails