Tuesday, February 7, 2017

Ku Nan 'Bercakap Tanpa Gunakan Otak' Pengerusi BN Pulau Pinang Kata?


CADANGAN untuk menjadikan Pulau Pinang sebahagian Wilayah Persekutuan menyebabkan BN akan hilang lebih banyak undi Melayu pada PRU14.


"Cadangan daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu, seolah-olah mengakui BN sudah tidak ada harapan untuk menerima sokongan daripada pengundi bukan Melayu.

"Malah kemungkinan akan hilang lebih banyak undi Melayu sekali gus, menyebabkan Umno mengalami kekalahan yang lebih teruk pada PRU14," kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Beliau berkata demikian, mengulas hasrat Tengku Adnan baru-baru ini untuk menjadikan Pulau Pinang sebahagian Wilayah Persekutuan yang bermatlamat memastikan negeri itu mendapat limpahan pembangunan sama rata.

Tengku Adnan turut berkata, beliau bukanlah berniat mahu meluaskan kuasa ke Pulau Pinang, sebaliknya disebabkan keprihatinan beliau terhadap nasib Melayu di sana.

Sementara itu, Kit Siang berkata, beliau tidak terkejut pemimpin Umno kini berada dalam kedudukan risau dan terdesak kerana Umno sedang menghadapi keadaan bahaya kehilangan lebih banyak kerusi parlimen dan Dun.

"Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang, tetapi juga di seluruh negara. Sebab itulah ramai pemimpin dan ahli Umno serta cybertrooper Umno terus meningkatkan politik pembohongan dan balas dendam mereka," kata Kit Siang seperti dilaporkan dalam Sin Chew Jit Poh.



Mengulas isu sama, Presiden Gerakan yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, kenyataan yang dibuat oleh Tengku Adnan ibarat 'hadiah' kepada DAP untuk digunakan sebagai publisiti.

"Sama ada Tengku Adnan ataupun Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kedua-dua mereka adalah seperti Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang 'bercakap tanpa gunakan otak'," kata Chang Yeow.

Laporan penuh bacalah di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails