Monday, February 13, 2017

Ku Li Tidak Akan Sokong RUU355..


Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau tidak akan menyokong apa juga rang undang-undang (RUU) yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan termasuk RUU 355.


Katanya pendirian beliau itu berdasarkan kedudukannya selaku anggota parlimen yang sebelum ini bersumpah mempertahankan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Apa juga yang dibawa ke Dewan Rakyat, selagi saya masih anggotanya, jika perkara itu bertentangan dengan perlembagaan, saya tidak akan menyokongnya kerana saya sudah mengangkat sumpah untuk mempertahankan perlembagaan.. bukan rang undang-undang ini (RUU 355) sahaja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

RUU 355 merujuk kepada RUU persendirian yang diusul oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Dewan Rakyat pada 24 Nov lalu.

Tengku Razaleigh yang sebelum itu hadir pada forum bertajuk 'Sejauh Mana Anda Memahami Hudud' anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Amanah Merdeka Malaysia, ditanya mengenai pendiriannya berhubung RUU 355.

Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh yang juga presiden NGO itu, berkata forum tersebut menjadi medium bagi mengumpulkan pandangan orang ramai untuk disampaikan kepada pihak yang berkenaan berhubung RUU tersebut lapor AstroAwani

... Tak takut kena tanam kat Jirat Cina ke Ku Li ni??

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails