Thursday, February 2, 2017

Jamal Ditangkap, Kes Samun Berkumpulan


Polis dilapor menangkap pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung kes samun berkumpulan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat memberitahu bahawa Jamal ditangkap bersama sembilan lagi suspek.

Ia susulan serbuan pemimpin akar umbi Umno itu di sebuah tempat didakwa pusat perjudian di Taman Kosas, Ampang pada 29 Disember lalu.

“Pusat hiburan keluarga itu ada lesen, semua ada permit bawah (MPAJ) Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

"Yang dia kata itu tempat judi, itu hal lain.

“Kita dapat beberapa laporan yang mengatakan barang mereka hilang masa serbuan ini, jadi itu yang kita siasat,” katanya kepada Malaysiakini.

Katanya, kes itu disiasat bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara 20 tahun dan disebat lapor Malaysiakini



Sebelum ini Sinar Harian melaporkan..

AMPANG - Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan polis di kediamannya di sini, petang tadi.

Memetik laporan media tempatan, Jamal kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut berhubung tindakan beliau dan kumpulan 'baju merah' yang didakwa menceroboh masuk pusat judi di Ampang baru-baru ini.

Pagi tadi Sinar Online melaporkan kediaman Jamal dikepung oleh pihak polis.

Jamal ketika dihubungi berkata, lapan pegawai polis sedang menunggunya di luar pintu pagar.

"Rumah saya dikepung, saya sudah beritahu saya akan datang ke balai dalam pukul tiga tetapi mereka ini tidak sabar-sabar hendak tangkap saya.

"Ada dua buah kereta polis kini, nanti saya maklum semula," katanya.

Cubaan Sinar Online menghubungi Jamal petang ini bagaimanapun gagal.

Talian telefon bimbit beliau telah dimatikan.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails