Sunday, January 22, 2017

Zahid Akui Majoriti ‘Cybertrooper’ Menentang Kerajaan


Timbalan perdana menteri berkata jumlah cybertrooper yang mempertahankan kerajaan jauh ketinggalan berbanding yang menentang.

Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata berdasarkan kajian hanya 6.6% kumpulan cybertrooper mempertahankan agenda pentadbiran kerajaan manakala 93.4% menentang.

“Kajian mendapati 6.6% kalangan aktivis cybertrooper menyokong kerajaan manakala 93.4% menentang apa yang dilakukan kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Skuad Penerangan dan Media Wanita Umno Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Jalil dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata kesan daripada kejayaan kumpulan cybertrooper yang menentang agenda pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak menyebabkan persepsi negatif rakyat terhadap pemerintah dan Umno khasnya.

“Persepsi terhadap kita terlalu negatif, persepsi terhadap Umno negatif, persepsi terhadap BN negatif, persepsi terhadap kerajaan negatif, persepsi terhadap kepimpinan juga negatif.

“Mengikut kajian beberapa ahli akademik mengatakan persepsi negatif ini berada di tahap 87%. Kenapa?

“Kalau 93.4% cybertrooper yang menyokong kerajaan, kita dapat menguasai media siber dan persepsi buruk terhadap kerajaan dapat ditenggelamkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua ahli Umno termasuk sayap Wanita supaya keluar daripada kepompong lama dan tidak terlalu bergantung kepada media konvensional, tetapi guna media baharu untuk menerangkan agenda kerajaan bagi mengembalikan keyakinan rakyat.

“Ini hakikat, kalau kita masih guna sistem konvensional maka tidak akan berlaku transformasi minda, sedangkan peperangan sekarang dikuasai peperangan pemikiran,” katanya lapor FMT



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails