Tuesday, January 24, 2017

Sejak Bila Aziz Kaprawi Jadi Jurucakap PAS Ni?


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi yakin PAS tidak akan menerima pelawaan untuk bekerjasama dengan DAP kerana parti Islam itu tidak mahu dikhianati lagi.

Ab Aziz berkata, pelawaan DAP hanya menyaksikan 'pusingan U' berikutan parti itu sebelum ini mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PAS.

"Ini u-turn (pusingan u) DAP. Dulu dia yang 'keluarkan' PAS. Kalau nak pikat balik PAS, dia tidak mempunyai prinsip yang jelas.

"Saya rasa PAS tidak mahu dikhianati kali kedua. Saya yakin pihak PAS tidak akan terima pelawaan DAP kerana sebelum ini telah mengkhianati PAS," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2017 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Plaza Tol Mines Selatan di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Ahad lalu menyuarakan kesanggupannya untuk bekerjasama sekali lagi dengan Presiden PAS sekiranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia.

Ab Aziz yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan berkata, pelawaan itu hanya akan menimbulkan ketegangan dalam pakatan pembangkang berikutan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad menolak untuk bekerjasama dengan PAS.

"Pelawaan DAP itu hanya akan mewujudkan pertelagahan dalam pakatan pembangkang," katanya.

Dilaporkan, Dr Mahathir bersedia menutup sebarang pintu rundingan dengan PAS ekoran keengganan parti Islam tersebut bekerjasama dengan parti sekutu PPBM dalam pakatan pembangkang.

Sebelum ini, DAP mengambil keputusan menamatkan hubungan dengan Abdul Hadi berikutan tindakan PAS yang bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan, selain menuduh Abdul Hadi sebagai pemimpin yang tidak bermaruah dan tidak jujur lapor mStar



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails